BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, December 12, 2011

spek mata part 1 0-0

assalamu'alaikum wbt

its jumaah oh jumaah, got to make zikr on jumaah, everything looking for the mercy ~ :)


indahnya lagu Jumaah(jumaat/friday/klewon ) ni.. humming and hummning je dari tadi , tak sabar la nak tunggu hari jumaat ni.. tak sabar dan tak sabar.. its jumaah and jumaah :D

hehe.. tetttttttttttt.. dah iklan abis.. sejuk nya kemain lagi di bumi Anbiya ni ya.. kelas fiqh ustaz Akli terhenti hingga khamis ni ( iklan lagi :D ) , jadi masa yg dihabiskan ... dengan buku medik lagi la ... hoho.. byak nyer perlu revise *-* , nak ubah seyh.. sem2 lepas tak pernah dapat result gegempak lagi.. adeh... takper.. takkper? kalau nak berjaya, mesti ada usaha yang mantap dan niat yang ikhlas ( *-* perghh ikhlas , haha ).. kerana itulah sunnatullah utk berjaya

" man jadda wa jadda , wa man zaro'a hasada "

tapi dalam perjalanan nak teruskan study ni.. ada je rintangan kan... adeh.. ( berapa byak mengeluh la post ni :( ) .. baru2 ni dalam kelas praktikal.. macam bese la.. kalau tak bising kat section 4, tak cite pasal slide, citer la pasal dota lagi.. haha ( nampak sgt minda corrupt ngan nate ni .. haha ),  tapi bab study.. fokus sgt2.. kekadang sampai slide yg prof bagi tu paham.. malahan.. dinding tu tertembus..sampai bukan morphology je yang ana nampak, bahkan bermillion lemon2 yg ana boleh nampak!.fuuuuuuuuhhhh! power x ana :D hahaha

* halusinasi , XD

gangguan persepsi~


dalam duk2 gitu, ana pon tak ley selalu camtu.. mula lah tangan meraba2 .. g belakang kawan.. tlg urut2 bahu.. utk legakan tangan sendiri dan bahu member :D ( konsep mutualism ) .. dan bila pergi kat kawan ana yg sebelah.. ana tengok spect dia.. perghh.. lawa kot.. merah menyala ..rase style plak.. so cakap kat dia

" za, pinjam spek mu jap "

maka dapatlah dengan mudah , hehe

merah style!


mula2 pakai sesaje je.. tapi kali pertama pakai.. fuhh.. bila tengok slide kat depan ( power point dalam praktikal class ), nmpak jelas sgt... what ? tanggalkan spek.. fokus balik.. nmpak je ok ... pakai balik .. wahhh! lagi jelas la....

* nampak sgt dalam praktikal prof tengah mengajar kat depan ana men2 spek , dah la dudk depan.. ampunkan patik ya cikgu :D

maka kemuyskilan telah berlaku...naper mata ni.. prob ke.. takper3.. perasaan je kot.. maka.. let by gone be by gone.. so coming next day.. praktikal class.. buat benda yg sama ag.. raba2 kawan lagi ( jgn salah faham, ahahaha =-=" ) , dan mintak spek kawan ag..

" za, pinjam spek mu jap "

maka .. kali ni.. benda yg sama berlaku lagi..adeh... whats wrong men... mata kiri ok.. mata kanan dah songsang dah  +_+.. tak mo la pakai spek.. tak hensem kot ( haha.. satu statement yg kasar utk orang2 pakai spek...hahaahhaahaha XD ), camner ni.. adeh...

bila revise balik.. buku boleh je baca.. jelas.. tapi bila dalam kelas, benda jauh makin kabur.. tutup mata kanan.. ok.. tutup mata kiri... nampak bintang, bulan , kismis , coklat... haha.. coklat XD

jadi as a future doctor/ physician, ap benda yg perlu ana lakukan utk diagnose nate ni? haha, kelate

1. pertama, mungkin mata penat kot

Dr. Adam.. wow *-*


2. sebulan dua kat sini, rindu menebal pada ahli keluarga, tears went away, air mata ni hanya Allah swt saja tahu kenapa ianya mengalir di malam hari.. rindu , sedih... ya Allah swt.. bersama ku selalu hadapi ini...

*byk nangis tak bermakna lemah, kekuatan itu sentiasa berada mantap pada karisma seseorang, physiology badan bukan penentu kelemahan orang tu , jadi jgn judge orang ( other way, jgn judge penulis yg menulis la.. hahaha XD ), iskhh emotional



3. glaucoma.. ni pun satu hal.. kuat makan coklat, banyak gula dalam minuman, pepsi , coke.. adeh... takut kesannya hanya sementara .. so hold on dulu dari buat spek.. sebab glaucoma ni berlaku sebab glucose dalam badan banyak.. dan concentrate kat eye ball sana( ada kawasan specific , lupa ana ) , dan menyebabkan kawasan mata tu hypertonic dan osmosis of water causing eye to swell causing blurring in vision.. get the point? tapi ni tak kekal.. kalau blood glucose become normal.. effect glaucoma ni hilang lah +_+.. so power mata become normal..

* so kalau nak jumpa opthamalogist ( pakar mata ) , kene puasa dlu la gitu, baru cek mata.. kalau tak sia2 gitu je buat spek nanti.. so nantikan part 2 nanti :D





-mata kanda-

Sunday, December 11, 2011

tank gong jar warp =-=" ~

assalamu'alaikum wbt disusuli , adinda yang tercinta, bonda ayahanda serta keluarga yang dikasihi :) apa khabar diri di Malaysia ? :) moga sihat senantiasa... bulan ni bulan 12.. tak sabar nak menunggu saudara baru dalam keluarga... bulan ini kah ? jika ia.... tak dapatlah kanda pulang... maafi ya wahai adindaku .. moga tabah di sana :)

* jap3... ni ape cer?? mesti tak paham kan?? hhahaha.. naseb arr.. keh3 XD

malam ni sejuk sgt.. tapi waktu sejuk ni.. waktu yg bagus utk study, klau kat Mas, malam gini tak sejuk :P panas kene bukak kipas.. al maklumlah.. musim sejuk kan kat sini.. bila musim sejuk ni.. alhamdulillah... dikurniakan satu kurniaan yang sgt best.. 3 bulan je tawaran ni.. beruntung la bagi siapa yang sedar dan akan sedar dan rugilah ( ermm... tak baik camni :(     ) bagi siapa yg tak sedar2 .. hahaha :P

ape dia ? +_+



" bila tiba musim sejuk , dipendekkan siang dan dipanjangkan malam , maka dimudahkan utk sang Muslim utk mudah berpuasa dan berdua-duaan dengan Rabb yang Satu di malam yang panjang :)  "

tawaran cinta yang best kot :) hihihi.. kalau ana kat Mesir ni.. ramai sahabat2 yg soleh ( exclude ana *-* sobz ) yang kuat utk berpuasa, beribadat, mencari ilmu serta berdakwah di jalanNya.. baguskan .. mana2 pergi.. tak lekang dek telinga.. sahabat2 cite pasal zikir, ibadat, solat.. fiqh, kawen.. sume yang boleh dibincangkan..

* ana.. .lagi suka borak pasal dota.. ana jahil agama... tak pandai nak borak +_+ sobz lagi :( huhu...

dan dalam fatrah study yang makin menggila ni ..dalam module yang makin tak betul ni ...module GENITO-URINARY ... modul yang khusus bout organ peranakan lelaki dan wanita... in other word PENIS-VAGINA-KIDNEY module... memang tough dan mencabar tambahan kekurangan gambar serta imaginasi..

never study Pathology without pictures - professor


kata lecturer utk survive module ni

" Indeed u need to revise every lecture before u enter the next lecture tomorrow "
" Be a good listener by reading before you enter the lecture "

dan yang plg kritikal bila...

" I dont want any books opened during my lecture ! "

hahahahahaha.. ini tak ley tahan.. dah macam kelam kepala ni.. tak der satu pun terlintas.. kene ultra-hyper-tera-nano concentration la! adehh..tu bab study ~

FOKUS! aja2!


jadi macam mana nak uruskan tanggungjawab diri bila nak hadapi fatrah gini..

ni ke status hari ni ? " tank gong jar warp =-=" "  or " tanggungjawab =-=" " haha.. mana2 la.. same je bunyik walaupun eja lain2 :P

apekah -.- ''... nanggung penjawab 


ana ada sahbat , tak jauh pon.. ahlil bait ana pon.. ( ni tengah promote calon AJKT ni :D ) , antra yg bagus utk dicontohi dan diteladani qudwahnya.. walaupun ana ni pendiam orangnya ( yo or la ko dam , haha ), tak byak bicara dalam umah.. suke dowk depan buku , ulat buku ( haha, temberang ) .. tanggungjawab yang dipamerkan dalam umah amat menyenangkan diri

siapa kah dia ? baca la sampai habis baru tau :D

orangnya mmg Intelligent tinggi dan suka mencari ilmu , kalau kat bumi Iskandariah ni, tak lekang ngan ilmu yg banyak.. antra ilmu fiqh , dan sahabat ana suke habiskan waktu petangnya selepas kuliah ke kelas2 fiqh dengan Mujahid Rider, my dear motorcycle :D, alhamdulillah,

nak buat kisah, ada satu hari ni.. ana duk lepak2 ngan sahbat2... ana suka tya bout makanan... iya la.. musim sejuk.. pikir pasal makanan kan.. lapar.. kebdaa coklat +_+ oh feveret.. dan tak lepas juga.. makan malam.. sahabat ana ngeluh juga.. dalam beberapa minggu ni.. dapur kat rumah tak berasap.. kenapa ya? adeh.. katanya ahlil bait 24/7 busy ngan persatuan, busy ngan kelas fiqh.. busy itu busy ini .. sehingga abaikan keperluan ahlil bait len.. .adehh..

* keperluan ahlil bait adalah perkara kecik je , jika yang kecik ni pun tak terjaga, bagaimana yg besar eh , kata nabil " lu pikir la sendiri "

" la ye ke.. "
" nak buat camnner, makan luar la aku , beli stok kat fathallah la "

tapi alhamdulillah, benda yang lain berlaku pada ana , ahlil bait yang strict dan memahami, kalau ana lapar, pasti ada bekalan sampai ( belikan shistawook :D ) , tak pun buat nasi goreng ... sahabat ana ni , walaupun petang2 g kelas fiqh, selalunya makanan di rumah akan dimasak dulu, dan feveret yang sahabat ana suka buat ni ialah KARI, sedap!

pernah gak ana mengusik
" nape KARI je ah ko suke masak ***** ? "

" aku suka masak kari sebab aku rindu kan masakan mak aku "


* tenang hati bila dengar jawapan camni, penyayang jugak orangnya ( ekekekekekke )


hehehe.. seronok memang seronok dop ngusik orang ni.. tapi bersyukurlah dengan siapa kita ada.. walaupun tak sehaluan , pasti ada persamaan dan keperluaan yang masing2 mahu.. itulah manusia, saling memerlukan :)



last but not least, ana dan selurh warga Iskandariah nak mengajak.. undilah AJKT yang  BERTANGGUNGJAWAB :D

" pilihlah pemimpin yang adil berbanding daripada pemimpin yang fasih "
* petikan JPC





undilah MUHAMMAD SHAHIR BIN MOHD NADZIR , pilihan yang tepat!



* shahir ko jgn bace blog ak, esok turn ko masak :D , hahahhaha ngusik3






~kanda~


Wednesday, December 7, 2011

jalan telah terbuka~

assalamu'alaikum wbt , hai bonda, ayahanda serta adinda yang disayangi, moga Allah swt senantiasa melimpahkan rahmat yang tidak terhingga kepada keluarga2 ana yang tercin cin cin ta :)

* fenomana lagu KRU 3 Kata xD hehe kelakar2

alhamdulillah, tempoh berkabung telah pun selesai~ kesakitan telah redha, sakit di hati,dada, jantung telah pun lerai... tak sia2 pergi klinik Nur Islam... asalnya nak musyrif akhawat ke sana sebab asalnya dia yang sakit,  kecian dia.. teman je la.. rumah dah dekat kan... last2.. sampai hospital ana plak yang sakit...

* kejap hospital kejap klinik... mane yg betul ni +_+

tapi ana beli ubat tu kan... ada satu benda yang agak nonsense berlaku... yang buat sistem immune ni lebih kuat   :D , ap dia? ana tya pada akhwat ni, apa respon dia makan ubat tu...

sahabat ana gelak kat word "RETARD" tu.. adeh.. name pon kat bronco +_+



ubat dia ada 3 jenis, diagnosis dari doktor, kata Dr tu .. dia ada pharingitis... dan Dr bagi antibiotic dan bronchoconstrictor ..  ana pun Dr. cek dan diagnosis yg sama... causes , sebab environment polution .. adehh... ana yang pembersih( hahahahahah tak bley bla ) ni kene infection gak? adoi

so ubat diberi utk prevent secondary infection to the present state.. okey.. tapi bila akhwat ni makan ubat.. ana tak start makan lagi..  dan ana nak tengok respon dulu.. tup tup tup.. dia kata... batuk dia lagi teruk dan susah nak nafas.. dan feeling nausea( nak muntah ) yang tinggi sebab ubat tu sgt pahit

macam ni la ana semangat nak carik ubat tu :D


ana yang dengar camni.. terus google bout ubat ni dan carik pharmacokinetic ubat ni dan side effect ubat ni.. ohh.. cmtu rupanya drug ni digunakan .. no wonder la... dan dan ana terus tak makan ubat tu..dan alhamdulillah.. berkat usaha ana jumpa doktor dan tak makan ubat, tawakkal 'alallah :) ana telah sembuh, haha

* ini konsep tawakal yang 70 % tak betul.... haha naper 70% *-*

ini yang betul :D


jadi 3 hari gak la ana tak ke kuliah ( kalau ada yg perasan)... rase nya tak siapa perasan pon.. ana ni ibarat debu dan pasir ... ada takde tiada beza pun .. not prominent dalam batch :) rase lega hidup dalam kesederhanaan.. tak glamor tak hot.. sedang sedang.. nak buat amalan pun senang hati, orang tak ngata dan orang tak kisah.... ukiran senyuman dapat dilakukan dengan penuh gembira tanpa ada hati yang boleh dilukakan :)

alhamdulillah, sahabat ana .. ana dalam kesakitan ini.. ada juga bertanya khabar... mungkin dalam sekali pandang dia dapat tahu tidak sihat diri ini.. dan baginya senyuman dairi ana itulah yang penawar dan sumber kekuatan :)

katanya

Tidak semua yang kita lihat mereka itu "kuat" itu "kuat" sebenarnya..
Terkadang,senyuman mereka hanya untuk membahagiakan orang lain dan cuba untuk merawat hati serta diri yang "lemah"....
Dan terkadang,dalam senyuman itu penuh dengan harapan semoga masih ada yang menyokong diri mereka walaupun tidak dizahirkan untuk memberi ke"kuatan"...cukuplah hanya sekeping Doa..
Allah sentiasa bersama kita..



syukran atas kata-kata rangsangan.....bagi ana.. tak perlulah nak susahkan siapa2 bila diri sendiri dalam kesusahan.. bila diri ini dalam kesedihan , kekalutan kesakitan.. tak perlu nak zahirkan dalam diri  shingga menyukarkan sahabat-sahabat.. kawan2 yg baik akan datang tanpa dijemput.. alhamdulillah .. lega hati.. bukankah Allah swt itu Maha Adil? bukankah Allah swt Maha Kasih?

* tapi masih ada juga MANUSIA yang masih dengki ngan Kasih Allah swt pada manusia... kesiannya :(


tapi apa point ana ngan tajuk kat atas??  jalan telah terbuka??

jalan apa ? jalan tar?? hehehe.. tempat ni tempat feveret ana ngan dinda bershopping sakan kat Malaysia ! :D baju raya kita pun kita beli kat sini kan dinda :) hehe

tapi bukan jalan ini yg ana nak cerita... dalam tempoh yang ana tak dapat hadir kuliah ni.. ana habiskan masa di rumah atas katil 72 jam... berfikir... dan buang masa yang terlalu lama... iya... dan.. muhasabah diri yang terlalu lama... dan akhirnya ana berkeputusan( wah3.. macam nak jawab.. who wants to be a millionaire plak XD ).. ana nak pilih jalan ni :)


apa dia ya jalan tu ................................................................................


biarlah rahsia ... Allah swt sahaja yang tahu :)






kebetulan tergoogle di youtube lagu ni dinda, simple lyric within the blushing atmosphere







~hati kanda~

s.a
ssfss

Thursday, December 1, 2011

apa yang tinggal lagi...~

assalamu'alaikum wbt...

hai~

mungkin inilah saatnya.. waktunya... ana bersama di waktu yang sejuk ini.. ditemani cahaya kalimantan.. bertemankan pohonan kaktus dan siulan kereta di jalanan.. jari-jemari ini semakin sejuk, begitu juga dengan diri ini yang semakin jauh dari jalan yang benar..

kaktus yang gembira , walaupun cucukan kasihnya sakit, tetap utuh bersama


out of the box*

3 tahun telah pun berlalu.. telah berlalu dengan penuh pengalaman....
masa mula-mula datang ke sini.. penuh keazaman.. penuh cita-cita dan cinta
penuh dengan seri ,  penuh dengan senyuman.. penuh dengan harapan~

itulah waktu ana di tahun pertama di Iskandariah.. sebagai pelajar, sebagai mujahid.. sebagai mujtahid..
itu dulu~


( mood sekarang emosi )


akan tetapi, teringat pula pernah ana katakan pada insan yang ana sanjungi

" sesungguhnya manusia itu berubah, berubah mengikut masa, tempat dan persekitaran "

iya.. kata2 yang cukup mendalam .. bila dalam masa 1000 hari ini berlalu dengan cepat... sedar tak sedar.. ramai kawan2 yang ana kenal dulu..

alhamdulillah, sudah temui jalan masing-masing

menemui jalan yang Allah swt telah tetapkan.. Allah swt itu Adil dan Maha Pintar.. Dia tidak pernah silap dalam melakukan perancangan Nya..
..
sedang seronok dan seronok.. baru ana tersedar dalam mimpi.. berapa jauh telah jalan ini telah diambil.. adakah makin betul jalannya atau sudah pun tersasar....


satu persatu rakan-rakan yang ana kasihi.. menjadi insan yang hebat.. insan yang cemerlang..


sesi tarbiyah bermula

1. apa yang telah aku achieve dalam 3 tahun ini
2. apa yang aku nak achieve dalam 3 tahun lagi
3. pengalaman sudah ada, persembahan nya belum bermula..


*hati rasa sayu tak dapat menjadi sehebat rakan2.. terasa diri ini kerdil benar.. mungkin di kurungan zaman.. bukankah Allah swt itu punyai perancangan yang Hebat.. iya.. baru-baru ini ana ada meminta/berdoa pada Ilahi.. diberikan kekuatan.. diberikan semangat..

tapi... iya kenapa makin lain jadinya..

insan yang rapat dgn ana.. satu persatu telah punya destinasi yang berlainan.. semakin jauh kami.. semakin jauh.......dan jauh.... Allahu Qoriib... bukankah Engkau lebih dekat dari semua ini?

iya.. bila mana ..semua ini berlaku.. ana tak dapat tanggung ( jenis emotional ).. air mata ini takkan kering ( adakah effect anak bongsu? ) ...sering mengalir setiap malam .. utk muhasabah diri... selepas berminggu-minggu di landa kemurungan.. senyuman ini tidak dapat diukir dengan sempurna.. sahabat juga tidak dapat membantu rasanya.... adakah ini ujian Cinta Ilahi... ini kah ujian utk melihat adakah ana akan berjaya...

*adakah malam ini ianya akan mengalir juga.. sahabat....


