BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Sunday, April 10, 2011

Peringatan utk Kita..

Assalamu'alaikum :)
Hey~ Kanda, Dinda, Ayahanda, Bonda, dan semua sekali anda.. ^-^
Hari ni ana bagi tazkirah ringkas sahaja k.. Sama2 kita hayati ya.. Untuk peringatan diri ana juga.. InsyaAllah.. :)



Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk..


Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..
Mana tahu
Yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa..
Mana tahu
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
Mana tahu
Yang ceria itu kerana cergas cerdasnya..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka,
Kerana ia bakal memusnahkan ukhwah,
seperti musnahnya kayu dimakan api…

Satu benda yang kita lihat, 
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat,
Terlebih dahulu jauhi sangka buruk...

Wahai manusia sekalian,
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya,
Bersangka baik itu kan akhlak mulia...

Wallahua'alam.



Ssfss

0 kata-kata rangsangan: