BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Thursday, June 23, 2011

kisah yg comel ~

assalamu'alaikum wbt, kepada hati ku yang berada di Malaysia sana :) , rindunya hati ini... bantulah dan berilah semangat kepada diri ini.. minggu ni minggu exam... kuatkanlah diri ini.. ya Allah swt.. kuatkanlah hati kami ya Allah.. berada di jalan Mu.. berada dalam Mardhatillah Mu... amiin


dinda ku.. masih ingat kisah ini?




Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?



Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.



tika membaca dan melihat video ini.. sayunya hati..


di hati ini, hanya Tuhan yang tahu,
di hati ini , aku rindu pada mu..
tulus sanubari menantikan hadirmu
hanyalah kau gadis pilihanku..

kau tahu ku merinduimu...
ku tahu kau mencintaiku..
oh kasih..
bersabarlah oh sayang ( miss u syg )
saat indah kan menjelma

kitakan disatukan... amiin



*** moga2 Allah swt senantiasa meredhai kita, merahmati kita, memberi hidayah kepada diri kita, mari sama2 kita menggenggam Mardhatillah, menjadi pasangan yang soleh dan solehah dan semoga kita menjadi insan yang bertambah takwa dari hari ke hari ***


dari hati yang merindui hati yang jauh, Noor Afuza binti Nazir, hatiku..



doakan.....doakan diri ku INDRA ( housemate yg suka stalk! XD )


* gara2 dia datang sebelah ana mintak ana letak nama dia.. haha..

kembali semula....


kanda amat merindui dinda...
nantikan kepulangan kanda..
kanda kan berubah..
sedikit demi sedikit

utk menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang..
utk menjadi lelaki  yang lebih soleh..


sabar dan syukur , kerana sungguh tinggi martabatnya.. masih teringat dinda kata semua ni :)



wasalam wbt

Wednesday, June 22, 2011

berdamping ngan ... ~

assalamu'alaikum wbt .. hai dinda .. Noor Afuza... setiap hari menghitung hari.. utk saat kita berjumpa semula.. moga Allah swt mempermudahkan hidup kta dan hiasinya dgn Nur Nur kebaikan serta Cahaya cahaya Kemenangan :)

subhanallahil'azim ,

al kisah, semalam datanglah seorang sahabat dari Ibrahimyah.. datang berkunjung ke rumah ana.. katanya.. kunci motor patah.. dan terlekat kat tempat kunci motor..ahaa... apekahhh =-=" haha



dan bila terdengar saja ayat ni... " dam.. .tolong ak.,, "

eee.. =-=" tak leh resist la ayat ni.. mesti  92% akan terus iya kan aja! jom tolong2 orang.. dapat pahala kot :D

tapi 8% lagi hilang ke mana? hahaha

*_* malas,lemah semangat..nak study, nak telaah, nak tido, nak privasi jap XD 



hik3

bagi ana .. setiap saat dalam hidup ni.. kene senantiasa.. mengingati Dia , tapi adakala.. tika Iman lemah dalam diri ini, atau kian terlupa alpa dan lalai... moga-moga dijauhi dari dosa, astaghfirullah


maka bila dah kuar ngan member.. tAkkan nak dduk senyap je kowt.. dia ni plak jenis yg pendiam.. ader gak ana smackdown tengkuk dia ni kang.. haha... so break the ice... sampai!! hahah.. dia cakap.. dia nak blanje MCD .. kat ana.. keh3.. alhamdulillah!


byk la gak ana dapat kongsi pengalaman hidup.. kekongsi cara2 study mantap.. prinsip2 hidup.. benda2 amalan baik.. iya lah wahai sahbat sekalian serta dinda yg tersenyum membaca ni :) , kalau tiada apa2 nak cakap, atau tiada benda yang berfaedah nak cakap.. baik diam! :) kerana dalam setiap tidak bermanfaat itu, takut dosa pulak dapat.. kan3..


hahaha.. balik dari MCD .. on da way... atas motor.. rakan ana ni.. dia tahun ni akan menunaikan Umrah.. so.. dalam set mind ana ni... nak kirim satu benda kat dia... tak mo mahal2 la... satu benda saja...


apa dia ya??


SET PS3 ?

apekah =-=" ( mcm takder benda laen plak kat Makkah tu. haha )

COKLAT??!!

* hahaha.. ni memang ana nak!! tapi kat Mesir dah adaa daaa :D



apa dia ya?


..maka ana cakap pada dia ...



" Ageer ( nama garena , haha ), ak nak kirim kat ko kalau ko pergi umrah t... "

" po dia dam.. kalau kirim ..erm.. kirim doa boley la XD "

" haaa.. pandai pon... ak nak la ageer... sebab setiap orang pun ada impian, ada cita2 ada harapan dalam hidup.. ak nak ko doakan ak la lep ... "

" po dia ko nak... "


" kalau boleh, ak nak ko doakan ak dan pasangan aku sekrang ni( dinda ku Afuza ^-^ ) , doakan kitorang ageer... hidup bahagia sama2.. sama2 bahagia dan gembira.. di dunia .. menjadi pasangan soleh dan solehah... sehingga ke syurga ageer....."

" aku mtak satu ni je ageer, kerana ak sgt syg kan dia ( apekah entry ni.. emosi plak.. haha ), bagi aku dialah impian hidup aku, ak nak bahagia bersama-sama dia "



*********** saat tu.... terdiam sebentar.. hanya bunyi Mujahid berdentum2 dengan ekzos nya *********


dan kemudian ana pun tanya pada rakan ana ni... iya2  la.. nak tau gak kan.. sedangkan ana tak sampai ke Mekah tu pun..dah ada cita2 mendalam dan impian... jadi ana nak tanya.. apa harapan dia nak ke sana...


" apa yg ko nak sgt ageer kalo ka sampai ke Mekah , esp depan Ka'abah .."

sambung ana lagi

" setiap orang pun ada impian tersendiri, ada kereta besar, life mewah luxury, lamborgini porsche sekian2.. dan mungkin juga ada benda secara fizikal kita cuba sedaya upaya.. memang takkan dapat.. tapi InsyaAllah dengan berdoa padaNya lebih2 kat depan Ka'abah boleh mencapai impian ko tu "


jawab nya..

" iyalah dam..bagi ak.. boleh nak semua tu...tapi.. apa guna kalau ak ada kereta besar2 tapi bila nak bersedekah .. ak tak mampu nak bagi.. baik aku pakai kereta kecik tapi pada masa yg sama ak masih bagi lagi sedekah pada orang..."



dengar jawapan yg mudah singkat dan mantap ni.. wahh.. astaghfirullah... subhanallah.. terkedu sebentar mendengar... iya... benar wahai saudaraku... benar...

apa ertinya.... kalau hidup dalam kemewahan.. tetapi.. amal jariah makin ditinggalkan...

apa ertinya rumah luas.. tapi solat makin dikurangkan..

apa ertinya naik pangkat sekian2 semua tetapi... hidup makin sibuk, Allah swt makin pudar..

apa ertinya belajar ilmu dan ramai kawan2.. tetapi tiada satu pun mampu menegur dan mengingati diri ini..

apa erti.. apa erti...............

tersentuh... di kala matahari mahu terbenam... suatu nasihat yg sgt menyentuh hati.... alhamdulillah....

apa ertinya.....



duhai Tuhan, jadikanlah ak seorang yang miskin.. supaya dengan kemiskinan ini, aku lebih selalu meminta-minta kepadaMu dan selalu berharap kepadaMu..

duhai Tuhan, bahagiakanlah diriku , bahagiakanlah pasanganku, panjangkanlah jodoh kami sehingga ke syurgaMu duhai Tuhan ..



* ageer. thx bagi nasihat..sgt mantap!



cettt... apa ada pada sahabat~

assalamu'alaikum wbt ditujukan kepada adinda CK.. moga dirimu dinda berada dalam keadaan yang sgt sihat dan semangat! aja2 faitink! :) serta mak dan bapak.. yeah :) sahabat2 kuliah serta seperjuangan .. di mana2 saja




" cettt... ada apa pada sahabat =-="  "  


apekahh =-="  best ke ader sahabat ni hahh ? 

cettt.. boring la... yer ke boring?? apa buktinya??


hahaha.. silap! BORING ? WASTE OF TIME ?? NOT WORTHFUL ...


betul ke?


apa buktinya??? korang sume, ada sahabat ke?... 

..


belum??...


dan..


sebab...


tak perlu?...


iya ke ??


nak bersahabat macam ni skali ? ( mika huxin maas ^-^ )



bagi ana........ sahabat ini sgt penting, dan prinsip ana bila berkawan dan bersahabat ialah


bila berkawan

" berkawan dengan semua orang, tak rapat takpe yang penting, baik dengan semua "

bila bersahabat

" sesungguhnya sahabat2 aku, seperti 1000 orang kawan! aku tak kisah hilang seorang kawan, tapi awas! kalau aku hilang salah seorang sahabat aku, seperti kehilangan 1000 kawan! "


betul ke prinsip ana ni? haha.. cuma luahan dari hati kerdil ini ..
kerana al kisah..

dalam minggu ini.. minggu exam ana... diikutkan.. semalam ( hari isnin ), ana ada exam praktikal...

sgt2 berat la..dah revise banyak kali.. bangun awal2 pagi.. semata2 nak revise ( bagi sang mu'min, kalau dah bgun pagi, qiam la skali ^-^ ), lepas subuh, revise lagi...

dan bertambah semangat..di bulan Rejab al Haram ni... ditambah hari ni hari isnin, terdetik ana nak berpuasa .. maka semangat2.. ajak2 kwan utk puasa sama2 .. hehe :D yallah ya sohbi yallah ya sodiki..

puasa ramai la seronok, jom puasa sama2 :)

dan after selesai exam sume.. fuhh.. penat.. balik rumah..dalam pukul 12.30... badan dah tak larat... sgt2 tak larat.... selesai solat selesai tukar baju.. tertidur... di bantal yang empuk... ingin calling dinda... tetapi tidak terangkat... atas motor rasanya . . moga selamat perjalanan mu... 


dan terus ... terus... tertidur.. sehinggalah tiba asarnya... tak larat nak bergerak ke masjid... 
ya Allah .. bila ditimpa rasa sakit ni.. hanya kepada Mu aku meminta... syafakallah ana! syafakallah ana.. ya Rabbul Izzati.. sihatkan lah aku.. sihatkan lah aku...


" mungkin ini ialah kafarah dosa-dosaku "


" bersabarlah, sesungguhnya Nabi Ayub lagi besar dugaannya.. "


solat asar pun... tak larat.. tak larat nak berdiri..terasa nak vommit sgt.. iskhh



maka ana pun call sahabat ana ni... 


" b datang umah aku... tak sihat sgt la..  " 


" ak dtg time buka nanti.. tapi lewat skit la "
bila dengar call ni...terubat sebentar ...


tapi masih sakit lagi... beratnya kepala...ana kuatkan diri.. ambil tower... dan ke bilik mandi... buka je pili air tu... terduduk terlantar di tab mandi.. tak mampu nak berdiri.. tak larat... pitam nya.. rasa nak pengsan.. biarlah setiap air itu menghalusi setiap aluran rambut ini sehingga ke pemijak bumi.... sungguh.. ana tak bermaya.. .la haula wala kuwwata illa billah...


tak boleh2.. siap2 terus ke bilik... waktu dah nak berbuka... oh... lauk ada ...nasik tak masak lagi =-=" haha.. sabo je la.. 

dan time tu... sahabat ana pun datang.. munculkan diri...

"assalamu'alaikum wbt " 

.. terus dia mendapatkan ana.. sambil senyuman yg ana nantikan... :) senyuman seorang noob :D haha


hurm.. =-=" apedaaaa..


saat ana... yang tengah benar2 tak larat tu... bila terlihat senyuman nya itu.. subhanallah..segar bugar..seperti kelopak bunga lavender yang mekar di fajar hari :D ya Allah... leganya rasa!! terhibur hati.. 

dan.. badan yang tak bermaya ni.. tiba2 rasa kuat gagah .. haha.. power kan. haha



perasaan yang timbul itu sgt luar biasa.. ajaib sungguh.. maka benarlah...


oh dear :)

sesungguhnya .. mempunyai sahabat dapat memberi penawar yang sungguh hebat pada diri..penawar bagi diri, penawar bagi perasaan, penawar utk penyakit... dan.. moga2 ukhwah ini berkekalan... dalam redhaMu wahai Tuhan yang Maha Kaya




hebat sungguh ukhwah persahabatan yang Allah swt jalinkan antara kita kan?



rasaa lega hati ni.. dan part yang plg seronok.. sahabat ana ni..sanggup temankan ana.. sepanjang malam sehingga ke subuh di bilik ana... subhanallah best nya!! ^-^




moga ikatan ukhuwatun fillah ini berkekalan.. .kan kan kan.. amiin ...terima kasih juga pada mr. maas.. yang datang juga pada keesokann harinya.. thx clan lord XD.. haha.. dan mika.. sudi belanja MC D.. thx my best fren! 

thx clan lord.. sampai hati ckp aortic ak takder bunyik. =-="

mr mika joksun ( nub darkseer).. thx going throughout the day :D


moga2 dalam fatrah imtihan ini.. kita akan semakin erat dalam jalinan ukhwah dan sama2 menggapai kejayaan cemerlang bersama2 di dunia dan akhirat! amiin :D


thx entering my life :) 




**** demi Tuhan Langit dan Bumi, ku pohon padaMu, berjayakanlah kami berukhwah bersama-sama di dunia ini serta bantulah kami bersama-sama dengan kemuliaan di akhirat sana kerana Mu ya Allah swt ****



* kepada adinda yang tercinta di malaysia, i miss u so much!!! love u dear .. iskhh >.<  ( macam blog kanak2 riang plak .. haha =-=" )




wasalam wbt