BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Thursday, June 23, 2011

40 akhlak yang menggenggam dunia~


bismillahi rahmani rahim,

assalamu'alaikum wbt , hai dinda :) bonda ayahanda yang dirindui.. moga kalian semua berada dalam rahmat Ilahi.. fuza syg sdm syg sdm :) ada2 je


hari ni... sudah tepu bebenor ngan Gas Transport Physiology petikan dari Kitab Perubatan Respiratory System Module


kenapa part ni.. sampai 10 ms =-=" oxygen jer kot.. belum CO2 lagi.. >.<
hahaha.. bila dah pening kat TB.. ni la jadi. XD

muscle of Forced Inspiratio SSA ( saddam sayang afuza :D )


erk.. bohr's effect, shifting to left la, shifting to right la.. Fetal Hb.. pergh... byk nyer nak kene hafal.. anyway.. so fun study dow :D ( ayat diksu. haha )


ni ader kesempatan nak kurangkan ketepuan ni.. ada la satu kitab karangan ya fadhil Sheikh Abu Qamar Salahuddin dalam perbincangan yang dibawa iaitu

40 AKHLAK YANG MENGUBAH DUNIA

WAHH.. macam seronok je kan.. 40 akhlak ( count balik.. ada persamaan tak =-=" )

ana ada tertarik di satu bab ini, iaitu PERSAUDARAAN ISLAM

mudah simple tak kompleks dan menyenangkan hati :) sama2 kita ambil iktibar dan pengajaran , marii3 :)

 1. ISLAM MELARANG PERBUATAN MENGUMPAT, IAITU MENGATA-NGATA AKAN SAUDARANYA DENGAN SUATU YANG TIDAK DISUKAINYA( nya = orang yg terkene umpatan, damn la si pengumpat ni .. ishh )

hek ele... GEMOK comel wat.. kan dinda :D



" dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan dagin saudaranya yang sudah mati "

Al Hujurat : 12

* tak silap ana la.. time dulu2.. ana ada gak terbaca satu hadis ni.. dan hadis ni antara penaik semangat.. kalau ada orang umpat2 la..

mafhumnya..
 " tika kat hari akhirat nanti, bila si polan dibicara di Mahkamah Allah swt, maka ditimbang di Mizan nya.. didapati, timbangan kebaikan nya sangat sangat sangat berat! maka si polan ini bertanya
 " wahai Tuhan, sesungguhnya masa ak di dunia, ak tak pernah beramal sebegini banyak.. "
maka jawab Allah swt
 " ini ialah semua pahala yang dilakukan oleh orang yang pernah mengata/ mengumpat tentang dirimu ketika kamu di dunia "


* hadis ni hadis Qudsi, tapi boleh buat rujukan sendiri kalau ragu2.. tapi nak cakapnya.. perghh.. seronok gak an.. kalau kene umpat ni..  lol
1. name dah sure up, hot kot.. haha.. dikenali ramai , femes,
2. dah femes , hot. ditambah pahala lagi.. subhanallah, thx la Allah swt, You are so Rightoues and Adil !

tapi kalau dah tak tahan sgt nak mengumpat.. jom sama2 mengumpat!! tapi !! ikut kriteria gak.. jangan buat tapi tak tahu.. hakikat tahu dan sedar adalah dua benda yang berbeza..ada ke part2 yg bley mengumpat? mari2.. share..ada 6 part ... yang diharuskan..

1. mengumpat apabila perkara untuk berbentuk kezaliman pada diri kita

misalnya, apabila ada orang melakukan kezaliman kepada kita, tidak kira lah aspek mental dan fizikal ke, kita boleh bercerita pada orang lain. Dengan ini dapat dijadikan tauldan kepada orang lain agar tidak melakukan kezaliman seperti orang yang kita katakan itu... ok ade fham?? hehe...so, mengumpat scra berhikmah k, pasal kezaliman orang tu je k..bukan pasal diri orang yang kenakan kita...lebih2 kalau hal ni naik mahkamah...jadi boleh la cerita pada si hakim... jangan lebih2 sudah... 

2. mengumpat ketika sedang bermesyuarat 
haa...soal ni jangan plak kata ana ni galakkan semua orang mengumpat waktu sedang bermesyuarat ok!! sebenarnya, macam ni boleh berlaku perbuatan mengumpat ini dengan tujuan kita sedang membangkitkan isu ataupun tentang seseorang dengan tujuan untuk memperbaiki kesalahan orang tersebut mahupun masalah yang dihadapi organisasi tersebut...
harap maklum..jadi gerak kerja kita biarlah mendatangkan kebaikan bersama... termasuk juga dalam institusi kekeluargaan...
 

3.mengumpat ketika meminta fatwa daripada mufti
misalnya apabila kita ada masalah dan pergi ke pejabat Agama untuk selesaikan masalah kita.. jadi, dalam soal ini kita boleh mengumpat tentang apa yang perlu diungkit dan dibangkitkan pada mufti berkenaan...dedahkan la apa yang perlu sahaja k..jangan plak dengan niat nak mengaibkan orang lain..Allah amat mungkar dengan hamba-Nya mengaibkan orang lain..

4.mengumpat ketika memberi amaran
ok bagi point ni plak, kita diharuskan mengumpat dengan niat agar apa yang cuba disampaikan adalah supaya orang disekeliling tidak tertipu mahupun terpedaya dengan orang tersebut... jadi, dah memang wajar kita perlu bercerita tentang orang yang suka memperkenakan orang lain...

5. mengumpat dengan panggilan mashyur
apa yang dimaksudkan ini?? mcm ni kalau kita memanggil2 si polan dengan apa gelaran sekalipun...sebenarnya akan dikira mengumpat.. jadi apabila ingin bercerita tentang seseorang itu, haruslah orang yang hendak diceritakan memang tidak kisah dengan panggilan yang sentiasa dimain2kan oleh orang disekelilingnya...

* mr ukkkk , peah ke , saodah ke, nub mika nub huxin ke.. haha .. kalau dah betul dan diorang tak kisah.. go on la. XD ( jgn ban ana plak ya.. hahaha )


6.  mengumpat kesalahan orang yang tidak malu dengan kefasikannya
berbicara tentang last point kali ni, ana merasakan orang yang membaca sudah pasti faham...
kan2??? yela, maksud senang sangat, ini bermakna kita diharuskan mengumpat bagi mereka yang tidak malu dengan kefasikan dirinya sendiri.. misalnya, orang tu sudah tahu perbuatan dia akan memalukan tetapi dia masih hendak lakukannya.. so,diharuskan bercerita tentangnya dengan niat kita tidak melakukan perkara yang membawa malu pada diri kita sendiri...

 

* dah la amalan tak banyak, pastu dok umpat bagi semua pahala amalan kat orang , hahaha.. idiotic la person yg suka mengumpat ni ( maaf bahasa kasar... kasar ke? =-= " )


mari perbetulkan diri :)




2. ISLAM MELARANG PERASAAN BENCI-MEMBENCI, DENGKI MENDENGKI DAN SALING BERBANTAHAN

" janganlah kamu benci-membenci, dengki mendengki dan pulau memulau, dan jadilah kamu hamba-hamba yang bersaudara. ""

hadis riwayat Asy-Syaikhan

" dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu jadi gentar dan hilang kekuatan kamu "

Al-Anfal

alalala.. lets be lovely :)


* tak perlu la nak benci-membenci ni.. tiada manfaat pun.. melainkan kalau benci kepada kemungkaran yang dilakukan ( oh , banyak betul kesilapan dan kemungkaran yg ana lakukan.. haitz.... ) , benci kepada maksiat.. tapi janganlah! benci kepada pelaku itu.. benci kepada perbuatannya..

salah tegur, jgn pulau memulau.. jangan tak tegur langsung.. siap ban lagi.. hahaha.. nub la.. =-="
kerana Allah swt dalam firmannya.. rasanya korang sume biasa dengar ayat ni..

" fazakkir , inna fa'atiz zikro "
-surah al a'la -

"berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu sangat bermanfaat"




kan dinda kan...kan sahabat-sahabat kan.. :D  moga-moga sama2 kita tarbiyah. huhu


ameen...mari amalkan :)


3. DILARANG BERSIKAP TIDAK TETAP PADA PENDIRIAN DAN MUNAFIK

" mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian itu ( kafir atau iman) . Tidak masuk golongan ini ( orang-orang beriman) dan tidak ( pula ) golongan ini ( orang-orang kafir )

Rasulullah s.a.w bersabda mengenai golongan munafik ini:

" sesungguhnya sejahat-jahat manusia ialah yang mempunyai dua muka yang datang kepada satu golongan dengan satu wajah dan datang kepada golongan yang lain dengan wajah yang lain pula "

riwayat Empat Ahli Hadith

Kemudian Rasulullah s.a.w menyifatkan akan sifat orang-orang munafik

" tanda-tanda orang munafik ada tiga : APABILA BERCAKAP IA BOHONG, APABILA BERJANJI TIDAK DITEPATI DAN APABILA DIAMANAHKAN( sesuatu ) IA MENGKHIANATINYA "


* iskh... takder pendirian dari sudut agama ni.. huhu.. sakit gak ya.. iyalah wahai sahabat sekalian.. agak2nya macam mana la prinsip hidup kita kalau takder pendirian.... sekejap jadi orang macam ni kejap jadi macam ni..

bagi ana la.. kalau orang takder pendirian ni , mudah dipermain2kan.. masalan satu perumpamaan..

cuba bayangkan, Raju ( tak mo de pilih name Melayu, terlalu mulia .. haha )

mana kita??

1st case 
raju ini pemuda takder pendirian, mudah dibuli.. suka dimain2kan.. sampai suatu ketika.. mukanya seperti roti canai dilempang free rakan2nya..kadang2 dia marah.. kadang2 dia biarkan.. baginya.. benda itu biasa saje ( angguk la.. mane maruah diri kot =-=" )

2nd case
Adam ( hahaha ) pemuda yang aggresive , tegas dan tetap pendirian dan jelas akan prinsip hidupnya. baginya jika dia mahu mendapatkan sesuatu, for example, perjuangan agamanya, impian hidupnya, cahaya kemenanganya :) , dia akan berusaha bersungguh walau apa pun yang terjadi.. dia akan buat bersungguh2 sehingga berjaya


kalau banding kan 1st case dan 2nd case, nampak big difference ? betapa mulianya hidup kita , jika kita berpegang teguh pada prinsip hidup! tidak mudah goyah.. datanglah seribu bencana. jika kita berpendirian kukuh. Allah swt akan bantu kita lagi, insyaAllah



namun hati-hatilah wahai teman hidup , wahai rakan2 ... tarbiyahlah diri senantiasa.. kerana apa yang telah berlaku tetap sudah berlaku.. dan ambil iktibar utk berubah.. jikalau masa ini boleh diubah.. ana ingin menjadi insan yang lebih baik! lebih soleh! mengurangi dosa2 , menambahkan amalan.. memperbetulkan kesilapan yg lepas.. huhuhu.. muhasabah2..tarbiyah2..




s.a
ssfss
yes! psp!


wasalam wbt

0 kata-kata rangsangan: