bismillahi rahmani rahim
pagi yang gelap, kini sudah terang, ana adikmu dan enta abang.... jap3... syair apekah ini? =-=" teringat plak lagu hujan.. huhuhu
alhamdulillah, hari jumaat yg best gak... ke memang tiap2 hari kat sini memang best? hahaha.. tu yang ana suka simpulkan, best kot.. bangun pagi sarapan aka breakfast sume, dah kenyang.. housemate masakkan lagi nasi goreng.. perghh ... xke best camtu...
" my life is not yet perfect, but im so happy .."
syukur3!!! dan pagi ni, ana dah plan, nak g sai-kling atau kayuh basikal di tepi pantai , saja2 je nak amek udara segar sehinggalah ada makhluk Allah swt yang datang umah ana membawa beg hitam berintikan kotak cahaya dan tikus , ana terkejut dan gembira!! siapakah jejaka itu? hahhahaha
5,
4,
3,
2,
1...
mr nooob << ( dah la tak tulis!! hahahaha )
yes, call me noob plz XD ( jgn marah ye bi.. hehe ) |
hahaha.. saper tak gembira oi... ni la sahabat yg ana plg suke berdamping selalu, antara 2 sahabat yang ana plg sayang kat bumi Mesir ni, dia sorang, ader lagi sorang ana tak nak citer lagi, sebab dia tengah merajuk ngan ana, ( dua2 sahabat ana ni ana panggil NOOB , hahhaha, ada kisah kot :) ), memang seronok tak terkatalah! best2...
hensem kan dia ? orangnya baik , tampan, bla3 sume, dia orang yg mudah didekati.. tetttt , stop.. nak tau lebih kenali dia sendiri :) maka byk la kami borak3... masih tak ubah satu benda yg mengikatkan kami ... yaitu... Dunia Orang Tanpa Awek aka DOTA, hahaha.. sorry la bi, ana takkan men lagi daaaa, jgn hasut ana lagi ( ana nak men !!! waaa ( zaujati jgn mara yer, gurau je :P ) )
maka jumaat yang mulia lagi dan karim ini, ana ajak sahabat ana ni solat di Masjid Jamek, haar ?? aper tu? silap tulis, it is Jame' Ibrahim :) sebab ana nak beli sesuatu kat situ after solah, maka dush3... maka bergeraklah ke situ.......
dam, berapa jauh daaa Jame' Ibrahim ni =-=" |
tram lambat, tayar pancit kot? =-=" |
maka bermula episodic tunggu menunggu di tram station El Moaskar atau nama jawanya , Camp Caesar atau Shezar camtu la :) , tiba saje kat Jame' Ibrahim , wow.. beribu2 orang ada kat situ, ada dalam 1 ke 2 ribu orang, macam solat terawih pon ada, ramai! subhanallah, bersatunya umat Islam utk menunaikan fardhu jumaat, moga2 bukan waktu solat jumaat sahaja dipenuhi, malah waktu2 lain juga sentiasa masjid dipenuhi dengan jemaah yang ramai ini :) amiin
bahagian belakang...sebab dalam masjd penuh, tepi masjid penuh |
maka solatlah kami di atas lantai jalan yg lapiknya tar yang membara, tapi alangkah ni'mat Allah swt sangat disyukuri sebab, walaupun pakai baju 3 lapis + sweater , duduk bawah matahari tu masih rasa sejuk, hari jumaat hari berkat :) thank You Allah swt :)
habis solat, jom pekenaaaaaaa... bambooo.. hohoho..... dapat la rasa nasi goreng kimau dan yang plg digemari sahabat ana ni masakan baldu ( camni ke ejaa? hahaha) , pedas! hee
wakakaka.. sedap dan pedas! |
hehehe.. tengah tunggu2 makanan siap, ana pun bertanya sahabat ana ni, saje2 nak mengusik ..
" bi , balik malaysia hari tu ader bertunang tak? bila nak kawen =-="? .. "
dengan penuh keyakinan dan ana ringkaskan..
" kalau ak nak kawen , ak nak gune duit ak sendiri .. "
tenang hati ana mendengar jawapan sahabat ana, benar, dan sgt benar apa yg dia kata, ana terima :) kerana sahabat ana ni tajaan Mara , bagus ada tajaan dan elaun bulanan pun sgt byk... dan ana sokong apa yg dia kata, kalaulah kahwin ( antara contoh ) , gunakan bukan dari hasil kita sendiri, pendapat ana saja, kalau ada terasa fikir sendiri la :) , ana , bapak ana, seluruh warga malaysia, memberi kepercayaan kepada kita sume utk belajar bersungguh2, banggakan malaysia, dan duit yg kerajaan bagi tu ialah amanah yg warganegara malaysia suruh gunakan utk B.E.L.A.J.AR.. kalau nak guna utk benda lain aka umrah ke , jaulah ke, kawen ke, pergi negara luar apekebenda sume tu, tokseh la, kalaulah tiba2 tv 3 buat dokumentari tentang bagaimana kehidupan pelajar di luar negara dan bagaimana pencapaian dan perbelanjaan kita, apakah yg rakyat jelata akan fikirkan?
" membazirnya si polan ni ..."
" baik suruh kerajaan kurangkan bajet ke luar negara sedangkan anakku yg pintar ni masih di kampung .."
maka ada pula jawapan di antara pelajar luar negara ...
" ziarah kami , jaulah kami , umrah kami nak lihat kebesaran Allah swt... "
" kalau guna duit tajaan utk kawen ke sume ni boleh membantu dalam pelajaran ... "
p/s : Allah swt tu tampak kecik ke di sekeliling kita ? ( alasan ,zz ) :( ,
tettttt... itulah dia, itu baru dokumentari dunia , rakyat Malaysia je yang tau, kalau dokumentari akhirat, amek kau, let Allah swt yg tanya sendiri setiap ringgit atau genih atau doler yg digunakan ... huhuhuhu... bapak ana sendiri kata pada ana
" kau nak kawin, guna duit sendiri .. "
syukur alhamdulillah , ana bersama zaujati saat berkenalan terus menabung dan gune duit kami sendiri :) boleh je :)
simple dan mudah kan ? :) duit sendiri, bukannya duit zakat , ataupun duit amanah yg diberikan , keberkatan tu mesti ada, dan kalaulah andai kata mak bapak yang tanggung kita menanggung lagi perbelanjaan kahwin kita ( poie mati la anak camni , buat susah hidup je =-=" ) , ana geleng kepala dan hembus nafas keliru :(
utk sahabat ana yg ana kasihi, ana sangat sayangkan dia dan kerana itulah ana setuju apa yg dikatakan , semua orang kalau ada bibir boleh berkata2 utk membenarkan apa yg benar dan adakala berkata2 utk membenarkan apa yg tak benar .. apa tu? huhuhu..
so conclusion, lu pikir la sendiri bak kata nabil :)
maka selesai makan sume , teruskan perjalanan pulang ke rumah , dan sahabat ana hadiahi ana,
wahhh , melompat gembira !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
yes!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! syukur alhamdulillah, ana dah la gila sikit kat coklat, dan bila sahabat ana bagi ana coklat ni, perghhh, tak terkata gembira, tiba2 teringat plak buku teks PAI masa form 5 dulu, cara2 nak rapatkan ukhuwah, antaranya memberi hadiah.. hehehe.. itulah ana suka sangat dengan sahabat ana ni, kesukaan ana dia tidak lupa, kebaikan ana dihargai, keburukan ana diselindungi dan dia teguri,
" ya Allah swt, ku mohon padaMu ya Allah swt, ikatkan hatiku ini dengan dia, kerana ku ingin mengasihi dia keranaMu ya Allah swt yang Agung, dan pisahkan kami bukan kerana salah faham tapi kerana berpisah ingin menemuiMu ya Rabb .. "
doa yg ana khususkan utk sahabat2 dan juga zaujati :)
hidup ni gembira kan ? balaslah dengan bersyukur, taat dan patuh kepada Allah swt, thank You Allah swt :)
0 kata-kata rangsangan:
Post a Comment