BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Sunday, December 11, 2011

tank gong jar warp =-=" ~

assalamu'alaikum wbt disusuli , adinda yang tercinta, bonda ayahanda serta keluarga yang dikasihi :) apa khabar diri di Malaysia ? :) moga sihat senantiasa... bulan ni bulan 12.. tak sabar nak menunggu saudara baru dalam keluarga... bulan ini kah ? jika ia.... tak dapatlah kanda pulang... maafi ya wahai adindaku .. moga tabah di sana :)

* jap3... ni ape cer?? mesti tak paham kan?? hhahaha.. naseb arr.. keh3 XD

malam ni sejuk sgt.. tapi waktu sejuk ni.. waktu yg bagus utk study, klau kat Mas, malam gini tak sejuk :P panas kene bukak kipas.. al maklumlah.. musim sejuk kan kat sini.. bila musim sejuk ni.. alhamdulillah... dikurniakan satu kurniaan yang sgt best.. 3 bulan je tawaran ni.. beruntung la bagi siapa yang sedar dan akan sedar dan rugilah ( ermm... tak baik camni :(     ) bagi siapa yg tak sedar2 .. hahaha :P

ape dia ? +_+



" bila tiba musim sejuk , dipendekkan siang dan dipanjangkan malam , maka dimudahkan utk sang Muslim utk mudah berpuasa dan berdua-duaan dengan Rabb yang Satu di malam yang panjang :)  "

tawaran cinta yang best kot :) hihihi.. kalau ana kat Mesir ni.. ramai sahabat2 yg soleh ( exclude ana *-* sobz ) yang kuat utk berpuasa, beribadat, mencari ilmu serta berdakwah di jalanNya.. baguskan .. mana2 pergi.. tak lekang dek telinga.. sahabat2 cite pasal zikir, ibadat, solat.. fiqh, kawen.. sume yang boleh dibincangkan..

* ana.. .lagi suka borak pasal dota.. ana jahil agama... tak pandai nak borak +_+ sobz lagi :( huhu...

dan dalam fatrah study yang makin menggila ni ..dalam module yang makin tak betul ni ...module GENITO-URINARY ... modul yang khusus bout organ peranakan lelaki dan wanita... in other word PENIS-VAGINA-KIDNEY module... memang tough dan mencabar tambahan kekurangan gambar serta imaginasi..

never study Pathology without pictures - professor


kata lecturer utk survive module ni

" Indeed u need to revise every lecture before u enter the next lecture tomorrow "
" Be a good listener by reading before you enter the lecture "

dan yang plg kritikal bila...

" I dont want any books opened during my lecture ! "

hahahahahaha.. ini tak ley tahan.. dah macam kelam kepala ni.. tak der satu pun terlintas.. kene ultra-hyper-tera-nano concentration la! adehh..tu bab study ~

FOKUS! aja2!


jadi macam mana nak uruskan tanggungjawab diri bila nak hadapi fatrah gini..

ni ke status hari ni ? " tank gong jar warp =-=" "  or " tanggungjawab =-=" " haha.. mana2 la.. same je bunyik walaupun eja lain2 :P

apekah -.- ''... nanggung penjawab 


ana ada sahbat , tak jauh pon.. ahlil bait ana pon.. ( ni tengah promote calon AJKT ni :D ) , antra yg bagus utk dicontohi dan diteladani qudwahnya.. walaupun ana ni pendiam orangnya ( yo or la ko dam , haha ), tak byak bicara dalam umah.. suke dowk depan buku , ulat buku ( haha, temberang ) .. tanggungjawab yang dipamerkan dalam umah amat menyenangkan diri

siapa kah dia ? baca la sampai habis baru tau :D

orangnya mmg Intelligent tinggi dan suka mencari ilmu , kalau kat bumi Iskandariah ni, tak lekang ngan ilmu yg banyak.. antra ilmu fiqh , dan sahabat ana suke habiskan waktu petangnya selepas kuliah ke kelas2 fiqh dengan Mujahid Rider, my dear motorcycle :D, alhamdulillah,

nak buat kisah, ada satu hari ni.. ana duk lepak2 ngan sahbat2... ana suka tya bout makanan... iya la.. musim sejuk.. pikir pasal makanan kan.. lapar.. kebdaa coklat +_+ oh feveret.. dan tak lepas juga.. makan malam.. sahabat ana ngeluh juga.. dalam beberapa minggu ni.. dapur kat rumah tak berasap.. kenapa ya? adeh.. katanya ahlil bait 24/7 busy ngan persatuan, busy ngan kelas fiqh.. busy itu busy ini .. sehingga abaikan keperluan ahlil bait len.. .adehh..

* keperluan ahlil bait adalah perkara kecik je , jika yang kecik ni pun tak terjaga, bagaimana yg besar eh , kata nabil " lu pikir la sendiri "

" la ye ke.. "
" nak buat camnner, makan luar la aku , beli stok kat fathallah la "

tapi alhamdulillah, benda yang lain berlaku pada ana , ahlil bait yang strict dan memahami, kalau ana lapar, pasti ada bekalan sampai ( belikan shistawook :D ) , tak pun buat nasi goreng ... sahabat ana ni , walaupun petang2 g kelas fiqh, selalunya makanan di rumah akan dimasak dulu, dan feveret yang sahabat ana suka buat ni ialah KARI, sedap!

pernah gak ana mengusik
" nape KARI je ah ko suke masak ***** ? "

" aku suka masak kari sebab aku rindu kan masakan mak aku "


* tenang hati bila dengar jawapan camni, penyayang jugak orangnya ( ekekekekekke )


hehehe.. seronok memang seronok dop ngusik orang ni.. tapi bersyukurlah dengan siapa kita ada.. walaupun tak sehaluan , pasti ada persamaan dan keperluaan yang masing2 mahu.. itulah manusia, saling memerlukan :)



last but not least, ana dan selurh warga Iskandariah nak mengajak.. undilah AJKT yang  BERTANGGUNGJAWAB :D

" pilihlah pemimpin yang adil berbanding daripada pemimpin yang fasih "
* petikan JPC





undilah MUHAMMAD SHAHIR BIN MOHD NADZIR , pilihan yang tepat!



* shahir ko jgn bace blog ak, esok turn ko masak :D , hahahhaha ngusik3






~kanda~


Wednesday, December 7, 2011

jalan telah terbuka~

assalamu'alaikum wbt , hai bonda, ayahanda serta adinda yang disayangi, moga Allah swt senantiasa melimpahkan rahmat yang tidak terhingga kepada keluarga2 ana yang tercin cin cin ta :)

* fenomana lagu KRU 3 Kata xD hehe kelakar2

alhamdulillah, tempoh berkabung telah pun selesai~ kesakitan telah redha, sakit di hati,dada, jantung telah pun lerai... tak sia2 pergi klinik Nur Islam... asalnya nak musyrif akhawat ke sana sebab asalnya dia yang sakit,  kecian dia.. teman je la.. rumah dah dekat kan... last2.. sampai hospital ana plak yang sakit...

* kejap hospital kejap klinik... mane yg betul ni +_+

tapi ana beli ubat tu kan... ada satu benda yang agak nonsense berlaku... yang buat sistem immune ni lebih kuat   :D , ap dia? ana tya pada akhwat ni, apa respon dia makan ubat tu...

sahabat ana gelak kat word "RETARD" tu.. adeh.. name pon kat bronco +_+



ubat dia ada 3 jenis, diagnosis dari doktor, kata Dr tu .. dia ada pharingitis... dan Dr bagi antibiotic dan bronchoconstrictor ..  ana pun Dr. cek dan diagnosis yg sama... causes , sebab environment polution .. adehh... ana yang pembersih( hahahahahah tak bley bla ) ni kene infection gak? adoi

so ubat diberi utk prevent secondary infection to the present state.. okey.. tapi bila akhwat ni makan ubat.. ana tak start makan lagi..  dan ana nak tengok respon dulu.. tup tup tup.. dia kata... batuk dia lagi teruk dan susah nak nafas.. dan feeling nausea( nak muntah ) yang tinggi sebab ubat tu sgt pahit

macam ni la ana semangat nak carik ubat tu :D


ana yang dengar camni.. terus google bout ubat ni dan carik pharmacokinetic ubat ni dan side effect ubat ni.. ohh.. cmtu rupanya drug ni digunakan .. no wonder la... dan dan ana terus tak makan ubat tu..dan alhamdulillah.. berkat usaha ana jumpa doktor dan tak makan ubat, tawakkal 'alallah :) ana telah sembuh, haha

* ini konsep tawakal yang 70 % tak betul.... haha naper 70% *-*

ini yang betul :D


jadi 3 hari gak la ana tak ke kuliah ( kalau ada yg perasan)... rase nya tak siapa perasan pon.. ana ni ibarat debu dan pasir ... ada takde tiada beza pun .. not prominent dalam batch :) rase lega hidup dalam kesederhanaan.. tak glamor tak hot.. sedang sedang.. nak buat amalan pun senang hati, orang tak ngata dan orang tak kisah.... ukiran senyuman dapat dilakukan dengan penuh gembira tanpa ada hati yang boleh dilukakan :)

alhamdulillah, sahabat ana .. ana dalam kesakitan ini.. ada juga bertanya khabar... mungkin dalam sekali pandang dia dapat tahu tidak sihat diri ini.. dan baginya senyuman dairi ana itulah yang penawar dan sumber kekuatan :)

katanya

Tidak semua yang kita lihat mereka itu "kuat" itu "kuat" sebenarnya..
Terkadang,senyuman mereka hanya untuk membahagiakan orang lain dan cuba untuk merawat hati serta diri yang "lemah"....
Dan terkadang,dalam senyuman itu penuh dengan harapan semoga masih ada yang menyokong diri mereka walaupun tidak dizahirkan untuk memberi ke"kuatan"...cukuplah hanya sekeping Doa..
Allah sentiasa bersama kita..



syukran atas kata-kata rangsangan.....bagi ana.. tak perlulah nak susahkan siapa2 bila diri sendiri dalam kesusahan.. bila diri ini dalam kesedihan , kekalutan kesakitan.. tak perlu nak zahirkan dalam diri  shingga menyukarkan sahabat-sahabat.. kawan2 yg baik akan datang tanpa dijemput.. alhamdulillah .. lega hati.. bukankah Allah swt itu Maha Adil? bukankah Allah swt Maha Kasih?

* tapi masih ada juga MANUSIA yang masih dengki ngan Kasih Allah swt pada manusia... kesiannya :(


tapi apa point ana ngan tajuk kat atas??  jalan telah terbuka??

jalan apa ? jalan tar?? hehehe.. tempat ni tempat feveret ana ngan dinda bershopping sakan kat Malaysia ! :D baju raya kita pun kita beli kat sini kan dinda :) hehe

tapi bukan jalan ini yg ana nak cerita... dalam tempoh yang ana tak dapat hadir kuliah ni.. ana habiskan masa di rumah atas katil 72 jam... berfikir... dan buang masa yang terlalu lama... iya... dan.. muhasabah diri yang terlalu lama... dan akhirnya ana berkeputusan( wah3.. macam nak jawab.. who wants to be a millionaire plak XD ).. ana nak pilih jalan ni :)


apa dia ya jalan tu ................................................................................


biarlah rahsia ... Allah swt sahaja yang tahu :)






kebetulan tergoogle di youtube lagu ni dinda, simple lyric within the blushing atmosphere







~hati kanda~

s.a
ssfss

Thursday, December 1, 2011

apa yang tinggal lagi...~

assalamu'alaikum wbt...

hai~

mungkin inilah saatnya.. waktunya... ana bersama di waktu yang sejuk ini.. ditemani cahaya kalimantan.. bertemankan pohonan kaktus dan siulan kereta di jalanan.. jari-jemari ini semakin sejuk, begitu juga dengan diri ini yang semakin jauh dari jalan yang benar..

kaktus yang gembira , walaupun cucukan kasihnya sakit, tetap utuh bersama


out of the box*

3 tahun telah pun berlalu.. telah berlalu dengan penuh pengalaman....
masa mula-mula datang ke sini.. penuh keazaman.. penuh cita-cita dan cinta
penuh dengan seri ,  penuh dengan senyuman.. penuh dengan harapan~

itulah waktu ana di tahun pertama di Iskandariah.. sebagai pelajar, sebagai mujahid.. sebagai mujtahid..
itu dulu~


( mood sekarang emosi )


akan tetapi, teringat pula pernah ana katakan pada insan yang ana sanjungi

" sesungguhnya manusia itu berubah, berubah mengikut masa, tempat dan persekitaran "

iya.. kata2 yang cukup mendalam .. bila dalam masa 1000 hari ini berlalu dengan cepat... sedar tak sedar.. ramai kawan2 yang ana kenal dulu..

alhamdulillah, sudah temui jalan masing-masing

menemui jalan yang Allah swt telah tetapkan.. Allah swt itu Adil dan Maha Pintar.. Dia tidak pernah silap dalam melakukan perancangan Nya..
..
sedang seronok dan seronok.. baru ana tersedar dalam mimpi.. berapa jauh telah jalan ini telah diambil.. adakah makin betul jalannya atau sudah pun tersasar....


satu persatu rakan-rakan yang ana kasihi.. menjadi insan yang hebat.. insan yang cemerlang..


sesi tarbiyah bermula

1. apa yang telah aku achieve dalam 3 tahun ini
2. apa yang aku nak achieve dalam 3 tahun lagi
3. pengalaman sudah ada, persembahan nya belum bermula..


*hati rasa sayu tak dapat menjadi sehebat rakan2.. terasa diri ini kerdil benar.. mungkin di kurungan zaman.. bukankah Allah swt itu punyai perancangan yang Hebat.. iya.. baru-baru ini ana ada meminta/berdoa pada Ilahi.. diberikan kekuatan.. diberikan semangat..

tapi... iya kenapa makin lain jadinya..

insan yang rapat dgn ana.. satu persatu telah punya destinasi yang berlainan.. semakin jauh kami.. semakin jauh.......dan jauh.... Allahu Qoriib... bukankah Engkau lebih dekat dari semua ini?

iya.. bila mana ..semua ini berlaku.. ana tak dapat tanggung ( jenis emotional ).. air mata ini takkan kering ( adakah effect anak bongsu? ) ...sering mengalir setiap malam .. utk muhasabah diri... selepas berminggu-minggu di landa kemurungan.. senyuman ini tidak dapat diukir dengan sempurna.. sahabat juga tidak dapat membantu rasanya.... adakah ini ujian Cinta Ilahi... ini kah ujian utk melihat adakah ana akan berjaya...

*adakah malam ini ianya akan mengalir juga.. sahabat....


" ini tidak adil tidak adil ... bagiku "





kata mak.. bangkitlah diri ini selari dengan nama yang diberikan " Penggempur Agung yang Terpuji "
jika selalu di'amai-amai'kan oleh manjaan dan tiada kesusahan .. bagaimana nak bangkit... bagaimana nak berjuang dengan lebih bertenaga..

wahai diriku, sesungguhnya pemain pedang itu bercalar-calar lengannya kerana terhunus mata pedang

wahai diriku, sesungguhnya kupu-kupu yang indah itu menangis sepanjang masa ketika menjadi ulat yang hodoh ( simile yang hiperbola +_+ )

wahai diriku, ketahuilah Dia tak pernah tinggalkan dirimu baik dirimu sedang syukur mahupun kufur!


jangan lemah, bangkitlah.. bangkitlah.. hidup ini pendek.. belum tentu esok akan ada lagi.... jika hari ini hari terakhir, apakah nostalgia amal yang terbaik yang diri ini boleh lakukan










_air mata kanda_