BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Saturday, March 26, 2011

Perasmian Bangunan Baru

Assalamu'alaikum wbt :)
Alhamdulillah, bertemu kita lagi dlm ruangan ini.. Ana nak berkongsi tentang TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan kolej ana.. Mari2! :)

Ahlan wasahlan ya Tan Sri :)
Begini ceritanya.. Kolej ana sudah bertukar ke bangunan baru.. Jadi TPM lah yg bertanggungjawab utk merasmikan kolej ana.. Kolej YPC.. Kolej Yayasan Pelajar Cemerlang.. :) Ada2 ja! Jadi program start pada pukul 11.30 pagi.. Ana sampai kolej pada pukul 9.00.. Awal gitu, kan.. ;) Ana terkejut! Cantiknya..! Subhanallah! nak tahu apa? Tema majlis warna PURPLE.. Feveret ana.. :) Hehe.. 
Purple is mine.. :) I like Purple color.. ^-^
Tp ana pakai baju warna hijau.. Zauji kata mujur ana xjadi pokok.. Tapi apa salahnya jadi daun kan? hihihi.. :p Ana sampai2, ana terus ke library.. Ana xtahu nak wat apa.. Jadi ana pon tangkap gambar library ana yg luas sikit berbanding sebelum ni.. Syukuur.. Ni library kolej ana.. 
Libary ku, Library mu jua..
Ana bosan2 duk kat libary tu, jadi ana baca buku yg zauji bagi ana.. Tajuknya "Fiqh Wanita".. Sgt seronok baca buku tu.. Lagi sikit nak habis.. X abis2 lagi dpd dulu.. Maaf ye, zauji.. ^-^ Tapi ana tetap akan beramal dgn ilmu d dalam buku tu.. InsyaAllah.. :) Selepas beberapa minit kemudian, shbt ana datang... Alhamdulillah.. Ana dan dia terus cari Miss utk bantu buat kerja.. Kami kena mengagihkan beg kpd setiap pelajar.. 
Semua pelajar dah ambil beg masing2.. 
Kat dalam beg tu dpt T-shirt, pen, brochure dan  penanda buku beserta kalendar.. Yg xboleh tahan, ada air mineral + nasi lemak kat dlm beg.. hik2.. Berat naik la.. Berlemak-lemak.. Zauji, jgn marah.. Ana xboleh kurus la.. :p Tapi perasaan x berubah, kan? ^-^
Beg ana bersepah.. >.<


Tempat perasmian diadakan di dalam dewan.. Ana sempat amik gambo keadaan dewan sebelum dan selepas.. 
S.E.B.E.L.U.M:


S.E.L.E.P.A.S:

Selepas selesai kerja ana semua, ana bersama sahabat2 lain turun ke tingkat bawah setia menunggu kedatangan TPM.. Alahai~ Lamanya.. Mana Cik Din ni? Rungut shbt ana.. Sabarlah.. Kejap lagi, beliau sampai.. Ana membalasnya.. :) Sementara menunggu kedatangan TPM, smpat juga ana + sahabat ana bergambar.. 
Testing.. Hihi..
Nampak kosong lagi kan bangunan tu? Bukan apa.. Ana + sahabat2 duk kat tempat paling atas sekali.. Roof Top.. memang la.. Jadi, selepas bberapa mnit kami pon turun ke tngkat 4.. Dgn niat nak mengiring TPM.. Hik2.. Tapi apakan daya.. Isk3! :( Faham2 je la, kan... Ramai betul wartawan dtg.. Polis pon apa kurangnya.. Mujur bomba x dtg sekali.. ^-^ 
Ketibaan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Akhirnya.. Alhamdulillah.. Majlis dimulakan dgn bacaan doa bg memberkati majlis.. Seterusnya, pengetua ana berucap.. Kemudian giliran orang atasan YPC.. Datuk Seri Syed Ali Al-Habsyee.. Beliau kata.. Saya x boleh tidur 3 hari sebab menunggu jawapan dpd Tan Sri Muhyiddin.. Semua serba xkena.. Gelisah.. Kedengaran 1 dewan riuh gelak.. 
Pengetua ana: Sir Noel berucap..
Datuk Syed Ali Al-Habsyee
Timbalan Perdana Menteri kita :)
Dan bermula giliran TPM berucap.. Yang ana x tahan ble TPM kata..  Saya juga x boleh tidur 3 hari sebab dapat sms sahaja.. Mula2 dapat sms, tny JAWAPAN.. Lama2 kedengaran seperti memberi AMARAN.. Hik3! 1 dewan ketawa.. :))  Sekarang, barulah saya boleh tidur lena.. Sekali lagi kedengaran gelak tawa.. :))


Kini, masa yg dinantikan oleh semua pihak.. TPM melancarkan perasmian utk Kolej YPC... Alhamdulillah, selesai sudah semuanya..
Semuanya segak bergaya.. ^-^
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Selepas tu, ana buat apa ya?? Jeng3! Zauji pasti tahu lepas da selesai semua, ana buat apa.. Cepat teka? ^-^ 
Ana duduk berdekatan makanan.. :p
Haa.. Masa utk makan! Hwa2.. Rezki kan.. X baik ditolak.. :) Alhamdulillah.. Rezki yg Allah kurniakan sngguh ni'mat sekali.. Syukuur ke hadratMu, ya Ilahi.. Usai makan, kami segera menunaikan kewajipan masing2.. Kemudian, ana + sahabat2 terus menuju utk berUSRAH bersama akk naqibah kesayangan, Kak Saniah.. :) (Rindu sgt akk..)
Sahabat seUSRAH ana.. :) Ukhuwah fillah!
Ana berhenti sampai sini dahulu.. InsyaAllah, jika ada kesempatan kita akan berjumpa lagi.. Berkongsi antara 1 sama lain ya.. :) Wassalam wbt..
~ssfss~

0 kata-kata rangsangan: