BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Showing posts with label ssfss. Show all posts
Showing posts with label ssfss. Show all posts

Monday, December 12, 2011

spek mata part 1 0-0

assalamu'alaikum wbt

its jumaah oh jumaah, got to make zikr on jumaah, everything looking for the mercy ~ :)


indahnya lagu Jumaah(jumaat/friday/klewon ) ni.. humming and hummning je dari tadi , tak sabar la nak tunggu hari jumaat ni.. tak sabar dan tak sabar.. its jumaah and jumaah :D

hehe.. tetttttttttttt.. dah iklan abis.. sejuk nya kemain lagi di bumi Anbiya ni ya.. kelas fiqh ustaz Akli terhenti hingga khamis ni ( iklan lagi :D ) , jadi masa yg dihabiskan ... dengan buku medik lagi la ... hoho.. byak nyer perlu revise *-* , nak ubah seyh.. sem2 lepas tak pernah dapat result gegempak lagi.. adeh... takper.. takkper? kalau nak berjaya, mesti ada usaha yang mantap dan niat yang ikhlas ( *-* perghh ikhlas , haha ).. kerana itulah sunnatullah utk berjaya

" man jadda wa jadda , wa man zaro'a hasada "

tapi dalam perjalanan nak teruskan study ni.. ada je rintangan kan... adeh.. ( berapa byak mengeluh la post ni :( ) .. baru2 ni dalam kelas praktikal.. macam bese la.. kalau tak bising kat section 4, tak cite pasal slide, citer la pasal dota lagi.. haha ( nampak sgt minda corrupt ngan nate ni .. haha ),  tapi bab study.. fokus sgt2.. kekadang sampai slide yg prof bagi tu paham.. malahan.. dinding tu tertembus..sampai bukan morphology je yang ana nampak, bahkan bermillion lemon2 yg ana boleh nampak!.fuuuuuuuuhhhh! power x ana :D hahaha

* halusinasi , XD

gangguan persepsi~


dalam duk2 gitu, ana pon tak ley selalu camtu.. mula lah tangan meraba2 .. g belakang kawan.. tlg urut2 bahu.. utk legakan tangan sendiri dan bahu member :D ( konsep mutualism ) .. dan bila pergi kat kawan ana yg sebelah.. ana tengok spect dia.. perghh.. lawa kot.. merah menyala ..rase style plak.. so cakap kat dia

" za, pinjam spek mu jap "

maka dapatlah dengan mudah , hehe

merah style!


mula2 pakai sesaje je.. tapi kali pertama pakai.. fuhh.. bila tengok slide kat depan ( power point dalam praktikal class ), nmpak jelas sgt... what ? tanggalkan spek.. fokus balik.. nmpak je ok ... pakai balik .. wahhh! lagi jelas la....

* nampak sgt dalam praktikal prof tengah mengajar kat depan ana men2 spek , dah la dudk depan.. ampunkan patik ya cikgu :D

maka kemuyskilan telah berlaku...naper mata ni.. prob ke.. takper3.. perasaan je kot.. maka.. let by gone be by gone.. so coming next day.. praktikal class.. buat benda yg sama ag.. raba2 kawan lagi ( jgn salah faham, ahahaha =-=" ) , dan mintak spek kawan ag..

" za, pinjam spek mu jap "

maka .. kali ni.. benda yg sama berlaku lagi..adeh... whats wrong men... mata kiri ok.. mata kanan dah songsang dah  +_+.. tak mo la pakai spek.. tak hensem kot ( haha.. satu statement yg kasar utk orang2 pakai spek...hahaahhaahaha XD ), camner ni.. adeh...

bila revise balik.. buku boleh je baca.. jelas.. tapi bila dalam kelas, benda jauh makin kabur.. tutup mata kanan.. ok.. tutup mata kiri... nampak bintang, bulan , kismis , coklat... haha.. coklat XD

jadi as a future doctor/ physician, ap benda yg perlu ana lakukan utk diagnose nate ni? haha, kelate

1. pertama, mungkin mata penat kot

Dr. Adam.. wow *-*


2. sebulan dua kat sini, rindu menebal pada ahli keluarga, tears went away, air mata ni hanya Allah swt saja tahu kenapa ianya mengalir di malam hari.. rindu , sedih... ya Allah swt.. bersama ku selalu hadapi ini...

*byk nangis tak bermakna lemah, kekuatan itu sentiasa berada mantap pada karisma seseorang, physiology badan bukan penentu kelemahan orang tu , jadi jgn judge orang ( other way, jgn judge penulis yg menulis la.. hahaha XD ), iskhh emotional



3. glaucoma.. ni pun satu hal.. kuat makan coklat, banyak gula dalam minuman, pepsi , coke.. adeh... takut kesannya hanya sementara .. so hold on dulu dari buat spek.. sebab glaucoma ni berlaku sebab glucose dalam badan banyak.. dan concentrate kat eye ball sana( ada kawasan specific , lupa ana ) , dan menyebabkan kawasan mata tu hypertonic dan osmosis of water causing eye to swell causing blurring in vision.. get the point? tapi ni tak kekal.. kalau blood glucose become normal.. effect glaucoma ni hilang lah +_+.. so power mata become normal..

* so kalau nak jumpa opthamalogist ( pakar mata ) , kene puasa dlu la gitu, baru cek mata.. kalau tak sia2 gitu je buat spek nanti.. so nantikan part 2 nanti :D





-mata kanda-

Wednesday, December 7, 2011

jalan telah terbuka~

assalamu'alaikum wbt , hai bonda, ayahanda serta adinda yang disayangi, moga Allah swt senantiasa melimpahkan rahmat yang tidak terhingga kepada keluarga2 ana yang tercin cin cin ta :)

* fenomana lagu KRU 3 Kata xD hehe kelakar2

alhamdulillah, tempoh berkabung telah pun selesai~ kesakitan telah redha, sakit di hati,dada, jantung telah pun lerai... tak sia2 pergi klinik Nur Islam... asalnya nak musyrif akhawat ke sana sebab asalnya dia yang sakit,  kecian dia.. teman je la.. rumah dah dekat kan... last2.. sampai hospital ana plak yang sakit...

* kejap hospital kejap klinik... mane yg betul ni +_+

tapi ana beli ubat tu kan... ada satu benda yang agak nonsense berlaku... yang buat sistem immune ni lebih kuat   :D , ap dia? ana tya pada akhwat ni, apa respon dia makan ubat tu...

sahabat ana gelak kat word "RETARD" tu.. adeh.. name pon kat bronco +_+



ubat dia ada 3 jenis, diagnosis dari doktor, kata Dr tu .. dia ada pharingitis... dan Dr bagi antibiotic dan bronchoconstrictor ..  ana pun Dr. cek dan diagnosis yg sama... causes , sebab environment polution .. adehh... ana yang pembersih( hahahahahah tak bley bla ) ni kene infection gak? adoi

so ubat diberi utk prevent secondary infection to the present state.. okey.. tapi bila akhwat ni makan ubat.. ana tak start makan lagi..  dan ana nak tengok respon dulu.. tup tup tup.. dia kata... batuk dia lagi teruk dan susah nak nafas.. dan feeling nausea( nak muntah ) yang tinggi sebab ubat tu sgt pahit

macam ni la ana semangat nak carik ubat tu :D


ana yang dengar camni.. terus google bout ubat ni dan carik pharmacokinetic ubat ni dan side effect ubat ni.. ohh.. cmtu rupanya drug ni digunakan .. no wonder la... dan dan ana terus tak makan ubat tu..dan alhamdulillah.. berkat usaha ana jumpa doktor dan tak makan ubat, tawakkal 'alallah :) ana telah sembuh, haha

* ini konsep tawakal yang 70 % tak betul.... haha naper 70% *-*

ini yang betul :D


jadi 3 hari gak la ana tak ke kuliah ( kalau ada yg perasan)... rase nya tak siapa perasan pon.. ana ni ibarat debu dan pasir ... ada takde tiada beza pun .. not prominent dalam batch :) rase lega hidup dalam kesederhanaan.. tak glamor tak hot.. sedang sedang.. nak buat amalan pun senang hati, orang tak ngata dan orang tak kisah.... ukiran senyuman dapat dilakukan dengan penuh gembira tanpa ada hati yang boleh dilukakan :)

alhamdulillah, sahabat ana .. ana dalam kesakitan ini.. ada juga bertanya khabar... mungkin dalam sekali pandang dia dapat tahu tidak sihat diri ini.. dan baginya senyuman dairi ana itulah yang penawar dan sumber kekuatan :)

katanya

Tidak semua yang kita lihat mereka itu "kuat" itu "kuat" sebenarnya..
Terkadang,senyuman mereka hanya untuk membahagiakan orang lain dan cuba untuk merawat hati serta diri yang "lemah"....
Dan terkadang,dalam senyuman itu penuh dengan harapan semoga masih ada yang menyokong diri mereka walaupun tidak dizahirkan untuk memberi ke"kuatan"...cukuplah hanya sekeping Doa..
Allah sentiasa bersama kita..



syukran atas kata-kata rangsangan.....bagi ana.. tak perlulah nak susahkan siapa2 bila diri sendiri dalam kesusahan.. bila diri ini dalam kesedihan , kekalutan kesakitan.. tak perlu nak zahirkan dalam diri  shingga menyukarkan sahabat-sahabat.. kawan2 yg baik akan datang tanpa dijemput.. alhamdulillah .. lega hati.. bukankah Allah swt itu Maha Adil? bukankah Allah swt Maha Kasih?

* tapi masih ada juga MANUSIA yang masih dengki ngan Kasih Allah swt pada manusia... kesiannya :(


tapi apa point ana ngan tajuk kat atas??  jalan telah terbuka??

jalan apa ? jalan tar?? hehehe.. tempat ni tempat feveret ana ngan dinda bershopping sakan kat Malaysia ! :D baju raya kita pun kita beli kat sini kan dinda :) hehe

tapi bukan jalan ini yg ana nak cerita... dalam tempoh yang ana tak dapat hadir kuliah ni.. ana habiskan masa di rumah atas katil 72 jam... berfikir... dan buang masa yang terlalu lama... iya... dan.. muhasabah diri yang terlalu lama... dan akhirnya ana berkeputusan( wah3.. macam nak jawab.. who wants to be a millionaire plak XD ).. ana nak pilih jalan ni :)


apa dia ya jalan tu ................................................................................


biarlah rahsia ... Allah swt sahaja yang tahu :)






kebetulan tergoogle di youtube lagu ni dinda, simple lyric within the blushing atmosphere







~hati kanda~

s.a
ssfss

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah :)

asssalamu'alaikum wbt :) kepada adinda yang tersayang, keluarga2 , sahabat2 , marhaban 'alaik wa tafaddhol masykuro~ :)

hari Jumaat yang Mulia ;) kerana esok adalah hari yang baru.. semalam dijadikan kenangan dan sejarah untuk memikirkan kembali apa yang berlaku, hari esok utk perancangan yang yang lebih baik dari semalam.. dan yg plg pnting.. apa yang akan/telah kita lakukan pada hari ini :)

" makin gembira makin bahagia "

" diselebungi kegelihan "

" mencari-cari jalan hidup "

wallahu 'alam.. alhamdulillah, kehidupan ana di bumi anbia ini benar2 mencabar ( hahaha...cabar mende.. duk depan laptop , depan buku je .. hahahaa *.* ) , berjauhan ngan keluarga tersyang semua... kadang2 ada masalah peribadi yang tak pernah nak selesai... akan ada penyelesaian.. masalah ngan member... hahaha.. nie tak boleh cite.. sebab masalah yang Allah swt bagi bukan utk disedihi atau dicaci.. tapi Allah swt dengan peracanganNya yang Maha UNIC :)

" tanda-tanda Allah swt sayang dan cinta pada hambaNya adalah diberi ujian "



“Setiap muslim yg terkena musibah, penyakit, atau yg lainnya, pasti akan Allah hapuskan berbagai kesalahannya, seperti sebuah pohon menggugurkan daun-daunnya” (HR Muslim)

“Cobaan itu akan selalu datang menimpa seorang mukmin & mukminah, baik pada dirinya, pada diri anaknya, atau pada hartanya sehingga ia bertemu dengan Allah tanpa batas dosa sedikitpun” (HR Tirmidzi)






petikan dari sesawang google T-T


masalah buat kita matang waaat :) tak perlu nak sedih2( cehhh , padahal air mata ni sentiasa bergenang bila datang masalah :(   ) ............... haitz.... teringat ana.... ana selalu katakan ini pada sahabat2 ana..

" haitam ( bukan name sebenar XD ) , masalah lelaki ni ada dua saja ... "

" hurm.. "

" yang pertama DUIT ...dan yang keduanya............WANITA "


hohohoho... benar... sgt2 benar.. ( pendapat ana la ).. kalau ana ada masalah... dua benda ni je yang selalu jadi basic.......masalah  motor? tak lari duit gak gerak..... masalah duit umah, sayur ayam lempeng buku sume duit T_T ... haha..

benda2 lain macam fizikal.. contoh macam tak aktif sukan, kurang sosial... kurang kawan... ader kawan2 drop... kene buli.. bagi ana.. itu tak menjadi masalah besar ( utk lelaki ).. kerana setiap yang berlaku tentu ada punca dan penyelesaian.. kan.. kan? :)

itu belum campur masalah ngan wanita ... wanita?? hahaha... ni close tak boleh citer..ahha (dah tu naper tulis kat sini.. zzzzz =-="  haha )


nak buat cerita nya... sekadar perkongsian... dalam minggu nak exam ni... ada la jugak... dalam 1 minggu ni... masalah wanita ( haha )...wahai dinda... hati mana yang tak merindukan pasangannya.... kanda benar2 rindukan dinda... setiap malam ana terpaksa utk tidur lewat.. utk habiskan study sperti yg ana rancang... akan tetapi... selalunya... selepas jam di dinding ... menunjukkan 1 pagi atau lebih... selalunya... haitzz.... air mata ni akan tiba2 mengalir... menahan rindu di hati... menahan naluri diri ini...

" kau tahu ku merinduimu......ku tahu kau mencintaiku.. oh kasih "
" bersabarlah oh sayang... saat indah kan menjelma jua "
" kita akan disatukan................................ "

jam randik... di bilik... jam randik?? +_+



waktu-waktu inilah selalunya ana tak boleh tidur..waktu2 kritikal dalam seharian ana... mungkin housemate ana.. abg AJKT dan abg Kali... sedar atau tak sedar... nmpak atau tak perubahan ni.... x nmpak kot..waktu malam sume tidoo XD haha


namun yg demikian... bila saat ini berlaku... barulah ana sedar... ada kasih syg yang berharga wujud di dunia ini :) cinta sesama manusia... dan bila ianya makin kuat dirasa.. kesyukuran itu sgtlah tinggi.. dan membawa kita kepada cinta kepada Tuhan.. yang Satu .. Allah swt..

di waktu kerinduan inilah.. ketika solatnya... ketika sujudnya.... dapat kita tahu siapa Pendengar yang Baik..
kalau tak percaya cubalah :) ... kenapa ya? rasa rindu yang terbuku di hati.. hari demi hari makin menebal ( nak tunggu sampai tahun depan :(  )... kita tak dapat jangka apa yg akan berlaku.. jikalau ..luah pada rakan-rakan.. memang lega...sebab  terluah... tapi ana INSIST... ianya sesuatu yang berbeza jika luahan itu kepada Sang Pencinta :)...

Dia lebih Memahami apa yang tersirat, lebih Maha Mendengar, lebih Mengetahui apa yang terbaik utk hamba2Nya.. subhanallah..setiap kali masalh menjelma..jika kita sama2 rujuk kepada tempat yang sesuai.. maka beruntunglah kita :)

* kadang2 rujuk pada kawan2... lain dia dengar lain dia paham.. lain plak pandangannya.. dan lebih sedihkan kalau masalah kita diceritakan pda orang lain ( stup** no** f** kawan macam ni... %^&*()  %% )

%^&*(  >>>>> those just words... neither good nor bad words... just some typing error XD


maka bila hari ini ana muhasabah setahun yang telah berlalu.. kerana esok telah menjelma tahun baru.. maka ana ingin mengucapkan syukur dan terima kasih.. kepada Al-Malikul Quddus.. Allah swt ... kerana memberi kesempurnaan dalam hidup ana.. tika ana kesunyiaan.. dikurniakan Cahaya Kemenangan utk memberi ana dorongan dan bimbingan serta semangat... kanda syg dan rindu pada dinda... doakan kanda ya.. biar jarak yang jauh ini membantu kita .. memberi ruang dan luang pada diri kita .. utk Islah diri kita supaya kelak bila kita bersama :) kita lebih dapat saling melengkapi :) :) syg dinda



♥♥ Dinda TAHU satu-satunya ALASAN mengapa Allah memisahkan kita? kerana kita terlalu DEKAT, melampaui yang seharusnya ♥ ♥ 

♥♥ Dinda tahu alasan mengapa Allah mencipta JARAK antara kita? Kerana Allah ingin kita saling MENDOAKAN, dalam jauhnya pandangan sekalipun ♥ ♥

♥♥ Dinda tahu alasan munculnya kantung pada mata? Untuk membiarkannya terpejam, BERISTIREHAT dari memandangmu dalam NYATA ♥ ♥ 





last but not least.. ana nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Awal Muharam :)Maal Hijrah.. moga-moga kta semua kearah yang lebih mantap dan kamil :)


s.a
ssfss
yes! psp


~ kanda yang merindui ~







Monday, August 22, 2011

jom beramal selagi sempat ~

bismillahi rahmani rahim,

assalamu'alaikum wbt kepada insan yang ana kasihi.. buah hati yg dulu jauh... kini dekat dihati.. hanya beberapa sentimeter saja kini :P serta keluarga2 yang sentiasa memberi rangsangan dan  sokongan..serta sahabat ana, mr huxin yang berada di mekah al mukaramah.. ana doakan enta supaya berada dalam dua kondisi yang sgt baik! moga2 sperti yang enta mhukan tu

1. full hp + mana ( sentiasa sihat fizikal dan mental )
2. dijumpakan dengan malam al qadar :)

insyaAllah amiin

JOM BERAMAL ! ( perlu ke tanda seru ni ? :P )

alhamdulillah , dalam bulan yang mulia lagi barakah ini.. bulan apa ya? ramadhan al kareem .. yeah! ramadhan yang mulia, ramadhan yang sgt barakah serta pecah memecah.. har ? apa tu pecah memecah.. pergi surau tanya ustaz ya.. bukan tajuk ana hari ni.. heeek hek hek XD

maka kalau tak plan dengan baik, maka sia2lah ramadhan ini.. nak buat baik pooon kene plan ke =-=" what the... haha.. astaghfirullah... remorse2.. sebab ad pepatah JAWA pernah mengatakan

" kebaikan yang tidak terancang mudah dikalahkan dengan kebatilan yang terancang "

ada paham? =-="

ye la.. benda baik.. kalau kelam kabut.. hahaha... kalau hati tu plak.asyik memberontak ( kebatilan *-*) , mestilah rase tak syok je nak buat kerja annn.. ahaa..

jadi alhamdulillah.. ramadhan ni.. ana bersama2 yang tersayang, :) plan bersama2.. utk melakukan ibadah yang khusus... ibadah? apa2 je la.. tak pandai nak rank kat mana la... ini adalah ilham dari SC/ USRAH ana di mesir...di mana..ada satu hari tu.. abang naqib ana.. mengajak satu usrah ana.. bersama2... utk melakukan amal jariah  .. kerana katanya... apabila kita memberi.. kita dapat merasa betapa nikmat nya hidup ni :) benar!
alhamdulillah tenang rasa hatinya :)

maka... pada awal minggu ramadhan.. ana bersama tersayang sama2 turun ke Masjid Jamek di KL .. utk mencuba amalkan apa yang diajar.. alhamdulillah.. walaupun tak ramai.. ( dana kami tak seberapa ;(   ) hanya dalam 10 orang.. tapi kami sgt gembira kerana dapat menghulurkan sumbangan.. alhamdulillah

bak kata SaifulIslam @ AbuSaif

" erti hidup pada memberi "




allahumma bariklana fi ramadhan


yang keduanya.. adalah anak2 yatim dari Hulu Langat... ah... sedihnya!.... masih ingat? tragedi yang mengorban dalam 15 orang termasuk seorang staff.. .sedih... mereka kecil... yang pling tua antara mereka hanya berumur 17 tahun.... sebak hati.. terfikir.. mereka tanpa ibu bapa.. bila berlaku tragedi... begini...
menimbulkan lagi rasa sebak... allahum bariklahum wa firghlahum wa zayiidnahum rozak!

sedih! innalaha ma'akum!



melawat mereka.. walaupun utk seketika alhamdulillah.... kunjungan tidak putus kepada mereka... bahkan ketika ana dan tersayang serta adik saudara ana dari Perak ketika berada disitu, ada juga warganegara berkulit putih manis blonde ( mat salleh la :) ) yang turut datang melawat! subhanallah.. sayangnya Allah swt pada mereka.. tenang hati.. gembiranya jiwa

jumlah semuanya sebelum tragedi.... ya Allah swt berkatilah mereka...rindunya.....


dinda + adik saudara dan anak2 yatim di Hulu Langat... sume anak2 yatim..



   
ya Allah swt.. rahmatilah kami





moga Allah swt menerima amalan kecil ini.. dilakukan bukan utk mendapatkan nama, hanya utk mendapatkan kepuasan dan ni'mat dalam menjalani hidup yang dipinjam sementara ini, moga2 memberi ilham kepada rakan2 serta sahabat2 utk sama2 tarbiyah dan beramal di bulan yang mulia ini :) ayuh beramal!





p/s : betul kata Abu Saif , bila kita memberi.. kita merasa bukan saja bahagia dan seronok.. malah kita membuat hidup sesesorang lebih berharga, seolah2 membuatkan hidup mereka seperti syurga .. kerana kadang2 terdetik juga pada hati ana.. kadang2 kita rasa hidup ni takder makna.. takder siapa kisah pasal kita..apa kita makan hari ni.. apa kita lakukan hari ini.. adakah orang kisah? adakah orang cakna? adakah orang nak tahu...

alhamdulillah syukur tak terhingga bila kita menghargai/membantu seseorang.. seolah2 membuatkan hidup mereka sperti Nur yang baru, kecekalan yang bertambah.. alhamdulillah.. moga diilhamkan lagi kami utk melakukan kebaikan, amiin ya Rabb!






_kanda_
s.a
ssfss!


Friday, August 5, 2011

Kuih tat telur

Bismillahirrahmanirrahim :) 

Diucapkan kepada para pembaca blog SCK.. Si Cahaya Kemenangan ke?? yeh2! apa kaba semua? kanda dan para pembaca blog ini..? moga kalian sihat + diredhai Allah swt.. Amiin :) Alhamdulillah, ana + family di sini sihat wal afiat.. insyaAllah.. :) hari ni ana nak share mengenai pembuatan Kuih Tat Telur.. Hurm.. sedapnya.. nnt kita wat sama2 ye? insyaAllah.. ^-^


nak dijadikan cte.. ana pada beberapa minggu yg lepas, bermalam di rumah sahabat ana.. Intan nama panggilannya.. :D kerna pada hari tu, ana gi ziarah Naqibah ana di Putrajaya.. rindu sgt naqibah ana.... moga Allah ikatkan hati2 ini utk berjuang bersama di jalan Ilahi.. InsyaAllah! teruskan dakwah kita sama2 ya whai sahabatku sekalian.. :) moga Allah akan permudahkan urusan kita kelak.. amiin.. jadi kami start perjalanan pada sebelah petang.. lepas habis kelas saja, naik kereta Kak Ummul drive.. :D ohh.. bawa kereta mcm Michael Shumaker! xtau betul x ejaan nya.. hik3! :p tapi tu dulu.. sekarang lebih berhati2 sikit.. baguslah! :D


kami dalam 6 orang naik kereta.. ke Putrajaya! lalalalala.. jauh ke hah? x sgt la.. bukan kat Mesir pon.. ehheheh.. saje je kan wahai kanda? :) travel bunya travel.. alhamdulillah smpai juga akhirnya.. :) jumpa kak Naqibah.. oh rindunya kat akk..... moga akk kuat mnghadapi ujian yg mndatang ya.. insyaAllah, akk kuat! kami sentiasa doakan.. :) masak2 di sana.. ceritakan pengalaman.. share stories antara satu sama lain.. dan pulang lepas dah puas meluangkan masa bersama.. actually xpuas pon.. tapi, kami terpaksa beransur pulang memandangkan malam kian menjelma.. :) jadi, pulang ke rumah Intan semula dan alhamdulillah selamat smpai lalu buat apa yg patut! ^-^ bersihkan diri semua + semangat nak buat KUIH TAT!!! >.<


yeah...yeah... boleh jadi Chef sementara... huk3! :p ana + Intan yg semangat wat Tat ni.. minx tunjuk ajar dpd akk sorang ni.. ;) syukran ye kak! resepi akk, kami tolong watkan! hehehe.. so, akk tu just bagi resepi, then kami yg lakukan la.. hohoho! mari2~ ana tunjukkan step by step.. :) ni dia punya bahan2.. ^-^

                                                                                                    
200gm butter
100g gula aising
370 g tepung gandum
1 biji telur + 1 biji telur kuning
½ sudu vanilla                                                                                                                                 
4 biji telur
1/3 cawan gula kastor                                                                                                
1 tin susu cair
1 cawan air suam
½ sudu vanilla
1 sudu makan tepung kastard

[ kacau gula + air suam -> masukkan susu cair + vanilla + kastard + telur ]


haa.. ni la bahan-bahan nya:

Semangat! Faitink! ^-^
Lepas da sediakan bahan2nya, kami mula ikut sukatan.. klu boleh nak ikut sukati je, tapi takut jadi lain lak kan.. hehehehe :p shbt ana menggaul dgn semangat...! aja2 faitink! >.< ana ada la gak rasa menggaul tepung tu.. hihihihi :D
Gaul jgn x gaul!
 Yang kat ats tu, mentega, gula, esen vanila etc.. ana lupa.. hik3! lepas dah gaul semua tu, baru masukkan tepung... sampai kita boleh bentuk acuan tu.. :) klu rasa kurang, tambahkan tepung lagi... 

Gaul bersama tepung...
Yang dah siap punya.. ^-^
 Lepas da dapat acuan yang kita rasa da puas, sediakan bekas utk kita masukkan acuan tu ke dalam bekas2 tersebut.. kita kena tekan2 sikit dan jgn ganas sangat.. nnt nak kena bakar acuan tu.. kami buat dalam lebih kurang 30 biji bekas bulat ( ) ni... ^-^ ana semangat bab mcm ni...! >.< 


inilah ana buat yg first sekali! ----->

Cubaan pertama.. 
Sedia utk masukkan ke dalam microWAVE~ 
S.A stands for Saddam Afuza ^-^
Masa utk mmbakar! :D
Sementara tnggu utk membakar acuan tersebut, kami buat acuan dalamnya pula... senang saja.. 

4 biji telur
1/3 cawan gula kastor                                                                                         
1 tin susu cair
1 cawan air suam
½ sudu vanilla
1 sudu makan tepung kastard

[ kacau gula + air suam -> masukkan susu cair + vanilla + kastard + telur ]

haaa.. ikut je arahan yg dberikan.. dan inilah hasilnya.... --->


Acuan cecair yg pertama ^-^
Pewarna hijau digunakan ^-^
Kami pilih pewarna biru juga ^-^
Tidak lupa warna pink ^-^
Tapi ana punya warna kegemaran, tidak ada pula... :( sob3x... tak apa lah... :) yg penting rasa nya ENAK!! 
setelah siap acuan yg dibakar tadi, kami masukkan pula acuan cecair... Biru, Hijau, Pink, Oren... :D

Lepas dibakar, letak acuan cecair pula.. >.<
Tnggu turn utk dibakar... 
 Kami bergilir-gilir mmbuatnya... da siap, masukkan yg lain pula... mana x nya, ada 30 biji bekas.. ini bermakna, kami ada 30 ketul kuih tat telur.. *.* makan-makan.. gemok-gemok... :P
Lepas da siap dibakar, dimasukkan acuan cecair, pastu bakar semula... dan baru selesai... kami tnggu kuih2 tersebut sejuk, baru dibalut... supaya nampak kemas + x masuk angin.. InsyaAllah...

Sudah siap! ^-^
 keesokan paginya, wahhh~~ da siap kuih tat telur nya... sedia utk dimakan...! :) nyum3! :D kalian mahu kah?? Jemput2~~ insyaAllah, nnt ana buatkan ya... jika nak tempah pon bleh.. tapi tnggu ana jadi Chef la.. hihihihi.. :P


p/s: Kepada shbt kanda ---> Ahmad Fahmi Huseini, nak ke kuih ni??  nanti ada masa, kami buatkan ya??? ^-^ insyaAllah! :)


 Kanda + ana memang suka masak.. tapi ana lagi suka jika kanda yg masak.. ^-^ heheheh.. ana tukang rasa saja.. boleh ke??? kami saling bekerjasama! insyaAllah! kanda masak, ana makan.. ana masak, kanda makan.. dua2 masak, dua2 makan! >.< 


ok ya semua, ana nak undur diri dulu... nak berbuka bersama yg tersayang... :) insyaAllah, ada masa kita jumpa lagi di sini ya~  semoga kalian diberkati Allah..! Amiin..


Wassalam.

ssfss
s.a


Saturday, July 23, 2011

perkara2 wajib patut dilakukan ketika~

assalamu'alaikum wbt :) 
hai3.. ni entry plg cepat nak buat. .hehehe.. sebab nak study lagi pas ni.. tapi nak still update blog nya :P tak nak berhabuk... kene rajin.. nak genggam kejayaan kan? kan? kan?



so entry ni pasal apa ya??

PERKARA2 WAJIB PATUT DILAKUKAN KETIKA...


berpasangan :)


Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

* kan dinda kan :) perasaan tu kengkadang naik, kengkadang turun kan, tapi sayangilah dari hati, hati kanda apa khabar hari ni? :)
bapak vs abah :D


2. Terima seadanya


Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

* masih kanda teringat, ketika kta berjumpa di waktu dhuha itu, sungguh damai rasa di jiwa :)             
satu keluarga :)

3. Hargai pengorbanannya

Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

* 3 tahun itu sgt lama ...... byk betul kena hadapi... persekitaran... jarak kita yg jauh... alhamdulillah.. doa pengikat hati :)


4. Hormati pendiriannya

Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

* macam kata mak, takkan berlari gunung tu kalau dikejar .. :P hehe
in black :)




5. Yakin pada keistimewaannya

Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

* alhamdulillah, dikurniakan pasangan yang solehah, pandai menjaga diri, baik akhlaknya. .sopan santun, tembam,.... err... ^-^


6. Jangan berprasangka

Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

* tiada prasangka :) ada la jugak kadang2.. hehehe.. tapi dinda ajarkan kanda erti p.s.p.. perlu, setia dan percaya .. tersemat benar di hati ni :)
7. Sayanginya setiap hari

Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

* doa dari kanda
" ya Allah swt, di jalan da'wah ini kami bertemu, satukanlah hati kami, bertemu kami keranaMu, dan pisahkanlah kami kerana ingin bertemu dengan Mu "

love u dear :)

8. Capai persefahaman

Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

* hehehe.. ni part yg selalu jadi pertikaian kan.. nak makan tu ke ni, nak seremban ke nak ke kampung selangor? ader je yg tak kene kan.. nak air pepsi ke nak air jagung.. haaaa.. semalam baru minum air jagung! :D

rindunya saat ni dinda~


9. Jangan cepat berbangga

Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.


* hahaha.. ni part yg plg bagus.. bagi yang dah bernikah, peringatan utk diri sendiri jugak... tak perlu la nk bangga dgn apa yg ada... jodoh itu boleh berlanjutan sehingga ke syurga atau ditukar di dunia tika korang sudah pun sah.. tak payah nak pepoyo bangga la.. hahaha.. yg penting..bersyukur :) dan berdoa supaya ianya berkekalan abadi :)

* kalau Allah swt tamatkan jodoh suami isteri tu.. terdiam seribu bahsa.. baru menyesal.. muhasabah.. tarbiyah~

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di rumah. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

* hehehe.. alhamdulillah , kanda tak suka demand2.. dinda pun tak begitu.. cuma demand dari kanda... supaya kita menjadi pasangan yang lbih dpat mendekatkan diri kepada Ilahi, kerana rindu dan kasih kita dapat membawa kita kepada RahmatNya :)




* merindui hati yang kian jauh..
 
Muhamad Saddam bin Jamaludin
Noor Afuza binti Nazir

s.a
ssfss
yes!! p.s.p