BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, March 28, 2011

Part 1 - Ghazwul Fikr a.k.a Serangan Pemikiran

Assalamu'alaikum wbt :) Alhamdulillah syukuur..... Bertemu lagi kita di sini pada kali ini.. Semoga Allah merahmati kita semua.. Amiin.. :) Haa.. Hari ni, ana nak bentangkan tajuk Serangan Pemikiran.. Dengan lafaz bismillahirrahmaanirrahiim..
Uhhhh....
Tentang tajuk ni, ana akan share apa yg ana dapat dalam Usrah ya.. Jika ada yg kurang, ana mohon maaf... Ana nak bagitahu apakah matlamat Ghazwul Fikr a.k.a Serangan Pemikiran:
* Menghancurkan pemikiran 
* Merosakkan akhlak
* Melarutkan shahsiah
Untuk pengetahuan umum, SP ni terbahagi kepada 4S 4F.. Saddam Fuza?? Eh2! Bukan tau.. 4S dan 4F =
Buang jauh2!
  • Sex
  • Song
  • Sport
  • Smoke
  • Fit
  • Fun 
  • Food
  • Fashion
Mari kita kaji siapa musuh2 Islam dahulu.. Ya'ni pertama adalah Syaitan yg seperti sedia maklum kisah zaman Nabi Adam a.s dan Hawa, Syaitan menggoda mereka sehingga Nabi Adam a.s dan Hawa keluar dari Syurga.. Betapa kuat hasutan Syaitan terhadap mereka.. Kedua ialah orang Kafir.. Yahudi.. Yang x pernah putus asa utk mencari jalan menghancurkan Islam.. Ketiga pula orang Munafiq.. Secara zahir saja Islam tapi batin nya kufur.. Astaghfirullah hal 'azhim.. Seterusnya, ni yg paling bahaya.. NAFSU! Apakah nafsu yg paling kuat? Teka: __________________ 
Sesungguhnya nafsu yg paling kuat di dalam diri manusia ialah nafsu TIDUR.. Haitz.. Zzzzzzzzz... Nnt ana cerita tntang kisah Nafsu ni.. Last, orang beriman yg dengki kpd saudara yg lain.. Semoga kita bukan tergolong dalam golongan tersebut... Na'udzubillah.. Itulah musuh2 Islam yg sudah kita kenal pasti..
King Loius IX berkata: Orang Islam tidak dapat dikalahkan dengan peperangan Fizikal.. Tetapi mereka dapat dikalahkan dengan peperangan Pemikiran.
Ye la.. Antum tahu kan.. Dulu sejarah Islam, orang Islam kuat berjihad dalam peperangan menentang musuh Islam.. X takut syahid.. Subhaanallah! Kadang2 ana baca kisah sejarah Islam, ana sebak sangat... Kuat betul mereka punya fizikal dan mental.. Tapi kini.. Orang Islam kita dijajah dengan perang pemikiran.. Ibarat nira dalam tapai.. Begitulah Yahudi masuk ke dalam pemikiran kita.. Maka umat Islam hari ini! Berhati-hati!
Serangan mental...
-Iblis sudah berjanji kepada Allah bahawa dia akan menyesatkan manusia dari pelbagai arah.. 
7:17
-Manusia yg suka angan-angan kosong adalah dari hasutan syaitan.. 
4:119
-Orang kafir x akan pernah putus asa menghancurkan Islam.. 
41:26
-Syaitan itu ada 2 jenis iaitu dari kalangan jin dan manusia.. 
6:112

Antum sudah lihat kan? Itulah antara senjata2 semua musuh Islam utk menyesatkan dan menghancurkan orang Islam.. Wallahua'lam. Dan antum pernah dengar kan? Orang Kafir mencipta surah baru ya'ni surah Al-Muslimun.. Ada yg lain tapi ana x pasti.. Di sini, Ana mahu mengajak saudara seIslam ana.. Tambahkan bacaan Al-Quran disertai terjemahannya sekali.. Membaca Al-Quran bermakna Allah sedang berdialog dengan kita.. Bacaan di dalam solat pula kita berdialog dengan Allah swt.. :) Sungguh indah, kan? ^-^
Doa itu senjata orang Islam..
Ana nak tanya kepada antum.. Mengapakah orang Islam perlu menghadap ke Ka'abah sebagai arah kiblat? Ana nak antum beri jawapannya untuk kali ini.. Syukran 'alaikum :)

Nanti kita sambung part 2 pula ya :) InsyaAllah!

Wassalam wbt :)
~ssfss~

0 kata-kata rangsangan: