BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, April 25, 2011

Rezeki + sabar = kebahagiaan ??~


Bismillahi rahmani rahim

Assalamu’alaikum wbt .. apa khabar insan2 yg ana kasihi.. sahabat sahabiah.. rakan2 taulan ( hahaha … macam bace majalah mangga plak ( tak pernah bace pon =-=’ ) .. moga2 rahmat Allah swt bersama antum sekalian…. Rahmatan ‘alaik :)

Alhamdulillah, Alhamdulillah , Alhamdulillah
Subhanallah, subhanallah, subhanallah..

Eeeee.. ana memang sgt sgt happy sekarang ni.. iya iya la… hahaha.. best sgt hidup ana ni.. kenapa ya Allah swt ni best sgt ya? Hahaha… memang seronok bagi Sang Muslim jika mensyukuri apa saja ni’mat yg dia dapat.. best sgt!!!!!!

“enta muslim ? =-=” “
Ungkapan yg selalu encik2 arab Tanya pada ana… hik3.. maka jawapannya

“ aiwah :) ana muslim wa asyahadu Allah, Lailaha illa Allah ila akhir ( ejaan arab lebih ahsan.. ni tak betul ni =-=” hehe )  

Itu la hidup sang Muslim.. kenapa best? Dan kenapa best? Rahmat Allah swt  luas sampai bangun tidur pon boleh dapat rasa ni’mat Allah swt.. Allah swt.. You are so CARING !! tengkiu


Maka nak dikongsi kat sini ialah.. ini blog ana an? Hahaha.. suka hati apa la ana nak tulis apa.. muahaha…
Dalam minggu yang sangat2 sibuk ni.. kan kan kan.. ana yakin.. itulah jawapan pelajar2 medik kat sini..
Lebih2 lagi nak menghadap buku CVS… =-=”  buku cinta JANTUNG.. sabo je la ngan buku tu..
Tapi itu bukan story hari ni.. hehe

Dalam minggu ni.. ana sgt sibuk!! Sampai tak cukup tido.. nak buat tu buat ni.. dan ana nak kongsi kat mana … ana ada satu habit yg ana sgt suka ( tobat tak nak buat habit ni lagi.. hahaha ) , yaitu makan coklat… hahahaha… memang satu batch tau kot.. hahaha.. gilo coklat… time usrah(SC) lagi la.. ana siap men majuk2 ngan ahli2 usrah..

“ assalamu’alaikum dam, hari ni ada SC, datang tau … “ sapa MR. N

 wa’alaikum salam wbt.. ye ke ader SC? Ko dtg tak? Kalo ko dtg bawak coklat.. takder coklat .. ak tak nak datang!! ( muahahahahahahaa ) “… jawab ana.. hehe XD


agak tak boleh tahan kan .. itulah namanya ukhwah antara SC ana.. hehe.. seronok ana hidup camni.. camni? Haha..TAPI…….selepas ana datang ke Mesir selepas revolusi hari tu… ANA TAK PERNAH BELI SEKEPING COKLAT MAHUPUN BORIO, LAMBADDA, ATAU MANDOLIN KESUKAAN ORANG2 MALAYSIA KAT SINI.. hahaha.. ini rasanya dah lebih sebulan ana tak beli coklat2 tu… sebab apa ya? Iya… sebenarnya .. cikgu ana kat Malaysia.. sindir ana .. hahaha.. kesian an.. ada la.. dia cakap…

ana translate dalam BM.. kenapa ya? Haha

“ macam mana la awak nak bangkit bangun dari tidur, sedangkan awak masih khayal dibuai mimpi… dengan pakaian awak, pemakanan awak.. pemakanan itu sgt penting.. sedangkan sang Yahudi itu makan-makanan organik nak menjaga akal fikiran… bahkan kita pula yg makan produk mereka.. yang tujuan untuk menjahanamkan umat Islam “

Erk.. bab pakaian.. bab makanan.. makanan.. iya. Baru ana tau.. antara coklat kegemaran ana… cik BORIO.. rupa2nya adalah buatan AMERIKA @ ISRAEL… subhanallah.. apa la ke zalim sgt ana makan benda tu.. bagi donate free2 pada Negara ZALIM tu… beli 1 BORIO(kalo dah terbeli .. makan je la =-=” ) ibarat membeli 1 peluru free utk mereka tembak kita balik..perghh.. patutlah hati tu susah sgt nak jaga… ada je yg buat tak betul.. lalai sume.. bahkan nak kata..ada dalam lecture ana..hahaha.. lecture B( hahha.. lecture yg plg BEST! Than other lecture.. keh3 XD )     

Lecture ana ni ada la sediakan gegule cing-gam ( chewing gum :D ) utk hilangkan ngantuk.. ada la .. ana amek.. tapi dalam 2 kali kunyah.. tetibe.. mata ana berair tyme tu.. apekah =-=” oh… baru teringat…. Jaga makanan wei! ( saper yg beli tu.. ana nak ucapkan terima kasih.. sori eh ana tak makan.. korang mmg baik :) )kekadang diri ana lupa.. tengkiu badan ana… bertindak dengan cepat.. apa kaitan ya? Glossopharyngeal nerve ( VIII) stimulate tears? Tapi rasanya C3, C4 ngan C6 xder connection ngan C8.. hahaha.. kene telaah balik ni.. adoi.. ; (


Teeeetttt.. naper jauh sgt ceciter ni.. haha.. so back to the point…. Minggu yang amat busy ni … nak buat tu.. bout KOD tu lagi.. dan ..ana nak story is… ana ada buat kerja utk NEGERI SEMBILAN, negeri kesayangan ana.. hahaha.. yes3!! ( negeri Sembilan menang bola kot , haha ),  dan ada gerak kerja bersama seluruh unit Iskandariah.. ngan Mahasiswi2 di Universiti Al-Azhar( leganya hati melihat mereka…. Seindah hiasan adalah wanita solehah :) ) , maka tungkus lumus , penat lelah ( hahaha.. padahal kerja isi borang je.. muahaha ) malah kena gerak ke safirah dan mandharah bersama Mujahid Rider .. seb baik ada teman .. kalo nek tramco.. maw pening ana nak layan rokok ni =-=” jadi.. nak payback time.. ana bila buat kerja ni.. mana tak tension kot.. tension gak la.. kekadang paneh gak.. orang tak bagi komitmen ni.. ishhh.. tapi sabar je la… sabarrrrrrrrrrrrrrrr!!!!! Best ke sabar ni?hehehe.. yup… mmg best.. bila kita sabar .. stret forward Allah swt cakap.. Allah swt mencintai orang yang bersabar :) ini yang semangat nak bersabar ni.. free2 dapat cinta Allah swt.. .thx Allah swt.. You are so CARING

Surah al imran ayat 200

“ wahai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersiap sedialah dan bertakwalah, sesungguhnya Allah swt akan bukakan kamu jalan .. “

Hehe.. tengok.. Allah swt sendiri dan state kat quran.. bersabar :)

“sabar dow .. “  ayat plg popular nak tenangkan member.. haha

Maka.. .. bila buat kerja tu tension… at the end bila dah siap.. sumenya… dan … plg perit bagi ana hari tu.. menjadi musyrif utk Mahasiswi2 Azhari ini ke rumah mereka.. sebab dah malam.. bukan perit apa.. sebab malam dah lewat sgt.. ana bersama Mujahid Rider.. ana ada masa hampir terlelap .. tapi mujur Mujahid Rider dengan deruman ingatannya..semangat dia yang buat ana bangun .. dan sejuk bawak memalam tepi pantai!!! Hahaha..sabar je la.. dan dan dan dan…………………. Bila end of sume ni.. ana.. terima la satu bungkusan dari Mahasiswi Azhari ini…

“ambillah adam( hahaha.. apekah manja sgt ..erkkk =-=” ) … “                                

“ adam buat susah ***** je… alahai… “


Maka ana ambillah bungkusan tu..dan terus target balik ke rumah.. hanya terbayangkan katil ....

Broom broom broom

Maka sampai kat rumah… .. dup dap… dup dap ( loop doop la .. S1, S2, S3……, S4 abnormal heart sound :D )… maka ana siap2kan diri.. dan sebelum tidur.. ana bukak bungkusan tu…dan… dan….dan……………………………. yes!!!!!!!!!!!!!!!! Hahhahaaha..


Dapat kek la !! yeahhhh!! Gembira tak terkata!!! Alhamdulilah wa allahu akbar!! Sujud syukur!! Syukran ya Allah swt… seperti faham kehendak hati ini.. dapat manisan.. lebih2 lagi ianya buatan tangan… maka tiada ana syak wa sangka.. boleh makan dengan hati yang girang gembira :) hehehe… sgt seronok!!!

Dan bila tiba hari esoknya..  maha suci Allah swt… ana.. ana…. Dapat lagi kek coklat time ana mandikan Mujahid Rider… sesangat happy!!  Tak terkata gembira ana macam mana…

“ kenapa susah2 bagi *** sume ni?... buat susah *** je .. adoi.. “

“ *** dah byk bantu *** kat sini.. tolong carik rumah.. musyrif sana sini.. “


2 + 2 + 6 = gembira :)

excited sampai bergegar tangan! :D

5 ke 6 ni? =-="

satu ni ana bagi sahabat kesayangan ana :)

sekadar hiasan =-=" haha

ini ialah.. hahaha.. tiada kene mengene dgn hidup atau meninggal dunia XD


Laa… ana tak berkira kot ngan kamu semua… tapi terima kasih!! Ana terasa dihargai sgt! Subhanallah….

“Maka ni’mat Allah swt mana yang kamu dustakan ? “


Bahkan kalau ana fikirkan semula.. muhasabah semula.. minggu ini lah.. minggu yang ana sgt emosi.. sgt terganggu perasaan.. dengan cubaan yg ana tak mampu hadapi.. rasa macam nak…… na’uzubillah min dzalik … tapi.. punya ana nak kata… bestnya kalau ada Allah swt dalam hidup kita :) best sgt!! Tak terkira bagaimana bestnya ni’mat semua ni.. maka benarlah.. ramai orang yang sanggup syahid di jalan Allah swt.. kerana Allah swt itu memang sebenar2 CINTA.. sebenar2 KASIH.. ramai mengaku cinta Allah swt.. adakah Allah swt mencintai dia ? ( moga2 cintaMu milikku wahai Tuhan yang Maha Kaya)

Bak kata syair ini

“ cintakan bunga , bungakan layu.. “
“ cintakan manusia, manusia kan mati.. “
“ cintakan Rasulullah s.a.w, cinta abadi .. “
“ cintakan Allah swt, cinta yang hakiki.. “


Iya wahai Allah swt.. selagi ana bernafas.. ana akan berjuang habis2an.. ibarat kata pepatah KOREA.. aja2 fighhting! Hahahahahaahaha… rindunya diriMU..


Subhanallah wabihamdih, subhanllahil ‘azim


Sekian coretan perkongsian ..

“ my life not yet perfect, but im so happy! “


Wasalam wbt :)

Sunday, April 24, 2011

mencari kod, adakah ia benar? part 1 ~

bismillahi rahmani rahim

assalamu'alaikum wbt kepada insan2 yg ana sayangi.. di dunia hingga ke akhirat :) sahabat2, muslimin dan muslimat.. moga rahmat atas kalian semua :)


MENCARI KOD, ADAKAH IA BENAR?


har.. apakah entri kali ini? huhuhu.. kod apa plak ni? iya2 la.. ini ialah kod.. atau jaringan matrix.. dimana kuncinya hanya pada orang yang mahu berfikir

" afala ta'kilun .. "

" afala tatafakkarun "

~ kenapa kamu tak gunakan akal?~
~kenapa kamu tak mahu berfikir ? ~


ayat yg mudah dari yang Maha Kaya.. iya .. ini ialah cabaran untuk sang Muslim untuk memikirkan.. apa yg terjadi .. baik la depan umah ker, tengah g pasar ke .. tengah gegaduh ngan arab ke ( hahaha.. kalo bley elak lagu bagus! hehe ), baik tengah merajuk ke, baik tengah gembira... kita kene fikir... adakah ianya rasional atau tidak tindakan kita.......teeeettttttttttttttttttttt ~


maka datanglah niat ana nak mencari kod.. .bahkan.. kalau ada kekuatan.. ana nak pecahkan kod itu!! apakah kod itu?


ana terjumpa lah satu artikel ini.. yg menguatkan semula dan mengingatkan ana...


" ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah "

" ilmu kalau segunung mana pun, tapi kalau tak beramal.. seperti sampahan di jalanan.. sungguh tidak memberi manfaat ... "


erk.... terasa terkesan di hati.. =-=" apekah... tapi fikirkan juga an... masalan.. macam byk benda jugak la.. contoh seperti.. solat jemaah.... buat baik.. sekian2 .. tapi berapa banyak yang kita tahu... tak kisah la andai kata kita timba sebanyak mana ilmu.. tapi sampai bila kita nak asyik mengumpul? atau apa punca utama kita nak ilmu tu? adakah nak bermegah ( peh... ini orang jgn cakap la.... mmg nak kene( hahaha.. macam la ana bagus sgt! =-=" ), atau pun guna ilmu tu utk manfaat diri sendiri...kalau baik tempatnya, maka baiklah seluruh masyarakat.. kalau buruk.. maka ... binasalah ilmu itu bersama masyarakatnya :(


maka.. ana terangsang dengan satu video.. jap2.. terangsang? =-=" hahaha.. aper la.. ana termotivate ngan satu video.. ada dalam 54 episode.. tapi ana berhenti sampai episode 8 dulu.. sebab... tujuh episode ialah episode teori.. dan  episode kelapan itu .. ialah suatu episode yg si perangka video tu cakap...


" sesungguhnya setiap dari kita dilahirkan dari satu zarah(atom), dan setiap atom tu ada cas negative dan positive "

maka apa kaitannya? haha.. bak kata Albert Einstein..

" E= mc square "   ( haha.. tak tau nak coding 'square' tu camner XD )



dan dipanjangkan lagi.. di setiap penjuru dunia ini.. berbagai2 tenaga dihasilkan.. bahkan kalau sahabat2 sekalian perhatikan.. sebab ana medik..ana tau.. setiap cell yang ada dalam badan .. pasti ada istilah..

" mitochondria"

apo tu? ini lah cell yang dikatakan duit dalam badan atau currency in the body.. yang mana kata cell ini pemberi ATP(adenosine triphospate) atau tenaga kepada kita.. kan kan kan? maka kalau dari sudut kimia nya.. tenaga ini ada jaringan-jaringan yang menghubungkan ia.. dan bila kita putus2kan jaringan ini.. apa kita akan dapat?

pecahan-pecahan particle dari atom( betul ke ayat nie XD)


atom  = ada positive dan negative



inilah yg kita akan dapat... inilah zarah kita sekecil-kecilnya..

teringat ana kat satu ayat ni

" Allah swt akan balas kebaikan walaupun sekecil2 zarah .. "

" takkan masuk syurga kalau ada sebiji sawi riak dalam diri.. "


huhuhu... maka berbalik semula.. maka dalam diri kita consist of beribu juta bilion lemon lemon ( hahaha.. tyme kecik call lemon2 .. muahaha ) cell dan tenaga.. ada yang positif dan ada yg negatif... dalam kehidupan seharian.. mood kita, emotion kita, tingkah laku.. percakapan kita.. gerak geri kita.. senantiasa ada kaitan dengan postive dan negative ini.. tenaga yang baik atau pun yg positif inilah akan membawa kehidupan yg baik kepada kita .. dan ingatlah ! jauhilah tenaga2 negatif ini.. dan bagaimana.. apa itu tenaga POSITIF DAN TENAGA NEGATIF ? inilah topik yg ana nak cuba pecahkan kodnya. ramai org mungkin tahu.. tapi adakah mereka ( orang ramai ) ini mengamalkannya? dan kenapa ada kemudahan dan kesukaran utk lakukannya?


ana khususkan lagi skopnya..

cuba la perhati.. kiri kanan... ana khususkan lagi bangunan( ini masih dalam teori praktikal ana.. sebab masih dalam kajian )... kenapa kebanyakan bangunan2 di dunia ini.. baik masjid, gereja, white house..dome of rock.. menggunakan rekaan yang hampir sama ??? iaitu .. DOME atau KUBAH?? pengumpulan tenaga atau tumpuan tenaga ini amat berkesan mengikut rekaan bangunan..


ada tiga rekaan yg hebat kat dunia ini yang berpaksikan rekaan yg dan design yg hebat.. iaitu bentuk .. PIRAMID, OKTAGON dan KUBAH




maka ana nak pecahkan kod ini.. betul atau tidak??  apa manfaat?? apa rahsia di sebalik setiap ini.. dan kenapa nabi s.a.w sendiri benar2 mengajak umatnya ke Masjid.. ana tau.. ramai ada jawapannya.. ia.. betul! ada jawapan rohani, ada jawapan fizikal .. sekian2 .. itu ini.. tapi adakah antara kita produk dari semua ini?..
kenapa binaan masjid begitu.. kenapa design begitu.... ana tak boleh beri jawapan sekarang... kerana ana masih mencari jawapan...


" sesungguhnya Dia menciptakan setiap benda bersebab .. "




maka dalam video pencerahan yang ana selami ini.... ada ayat yg ana tertarik..

" aktiviti di dalam bangunan itulah yang menentukan positif atau negative tenaga yg dihasilkan .. "



kalaulah badan kita ini ada 100 tenaga positif... tapi disebabkan .. persekitaran.. apa yg kita dengar.. makian.. celaan... bahkan tekanan perasaaan... itu semuanya menghasil negativiti dalam badan.. dan ana nak lihat dan kaji... berdasarkan hipotesis ana

" aktiviti yang baik di dalam bangunan yang berkubah( masjid )(ana khususkan kubah,boleh je ana nak letak piramid ( macam LIBRARY BIBLIOTHECA di Iskandariah ini) menghasilkan positiviti di dalam badan "


" POSITIVITI dalam badan menghasilkan minda yang cerdas, badan yang sihat dan luar biasa( jgn salah tafsir) ), emosi yang stabil dan yang paling penting JIKA dia seorang Muslim , menghasilkan diri SEORANG MUJAHID yang luar biasa "

kenapa ?? kenapa ??? kenapa??

dan ana juga tersentuh dengan satu hadis ini...bahkan ana rasa sebak.. bila membaca dan memahaminya.. kenapa sehingga begitu ...

nabi s.a.w bersabda mafhumnya

" sesungguhnya solat berjemaah dikurniakan pahala 27 kali ganda "    ( kod pertama )

" sesunggguhnya bila kedengaran azan berkumandang, maka geraklah ke masjid walaupun kamu terpaksa merangkak .. "    ( kod kedua )

kod terakhir yg bagi ana cabaran yg sgt besar.. ( subhanallah.. cinta Allah swt itu sgt ....... dan sesungguhnya Allah swt sgt mencintai orang yang bersabar... sabarlah wahai diriku... )


" maka akan tercabutlah sifat ORANG MUNAFIK ( HIPOKRIT ) dalam diri bagi muslim yang istiqamah 40 hari solat SUBUH berjemaah "


subhanallah.................................seumur hidup ana ( baik la masa skool asrama dulu... ) ana tak pernah lagi capai 40 hari stret subuh jemaah................ ya Allah swt... sukarnya nak menggapai cintaMu... sedihnya hati ini... air mata tidak dapat menagih cintamu.. tanpa amal yang soleh diperintahkanMu...


bait2 syair yg dapat mencairkan hati ana... iya...
Semakin jauh ku dariMu semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandanganMu

Semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula Kau mendugai daku
Oh Tuhan yang Maha Sempurna, kerdilnya diriku di hadapanMu

Bagaimanakah nantinya, tika berhadapan denganMu, sudikah kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah swt, Kau Maha Pengampun

Andainya dihitung amalanku, belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu, oh Tuhan Yang Maha Pemurah, hindari diriku dari seksaMu, oh Tuhan 



maaf...emosi sebentar..... rindunya pada mati.. Allahu Akbar... maka kembali semula... maka manakah lokasi yang ana target untuk memecahkan kod kod ini? adakah surau2 ? ( surau takder kubah.. mahupun tiang )... jap2... ana tak perkecilkan surau sebagai tempat musolli... jgn salah faham.. dan ana masih dalam kajian.. ada bezanya solat di masjid dan surau.. ana akan buat cuba utk analisis benda itu ( kuatkan aku wahai Maha Perkasa) .. maka tempat yang ana target ialah Ko'ah Ibrahim.. ataupun Jame' Ibrahim... ia.. inilah tempat yg plg indah ... tempat yg tenang.. strukturnya menepati apa yg ana mahu... dan ana akan kaji... macam mana ana kaji? itu ialah petunjuk Allah swt.. ana tak berani kata apa2.. cuma hipotesis ana seperti yg ana katakan di atas... dalamilah baik2.. insyaAllah.. ini part 1... akan ada part 2 datang menyusul..insyaAllah. dan! percayalah... Allah swt Maha Kaya... tidak Dia buat sesuatu itu tanpa sebab... dan dia Maha Penyayang...

terima kasih mujahid menemani ana.. setia seperti dinda :)

alaaaa... panas ya? bawah pokok ya ^ ^

bahagian menghadap Al bahr

Maha Suci Allah swt... subhanallah sinar hidayah MU

tingginya pintu masuk


pintu masuk depan.. di al bahr
suasana tenang.. wa tatmaiinul kulub.. :)

selain utk tenangkan diri.. study jgn  tinggal :)



p/s : ana sebenarnya berharap ada seorang lagi nak bantu ana.. jgn digusar tentang kenderaan... ana sanggup menjemput bersama Mujahid Rider ( alhamdulillah.. tak sia2 dia dilahirkan dan dinamakan MR :D  ) baik akhwat mahupun ikhwah .. hahaha... gurau saja.. ikhwah saja .. tak kisah siapa2 .. abang2 ... rakan2 satu batch.. ataupun adik2 yg mahu ikut... pemecahan kod ini sgtlah ringan jika keikhlasan dan ketulusan hati ada :)

jumpa lagi di part 2...wallahu 'alam ..


assalamu'alaikum wbt



Muhamad Saddam bin Jamaludin
Tahun Dua Perubatan
University Of Alexandria


* hahaha.. macam tulis surat rasmi nak post ke ALEXMED atau ke UPI plak.. muahahaha


Friday, April 22, 2011

selamat datang adik beradik Mujahid Rider~

bismillahi rahmani rahim

assalamu'alaikum wbt kepada dinda yang tersayang.. .keluarga2 yang sentiasa memberi sokongan... rakan2 .. sahabat2.. pejuang2 Islam... dan.. dan.. dan...erkk.. takder list la... taktaw nak sebut siapa lagi.. haha :D



jom kenal sahabat2 Mujahid Rider.. abang kepada Kamen Rider :)
ye la..lawa da.. amek hijau la XD

oit imam... bila lagi nak beli satu?? haha

gembira tak terkata sebab dah beli.. hahahaa

ingat! 7 hari ana carik motor ni utk dia =-="

duit short 200.. hahahaha.. PREOCCUPIED sgt XD.. hahaha






yeah!! kanan dan tengah.. also known as mr N.. haha


itu la dia.. sahabat2 ana.. punya nak sangat keakraban kami.. sampai... helmet pon sume warna merah... hahahaa.. tapi kalau ada purple.. dah lama ana sentap amek pakai.. bawak tidur terus!! hahaha.. ( kalaulah ada kain serban warna purple... lalalalala :)   ) .. hehehe... jadi inilah permulaan hidup baru.. dulu datang lecture.. 7.15 kene gerak rumah.. sampai solat sunat dhuha pon kena buat kat surau U ... tapi kini berbeza.. :) moga Allah swt bukakan lebih banyak lagi pintu kebaikan dan rezeki.. amiin ya Rabb..



~rindu~
~s.a~
~ssfss~
~PSP~