" ini tidak adil tidak adil ... bagiku "





kata mak.. bangkitlah diri ini selari dengan nama yang diberikan " Penggempur Agung yang Terpuji "
jika selalu di'amai-amai'kan oleh manjaan dan tiada kesusahan .. bagaimana nak bangkit... bagaimana nak berjuang dengan lebih bertenaga..

wahai diriku, sesungguhnya pemain pedang itu bercalar-calar lengannya kerana terhunus mata pedang

wahai diriku, sesungguhnya kupu-kupu yang indah itu menangis sepanjang masa ketika menjadi ulat yang hodoh ( simile yang hiperbola +_+ )

wahai diriku, ketahuilah Dia tak pernah tinggalkan dirimu baik dirimu sedang syukur mahupun kufur!


jangan lemah, bangkitlah.. bangkitlah.. hidup ini pendek.. belum tentu esok akan ada lagi.... jika hari ini hari terakhir, apakah nostalgia amal yang terbaik yang diri ini boleh lakukan










_air mata kanda_

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah :)

asssalamu'alaikum wbt :) kepada adinda yang tersayang, keluarga2 , sahabat2 , marhaban 'alaik wa tafaddhol masykuro~ :)

hari Jumaat yang Mulia ;) kerana esok adalah hari yang baru.. semalam dijadikan kenangan dan sejarah untuk memikirkan kembali apa yang berlaku, hari esok utk perancangan yang yang lebih baik dari semalam.. dan yg plg pnting.. apa yang akan/telah kita lakukan pada hari ini :)

" makin gembira makin bahagia "

" diselebungi kegelihan "

" mencari-cari jalan hidup "

wallahu 'alam.. alhamdulillah, kehidupan ana di bumi anbia ini benar2 mencabar ( hahaha...cabar mende.. duk depan laptop , depan buku je .. hahahaa *.* ) , berjauhan ngan keluarga tersyang semua... kadang2 ada masalah peribadi yang tak pernah nak selesai... akan ada penyelesaian.. masalah ngan member... hahaha.. nie tak boleh cite.. sebab masalah yang Allah swt bagi bukan utk disedihi atau dicaci.. tapi Allah swt dengan peracanganNya yang Maha UNIC :)

" tanda-tanda Allah swt sayang dan cinta pada hambaNya adalah diberi ujian "



“Setiap muslim yg terkena musibah, penyakit, atau yg lainnya, pasti akan Allah hapuskan berbagai kesalahannya, seperti sebuah pohon menggugurkan daun-daunnya” (HR Muslim)

“Cobaan itu akan selalu datang menimpa seorang mukmin & mukminah, baik pada dirinya, pada diri anaknya, atau pada hartanya sehingga ia bertemu dengan Allah tanpa batas dosa sedikitpun” (HR Tirmidzi)






petikan dari sesawang google T-T


masalah buat kita matang waaat :) tak perlu nak sedih2( cehhh , padahal air mata ni sentiasa bergenang bila datang masalah :(   ) ............... haitz.... teringat ana.... ana selalu katakan ini pada sahabat2 ana..

" haitam ( bukan name sebenar XD ) , masalah lelaki ni ada dua saja ... "

" hurm.. "

" yang pertama DUIT ...dan yang keduanya............WANITA "


hohohoho... benar... sgt2 benar.. ( pendapat ana la ).. kalau ana ada masalah... dua benda ni je yang selalu jadi basic.......masalah  motor? tak lari duit gak gerak..... masalah duit umah, sayur ayam lempeng buku sume duit T_T ... haha..

benda2 lain macam fizikal.. contoh macam tak aktif sukan, kurang sosial... kurang kawan... ader kawan2 drop... kene buli.. bagi ana.. itu tak menjadi masalah besar ( utk lelaki ).. kerana setiap yang berlaku tentu ada punca dan penyelesaian.. kan.. kan? :)

itu belum campur masalah ngan wanita ... wanita?? hahaha... ni close tak boleh citer..ahha (dah tu naper tulis kat sini.. zzzzz =-="  haha )


nak buat cerita nya... sekadar perkongsian... dalam minggu nak exam ni... ada la jugak... dalam 1 minggu ni... masalah wanita ( haha )...wahai dinda... hati mana yang tak merindukan pasangannya.... kanda benar2 rindukan dinda... setiap malam ana terpaksa utk tidur lewat.. utk habiskan study sperti yg ana rancang... akan tetapi... selalunya... selepas jam di dinding ... menunjukkan 1 pagi atau lebih... selalunya... haitzz.... air mata ni akan tiba2 mengalir... menahan rindu di hati... menahan naluri diri ini...

" kau tahu ku merinduimu......ku tahu kau mencintaiku.. oh kasih "
" bersabarlah oh sayang... saat indah kan menjelma jua "
" kita akan disatukan................................ "

jam randik... di bilik... jam randik?? +_+



waktu-waktu inilah selalunya ana tak boleh tidur..waktu2 kritikal dalam seharian ana... mungkin housemate ana.. abg AJKT dan abg Kali... sedar atau tak sedar... nmpak atau tak perubahan ni.... x nmpak kot..waktu malam sume tidoo XD haha


namun yg demikian... bila saat ini berlaku... barulah ana sedar... ada kasih syg yang berharga wujud di dunia ini :) cinta sesama manusia... dan bila ianya makin kuat dirasa.. kesyukuran itu sgtlah tinggi.. dan membawa kita kepada cinta kepada Tuhan.. yang Satu .. Allah swt..

di waktu kerinduan inilah.. ketika solatnya... ketika sujudnya.... dapat kita tahu siapa Pendengar yang Baik..
kalau tak percaya cubalah :) ... kenapa ya? rasa rindu yang terbuku di hati.. hari demi hari makin menebal ( nak tunggu sampai tahun depan :(  )... kita tak dapat jangka apa yg akan berlaku.. jikalau ..luah pada rakan-rakan.. memang lega...sebab  terluah... tapi ana INSIST... ianya sesuatu yang berbeza jika luahan itu kepada Sang Pencinta :)...

Dia lebih Memahami apa yang tersirat, lebih Maha Mendengar, lebih Mengetahui apa yang terbaik utk hamba2Nya.. subhanallah..setiap kali masalh menjelma..jika kita sama2 rujuk kepada tempat yang sesuai.. maka beruntunglah kita :)

* kadang2 rujuk pada kawan2... lain dia dengar lain dia paham.. lain plak pandangannya.. dan lebih sedihkan kalau masalah kita diceritakan pda orang lain ( stup** no** f** kawan macam ni... %^&*()  %% )

%^&*(  >>>>> those just words... neither good nor bad words... just some typing error XD


maka bila hari ini ana muhasabah setahun yang telah berlalu.. kerana esok telah menjelma tahun baru.. maka ana ingin mengucapkan syukur dan terima kasih.. kepada Al-Malikul Quddus.. Allah swt ... kerana memberi kesempurnaan dalam hidup ana.. tika ana kesunyiaan.. dikurniakan Cahaya Kemenangan utk memberi ana dorongan dan bimbingan serta semangat... kanda syg dan rindu pada dinda... doakan kanda ya.. biar jarak yang jauh ini membantu kita .. memberi ruang dan luang pada diri kita .. utk Islah diri kita supaya kelak bila kita bersama :) kita lebih dapat saling melengkapi :) :) syg dinda



♥♥ Dinda TAHU satu-satunya ALASAN mengapa Allah memisahkan kita? kerana kita terlalu DEKAT, melampaui yang seharusnya ♥ ♥ 

♥♥ Dinda tahu alasan mengapa Allah mencipta JARAK antara kita? Kerana Allah ingin kita saling MENDOAKAN, dalam jauhnya pandangan sekalipun ♥ ♥

♥♥ Dinda tahu alasan munculnya kantung pada mata? Untuk membiarkannya terpejam, BERISTIREHAT dari memandangmu dalam NYATA ♥ ♥ 





last but not least.. ana nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Awal Muharam :)Maal Hijrah.. moga-moga kta semua kearah yang lebih mantap dan kamil :)


s.a
ssfss
yes! psp


~ kanda yang merindui ~







Tuesday, November 22, 2011

Exam dan Sukan

bismillahi rahmani rahim

huarghhh... dah lame plak rasenya  ana tak update blog ni ya.. dinda juga begitu .. sebab  asal penulisan blog ni utk ana cerita kan kehidupan ana di Mesir utk adinda tsyg di Malaysia :) tapi sebab hari tu dah balik Malaysia, dah duk sebumbung... citer depan2 je la :D alhamdulillah, itu ni'mat yang Allah swt beri.. dan ni'mat kali ni Allah swt beri lagi utk terus bertinta selagi kuat di bawah Rahmat-Nya :)

assalamu'alaikum wbt ( haha, patut tulis ni kat awal2 paragraph atas sane XD ) kepada keluarga-keluarga yang tersayang, mak bapak, family2 , adinda yang berada di Malaysia, jaga badan ngan baik..miss enti so much

maka lusa exam ana 24 November 2011 exam bout Nueroendocrine ... bab yang khususnya ttg sistem hormon dan kelenjar2 yang ada kat badan

cth : pituitary, thyroid , adrenal , gondar... harr? gondar? gonads sude +_+"

jadual yang dirangka sehari2 utk berjaya! :D

dinda beri props utk naikkan semangat.. kanda selalu putar2 pasir tu.. rindu sgt~



* gondar tu ........................................... lu pikir la sendiri .. hahaha tak terjawab ana :D


maka bila nak olah2 semula..dalam 2-3 minggu ni perasaan rindu ni membuak2... sgt2 rindu pada keluarga.. pada insan yg tsyg..camner ya nak kawal?duduk berjauhan adalah suatu cabaran buat kami... kuatkan diri kami ya Allah swt.. kuatkan hati ini ..jadi byak benda yg teratur .. mess up juge... haitz..... disebabkan kadar tensi ( tensi ni aper? ) dalam diri yang tinggi ... tak semena2.. ana telah membeli coklat dalam kuantiti yang banyak... 3.5 kilo! perghh.. tak  takut diabetes mellitus ke kanda ni?

* takut gak la, sebab tu selalu cek symptom2 :D

ni lah coklat yang ana beli tu.. tak kira lagi sahabat2 yang derma coklat kat ana XD alhamdulilah :D



salah satu sebab coklat ni bagus utk konsentrasi ana time blaja.. snek yg baik.. tambah fokus sket .. boleh la.. sebab coklat ni mmg ana suke dari kecik kan... dulu kecik2 gatah milo .. haha.. ni yang melekat smpai sekrang ni.. jgn kene kat anak2 sude :D


exam oh exam... hari lepas exam tu 25 hari bulan.. ada sukan perubatan di Iskandariah.... ana join dua acara.. kalau ikut asalnya , setiap peserta hanya boleh join satu acara je... so ana tak amek notice kat situ... so berlaku lah konflik yang sgt besar...emo jap emo jap.. sebab dalam diri nak menang medal utk Iskandariah... pada masa yang sama.. dasar setia kawan yang tinggi dalam diri.. kawan2 menghrap utk join acara satu lagi

acara yang ana join

1. Tennis Al-Syatbi
2. Dunia Orang Tambah Amal.. hahaha.. DOTA la


dua2 acara ni ana suke sgt....suke2 sgt...dari kecik suke men game...tapi dulu time skool ader wakil Tennis smpai peringkat negeri... perghh.. hebat tak ana? hahaha.. riak sungguh..astaghfirullahil 'azim.. tahun lepas ana wakil peringkat antarabangsa plak.. hahahaha

maaflah.. kaki nampak pendek sket... hehe .. merah negeri sembilan! :D bandar seremban!


* sebab ana bangsa Melayu, lawan ngan bangsa Arab... boleh ke camtu?? antara-bangsa kan? haha.. tapi kalah time final... panjang citer T-T


jadi macam mana ya... ana tak bagi kata putus kat mana2 lagi.. nak join dota, nak juga join tennis... hati ini berbelah bagi Allah swt.... kalau tennis ana yakin utk menang... dan mmg tiada wakil yang mencukupi dari Iskandariah...

tapi main dota, lebih banyak memori dan skill dan bnyak ukhwah yang terjalin ( dan tak lupe jugak yg punah XD sebab main2 ) , dari ana tahun satu ana practice ngan sahabat2 ana men dota ni.. tiap2 kali hujung minggu ( hari khamis malam jumaat after kelas tafaqquh ) , ana akan outing/stay up dengan sahabat2 ana dari awal malam hingga ke awal pagi dengan kawan2 dota ni... sampai tiap2 kali solat2 subuh... kami digelar... JEMAAH DOTA bila sampai ke surau.. hehe

pasukan Dota wakil Iskandariah, ukhwahh fillah ( ignore gambar tengkorak blakang tu.. haha ) 

ni ana buat ilham Allah swt :) main2 gak.. tapi kene selalu beringat sesame kita :)



indah kan ukhwah fillah ni..saling ingat-meingati ( ader kesilapan tatabahasa *-* )


apa-apa pun..ana akan bagi jawapan yang rational dan matang tak base on mana2 pendapat.. moga Allah swt permudahkan segala urusan ana



s.a
ssfss
yes! psp!



~ dari kanda yang tercinta ~











Monday, August 22, 2011

jom beramal selagi sempat ~

bismillahi rahmani rahim,

assalamu'alaikum wbt kepada insan yang ana kasihi.. buah hati yg dulu jauh... kini dekat dihati.. hanya beberapa sentimeter saja kini :P serta keluarga2 yang sentiasa memberi rangsangan dan  sokongan..serta sahabat ana, mr huxin yang berada di mekah al mukaramah.. ana doakan enta supaya berada dalam dua kondisi yang sgt baik! moga2 sperti yang enta mhukan tu

1. full hp + mana ( sentiasa sihat fizikal dan mental )
2. dijumpakan dengan malam al qadar :)

insyaAllah amiin

JOM BERAMAL ! ( perlu ke tanda seru ni ? :P )

alhamdulillah , dalam bulan yang mulia lagi barakah ini.. bulan apa ya? ramadhan al kareem .. yeah! ramadhan yang mulia, ramadhan yang sgt barakah serta pecah memecah.. har ? apa tu pecah memecah.. pergi surau tanya ustaz ya.. bukan tajuk ana hari ni.. heeek hek hek XD

maka kalau tak plan dengan baik, maka sia2lah ramadhan ini.. nak buat baik pooon kene plan ke =-=" what the... haha.. astaghfirullah... remorse2.. sebab ad pepatah JAWA pernah mengatakan

" kebaikan yang tidak terancang mudah dikalahkan dengan kebatilan yang terancang "

ada paham? =-="

ye la.. benda baik.. kalau kelam kabut.. hahaha... kalau hati tu plak.asyik memberontak ( kebatilan *-*) , mestilah rase tak syok je nak buat kerja annn.. ahaa..

jadi alhamdulillah.. ramadhan ni.. ana bersama2 yang tersayang, :) plan bersama2.. utk melakukan ibadah yang khusus... ibadah? apa2 je la.. tak pandai nak rank kat mana la... ini adalah ilham dari SC/ USRAH ana di mesir...di mana..ada satu hari tu.. abang naqib ana.. mengajak satu usrah ana.. bersama2... utk melakukan amal jariah  .. kerana katanya... apabila kita memberi.. kita dapat merasa betapa nikmat nya hidup ni :) benar!
alhamdulillah tenang rasa hatinya :)

maka... pada awal minggu ramadhan.. ana bersama tersayang sama2 turun ke Masjid Jamek di KL .. utk mencuba amalkan apa yang diajar.. alhamdulillah.. walaupun tak ramai.. ( dana kami tak seberapa ;(   ) hanya dalam 10 orang.. tapi kami sgt gembira kerana dapat menghulurkan sumbangan.. alhamdulillah

bak kata SaifulIslam @ AbuSaif

" erti hidup pada memberi "




allahumma bariklana fi ramadhan


yang keduanya.. adalah anak2 yatim dari Hulu Langat... ah... sedihnya!.... masih ingat? tragedi yang mengorban dalam 15 orang termasuk seorang staff.. .sedih... mereka kecil... yang pling tua antara mereka hanya berumur 17 tahun.... sebak hati.. terfikir.. mereka tanpa ibu bapa.. bila berlaku tragedi... begini...
menimbulkan lagi rasa sebak... allahum bariklahum wa firghlahum wa zayiidnahum rozak!

sedih! innalaha ma'akum!



melawat mereka.. walaupun utk seketika alhamdulillah.... kunjungan tidak putus kepada mereka... bahkan ketika ana dan tersayang serta adik saudara ana dari Perak ketika berada disitu, ada juga warganegara berkulit putih manis blonde ( mat salleh la :) ) yang turut datang melawat! subhanallah.. sayangnya Allah swt pada mereka.. tenang hati.. gembiranya jiwa

jumlah semuanya sebelum tragedi.... ya Allah swt berkatilah mereka...rindunya.....


dinda + adik saudara dan anak2 yatim di Hulu Langat... sume anak2 yatim..



   
ya Allah swt.. rahmatilah kami





moga Allah swt menerima amalan kecil ini.. dilakukan bukan utk mendapatkan nama, hanya utk mendapatkan kepuasan dan ni'mat dalam menjalani hidup yang dipinjam sementara ini, moga2 memberi ilham kepada rakan2 serta sahabat2 utk sama2 tarbiyah dan beramal di bulan yang mulia ini :) ayuh beramal!





p/s : betul kata Abu Saif , bila kita memberi.. kita merasa bukan saja bahagia dan seronok.. malah kita membuat hidup sesesorang lebih berharga, seolah2 membuatkan hidup mereka seperti syurga .. kerana kadang2 terdetik juga pada hati ana.. kadang2 kita rasa hidup ni takder makna.. takder siapa kisah pasal kita..apa kita makan hari ni.. apa kita lakukan hari ini.. adakah orang kisah? adakah orang cakna? adakah orang nak tahu...

alhamdulillah syukur tak terhingga bila kita menghargai/membantu seseorang.. seolah2 membuatkan hidup mereka sperti Nur yang baru, kecekalan yang bertambah.. alhamdulillah.. moga diilhamkan lagi kami utk melakukan kebaikan, amiin ya Rabb!






_kanda_
s.a
ssfss!


Friday, August 5, 2011

Just for u dear :)

Kuih tat telur

Bismillahirrahmanirrahim :) 

Diucapkan kepada para pembaca blog SCK.. Si Cahaya Kemenangan ke?? yeh2! apa kaba semua? kanda dan para pembaca blog ini..? moga kalian sihat + diredhai Allah swt.. Amiin :) Alhamdulillah, ana + family di sini sihat wal afiat.. insyaAllah.. :) hari ni ana nak share mengenai pembuatan Kuih Tat Telur.. Hurm.. sedapnya.. nnt kita wat sama2 ye? insyaAllah.. ^-^


nak dijadikan cte.. ana pada beberapa minggu yg lepas, bermalam di rumah sahabat ana.. Intan nama panggilannya.. :D kerna pada hari tu, ana gi ziarah Naqibah ana di Putrajaya.. rindu sgt naqibah ana.... moga Allah ikatkan hati2 ini utk berjuang bersama di jalan Ilahi.. InsyaAllah! teruskan dakwah kita sama2 ya whai sahabatku sekalian.. :) moga Allah akan permudahkan urusan kita kelak.. amiin.. jadi kami start perjalanan pada sebelah petang.. lepas habis kelas saja, naik kereta Kak Ummul drive.. :D ohh.. bawa kereta mcm Michael Shumaker! xtau betul x ejaan nya.. hik3! :p tapi tu dulu.. sekarang lebih berhati2 sikit.. baguslah! :D


kami dalam 6 orang naik kereta.. ke Putrajaya! lalalalala.. jauh ke hah? x sgt la.. bukan kat Mesir pon.. ehheheh.. saje je kan wahai kanda? :) travel bunya travel.. alhamdulillah smpai juga akhirnya.. :) jumpa kak Naqibah.. oh rindunya kat akk..... moga akk kuat mnghadapi ujian yg mndatang ya.. insyaAllah, akk kuat! kami sentiasa doakan.. :) masak2 di sana.. ceritakan pengalaman.. share stories antara satu sama lain.. dan pulang lepas dah puas meluangkan masa bersama.. actually xpuas pon.. tapi, kami terpaksa beransur pulang memandangkan malam kian menjelma.. :) jadi, pulang ke rumah Intan semula dan alhamdulillah selamat smpai lalu buat apa yg patut! ^-^ bersihkan diri semua + semangat nak buat KUIH TAT!!! >.<


yeah...yeah... boleh jadi Chef sementara... huk3! :p ana + Intan yg semangat wat Tat ni.. minx tunjuk ajar dpd akk sorang ni.. ;) syukran ye kak! resepi akk, kami tolong watkan! hehehe.. so, akk tu just bagi resepi, then kami yg lakukan la.. hohoho! mari2~ ana tunjukkan step by step.. :) ni dia punya bahan2.. ^-^

                                                                                                    
200gm butter
100g gula aising
370 g tepung gandum
1 biji telur + 1 biji telur kuning
½ sudu vanilla                                                                                                                                 
4 biji telur
1/3 cawan gula kastor                                                                                                
1 tin susu cair
1 cawan air suam
½ sudu vanilla
1 sudu makan tepung kastard

[ kacau gula + air suam -> masukkan susu cair + vanilla + kastard + telur ]


haa.. ni la bahan-bahan nya:

Semangat! Faitink! ^-^
Lepas da sediakan bahan2nya, kami mula ikut sukatan.. klu boleh nak ikut sukati je, tapi takut jadi lain lak kan.. hehehehe :p shbt ana menggaul dgn semangat...! aja2 faitink! >.< ana ada la gak rasa menggaul tepung tu.. hihihihi :D
Gaul jgn x gaul!
 Yang kat ats tu, mentega, gula, esen vanila etc.. ana lupa.. hik3! lepas dah gaul semua tu, baru masukkan tepung... sampai kita boleh bentuk acuan tu.. :) klu rasa kurang, tambahkan tepung lagi... 

Gaul bersama tepung...
Yang dah siap punya.. ^-^
 Lepas da dapat acuan yang kita rasa da puas, sediakan bekas utk kita masukkan acuan tu ke dalam bekas2 tersebut.. kita kena tekan2 sikit dan jgn ganas sangat.. nnt nak kena bakar acuan tu.. kami buat dalam lebih kurang 30 biji bekas bulat ( ) ni... ^-^ ana semangat bab mcm ni...! >.< 


inilah ana buat yg first sekali! ----->

Cubaan pertama.. 
Sedia utk masukkan ke dalam microWAVE~ 
S.A stands for Saddam Afuza ^-^
Masa utk mmbakar! :D
Sementara tnggu utk membakar acuan tersebut, kami buat acuan dalamnya pula... senang saja.. 

4 biji telur
1/3 cawan gula kastor                                                                                         
1 tin susu cair
1 cawan air suam
½ sudu vanilla
1 sudu makan tepung kastard

[ kacau gula + air suam -> masukkan susu cair + vanilla + kastard + telur ]

haaa.. ikut je arahan yg dberikan.. dan inilah hasilnya.... --->


Acuan cecair yg pertama ^-^
Pewarna hijau digunakan ^-^
Kami pilih pewarna biru juga ^-^
Tidak lupa warna pink ^-^
Tapi ana punya warna kegemaran, tidak ada pula... :( sob3x... tak apa lah... :) yg penting rasa nya ENAK!! 
setelah siap acuan yg dibakar tadi, kami masukkan pula acuan cecair... Biru, Hijau, Pink, Oren... :D

Lepas dibakar, letak acuan cecair pula.. >.<
Tnggu turn utk dibakar... 
 Kami bergilir-gilir mmbuatnya... da siap, masukkan yg lain pula... mana x nya, ada 30 biji bekas.. ini bermakna, kami ada 30 ketul kuih tat telur.. *.* makan-makan.. gemok-gemok... :P
Lepas da siap dibakar, dimasukkan acuan cecair, pastu bakar semula... dan baru selesai... kami tnggu kuih2 tersebut sejuk, baru dibalut... supaya nampak kemas + x masuk angin.. InsyaAllah...

Sudah siap! ^-^
 keesokan paginya, wahhh~~ da siap kuih tat telur nya... sedia utk dimakan...! :) nyum3! :D kalian mahu kah?? Jemput2~~ insyaAllah, nnt ana buatkan ya... jika nak tempah pon bleh.. tapi tnggu ana jadi Chef la.. hihihihi.. :P


p/s: Kepada shbt kanda ---> Ahmad Fahmi Huseini, nak ke kuih ni??  nanti ada masa, kami buatkan ya??? ^-^ insyaAllah! :)


 Kanda + ana memang suka masak.. tapi ana lagi suka jika kanda yg masak.. ^-^ heheheh.. ana tukang rasa saja.. boleh ke??? kami saling bekerjasama! insyaAllah! kanda masak, ana makan.. ana masak, kanda makan.. dua2 masak, dua2 makan! >.< 


ok ya semua, ana nak undur diri dulu... nak berbuka bersama yg tersayang... :) insyaAllah, ada masa kita jumpa lagi di sini ya~  semoga kalian diberkati Allah..! Amiin..


Wassalam.

ssfss
s.a


Thursday, August 4, 2011

Hari bahagia ku.. :)

Assalamu'alaikum wbt kepada yg tersayang.. :)
Kepada para pembaca blog SCK ni... Sahabat2, adik-beradik, muslimin dan muslimat.. InsyaAllah :)
kaifa haalukum ? Moga semua sihat sejahtera hendaknya.. Amiin :)


Baiklah! Nak share dengan semua mengenai Hari Bahagia ana.. Alhamdulillah! Pada 2 / 8 yg lepas.. Hari lahir ana.. Syukur kepadaNya.. Semakin dekat kita dgn hari lahir, semakin kurang nya umur kita.. Oleh itu, bersyukurlah sahabat sekalian! 
"Sesungguhnya syukur itu tingkatnya lebih tinggi daripada sabar" Renung2kan~ ^-^


Jadi, apa yang berlaku sepanjang hari lahir ana ya? gembira + syukur x terkira.. 
Sayang satu hari.. Sayang selamanya.. Apa beza ya?? :P
Alhamdulillah, ana dapat masakkan yg trsayang makanan kegemarannya.. yg diidamkannya.. Sambal udang! :) Alallalal.. ana x dapat nak tunjukkan.. ada kat Android kanda, kan?? :D tapi kami makan bersama.. alhamdulillah! kenyang sungguh... :) sedap ke ana masak?? Ya Allah, memang x tahu la.. tapi kanda habis saja! ehehehhe :p


Kanda yg dirindui ada belikan ana hadiah.. baju + jubah + coklat + tasbih ( gelang ) *boleh guna 2 in 1... alhamdulillah.. ana seronok sgt!!! comel2 semuanya.. :) syukur ada yg tersayang.. banyak mngubah hidup ana ke arah yg lebih matang.. Ana sebenarnya x suka matang.. suka budak2.. tapi jika kte budak2 sgt, x boleh gak kan?? sumtimes boleh la.. always xboleh...kottttt... :D :D :D


keesokan harinya, kami keluar beli barang.. ^-^ ahahahha~ ni la antara barang yg kami beli.. nampak je trolley besaq, namun barang nya?? hihihhi :p


Siapa ni ek? ^-^ Kanda..

Ni siapa pula> >.< 

teringin nak makan~

yg ni x fahamm.. ADa cokelat! Mesti kanda la ni.. >.<
Ahahaha.. Ni je la yg dapat kami beli.. ADa lagi, tapi x sempat nak tgkap gambar lak.. :P ye la.. semangat tangkap gamba kat tempat coklat pula.. :D jika x kerja kanda, siapa lagi.. ^-^


dan semua ni mengingatkan ana pada zaman dulu.. kami ada menulis Diary S.A sewaktu d PLKN.. kami bertukar2 buku dgn meluahkan perasaan kami di situ.. so sweet.. teringat zaman dulu mmg menarik! :)
pastu, di sanalah detik2 kami bermula.. malu2.. :$ kanda dulu comel ckit.. sekarang macho, segan, tampan, bergaya.. ( ini dia yg cakap la.. ana iyakan saja! :p ) jgn mrh ye kanda! ^-^


Diari S.A


Masih ingat kan kanda??


Muka depan.. :) Ssfss

hasil tangan ana.. hehehhe :p

hasil tangan kanda.. comot2 gitu.. :D


Me too.. <3

Lagu Permata utk Isteri ^-^
Dengarlah jika berkesempatan ya.. Tajuk Lagu : Permata utk Isteri.. So sweet! seronok dgr.. Kanda yg bagi.. :) 
Zaman PLKN, ana akan ingt smpai bila2! insyaAllah.. kat situ, memori tercipta.. kenangan bersama.. ^-^
first time kenal kanda, kelakar sgt! ahahha.. pakai jubah putih, pastu ....... (kanda, sila isi tempat kosong) ada2 je! :D smpai kini, alhamdulillah... moga kami dirahmati Allah selalu.. aminn ya Rabb..


insyaAllah, doakan kami bahagia hingga akhir waktu ana bernafas di dunia ini... Ana akan cuba mnjadi yg terbaik buat kanda.,. insyaAllah.. tiada yg lain mlainkan dirimu... psp! psp! psp!
Hargailah dia sebelum dia pergi.. Ana sgt sygkan dirimu.. doa kita sentiasa ya.. .. :)


Ana berhenti smpai di sini dulu ya.,.. :) da malam ni... kanda x tdo2 lagi... oh~~ ^-^ sabar je la..! :D
ok semua... ingat 5 perkara sebelum tidur..


1) baca Bismillah ..(smpai habis) senabanyak 21x
2) baca doa tidur
3) ayat Kursi
4) 3 qul
5) mengucap 2 kalimah syahadah


dan tdo! before tat, kibas katil + selawat ya.. supaya kotoran tu boleh dialihkan ke tepi.. dan kita selesa utk tidur.. Ok smua ? ^-^ jangan lupa bangun utk sahur esok ya! :) lambatkan bersahur, namun segeralah berbuka.. 


faham semua! 
ye, cikgu! :D


jazakallahu khoiron kathiron..
wassalam.


ssfss
s.a

Sunday, July 24, 2011

malam sebelum exam final second wave~

bismillahi rahmani rahim,

assalamu'alaikum wbt .. ditujukan kepada ahli-ahli keluarga... ibunda terutamanya, ayahanda.. kekanda di Malaysia serta adinda yang setia menunggu di Malaysia.. doakan diri anakanda di sini.. doakan kanda di sini..
kerana inilah perjuangan yang ingin kanda lakukan.. perjuangan sebagai doktor


malam sebelum exam... iya.. mungkin entry ini entry touching.. wat the ... who care... its my blog.. my own way to express feeling ... especially to my mak.. mak... dah lama kan sdm tak jumpa mak.. dalam 3-5 bulan begitu..
apakah perasaan mak sekarang...bagaimanakah kesihatan mak sekarang... bagaimanakah kehidupan mak sekarang...

saddam,
darah mak, anak mak... yang mak lahirkan.. apa rasanya..jika barang yg sgt kita syg... ianya jauh dari kita.. tentu kita mahukannya .. kan.. ini kan anakanda..yang jauh.. beribu puluh ribu batu.. jauh.. saddam yang datang dari diri mak, kurniaan Allah swt... mak lahirkan sdm... ya ALlah swt.. sdm rindu sgt mak sekarang...

hari ni.. malam ni.. terduduk di hadapan laptop bertemankan Kitab Respiratory ni... air mata kian mengalir.. dari setiap minit ke minit... mengenangkan mak yang berada jauh di Malaysia.... sdm rindukan mak.. sgt rindukan mak... mak... how are you mak... masih sayangkan saddam ? masih sayangkan saddam tak mak....

i love u mak... with all my heart.. .dengan sepenuh hati dan jiwa... jangan mak tak sayang saddam.... i cannot live without your love mak... masih ingat 4 bulan lepas... bila sdm baringkan kepala atas riba mak.. sambil luahkan dari hati ke hati.. sdm.. rindu mak... dua tahun kita tak berjumpa... rindu sangat... nak melihat mak tersenyum gembira .... melihat mak gembira adalah kebahagiaan abadi diri sdm......
..
..
..
( air mata mengalir .... mak.... rindu....... doakan anakanda mak... saddam anak mak.. sayang sgt mak.. )

keluarga-keluargaku



walaupun hadirnya adinda Noor Afuza dalam hidup ini mak... kasih sayang sdm terhadap mak masih yang utama.. kalau seluruh amal kebaikan yang sdm lakukan mampu membeli syurga utk mak.. maka wahai Allah swt.. ambillah kebaikan dariku dan ganjarkan syurga utk mak ku, kerana makku telah menjadikan aku sebaik-baik manusia dengan didikannya.. wahai Allah swt.. ampunilah bondaku.. aku sangat sayangkan nya..


mak, sdm akan pulang mak.. 3 tahun kita tidak beraya bersama2... menghitung hari... sdm tidak mahu kesal .. sdm tak mahu hilang kesempatan beraya bersama2 keluarga... jika mak kata sdm membazir kerana pulang ke Malaysia.. tidak! duit boleh dicari wahai bondaku... tetapi.... mak hanyalah satu.. tidak boleh ditukar ganti...
mak.. ampunilah salah silap anakanda mu ini.. halalkanlah makan dan minum...


kerinduan yang tidak berbelah bagi hanya utkmu wahai bondaku...

" wahai Allah swt, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang, dengan RahmatMu, lindungilah kedua ibu bapaku dan masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu tanpa hisab "


kasih sayangku hanya utk mu... wahai ibunda ku... ku sangat menyayangi sepenuh hidupku, mak.. sdm sgt sygkan mak




with love and care, i will love u with all my life

Muhamad Saddam bin Jamaludin

s.a
ssfss