BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Sunday, July 24, 2011

malam sebelum exam final second wave~

bismillahi rahmani rahim,

assalamu'alaikum wbt .. ditujukan kepada ahli-ahli keluarga... ibunda terutamanya, ayahanda.. kekanda di Malaysia serta adinda yang setia menunggu di Malaysia.. doakan diri anakanda di sini.. doakan kanda di sini..
kerana inilah perjuangan yang ingin kanda lakukan.. perjuangan sebagai doktor


malam sebelum exam... iya.. mungkin entry ini entry touching.. wat the ... who care... its my blog.. my own way to express feeling ... especially to my mak.. mak... dah lama kan sdm tak jumpa mak.. dalam 3-5 bulan begitu..
apakah perasaan mak sekarang...bagaimanakah kesihatan mak sekarang... bagaimanakah kehidupan mak sekarang...

saddam,
darah mak, anak mak... yang mak lahirkan.. apa rasanya..jika barang yg sgt kita syg... ianya jauh dari kita.. tentu kita mahukannya .. kan.. ini kan anakanda..yang jauh.. beribu puluh ribu batu.. jauh.. saddam yang datang dari diri mak, kurniaan Allah swt... mak lahirkan sdm... ya ALlah swt.. sdm rindu sgt mak sekarang...

hari ni.. malam ni.. terduduk di hadapan laptop bertemankan Kitab Respiratory ni... air mata kian mengalir.. dari setiap minit ke minit... mengenangkan mak yang berada jauh di Malaysia.... sdm rindukan mak.. sgt rindukan mak... mak... how are you mak... masih sayangkan saddam ? masih sayangkan saddam tak mak....

i love u mak... with all my heart.. .dengan sepenuh hati dan jiwa... jangan mak tak sayang saddam.... i cannot live without your love mak... masih ingat 4 bulan lepas... bila sdm baringkan kepala atas riba mak.. sambil luahkan dari hati ke hati.. sdm.. rindu mak... dua tahun kita tak berjumpa... rindu sangat... nak melihat mak tersenyum gembira .... melihat mak gembira adalah kebahagiaan abadi diri sdm......
..
..
..
( air mata mengalir .... mak.... rindu....... doakan anakanda mak... saddam anak mak.. sayang sgt mak.. )

keluarga-keluargaku



walaupun hadirnya adinda Noor Afuza dalam hidup ini mak... kasih sayang sdm terhadap mak masih yang utama.. kalau seluruh amal kebaikan yang sdm lakukan mampu membeli syurga utk mak.. maka wahai Allah swt.. ambillah kebaikan dariku dan ganjarkan syurga utk mak ku, kerana makku telah menjadikan aku sebaik-baik manusia dengan didikannya.. wahai Allah swt.. ampunilah bondaku.. aku sangat sayangkan nya..


mak, sdm akan pulang mak.. 3 tahun kita tidak beraya bersama2... menghitung hari... sdm tidak mahu kesal .. sdm tak mahu hilang kesempatan beraya bersama2 keluarga... jika mak kata sdm membazir kerana pulang ke Malaysia.. tidak! duit boleh dicari wahai bondaku... tetapi.... mak hanyalah satu.. tidak boleh ditukar ganti...
mak.. ampunilah salah silap anakanda mu ini.. halalkanlah makan dan minum...


kerinduan yang tidak berbelah bagi hanya utkmu wahai bondaku...

" wahai Allah swt, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang, dengan RahmatMu, lindungilah kedua ibu bapaku dan masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu tanpa hisab "


kasih sayangku hanya utk mu... wahai ibunda ku... ku sangat menyayangi sepenuh hidupku, mak.. sdm sgt sygkan mak




with love and care, i will love u with all my life

Muhamad Saddam bin Jamaludin

s.a
ssfss

Saturday, July 23, 2011

perkara2 wajib patut dilakukan ketika~

assalamu'alaikum wbt :) 
hai3.. ni entry plg cepat nak buat. .hehehe.. sebab nak study lagi pas ni.. tapi nak still update blog nya :P tak nak berhabuk... kene rajin.. nak genggam kejayaan kan? kan? kan?



so entry ni pasal apa ya??

PERKARA2 WAJIB PATUT DILAKUKAN KETIKA...


berpasangan :)


Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.

* kan dinda kan :) perasaan tu kengkadang naik, kengkadang turun kan, tapi sayangilah dari hati, hati kanda apa khabar hari ni? :)
bapak vs abah :D


2. Terima seadanya


Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.

* masih kanda teringat, ketika kta berjumpa di waktu dhuha itu, sungguh damai rasa di jiwa :)             
satu keluarga :)

3. Hargai pengorbanannya

Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.

* 3 tahun itu sgt lama ...... byk betul kena hadapi... persekitaran... jarak kita yg jauh... alhamdulillah.. doa pengikat hati :)


4. Hormati pendiriannya

Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.

* macam kata mak, takkan berlari gunung tu kalau dikejar .. :P hehe
in black :)




5. Yakin pada keistimewaannya

Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.

* alhamdulillah, dikurniakan pasangan yang solehah, pandai menjaga diri, baik akhlaknya. .sopan santun, tembam,.... err... ^-^


6. Jangan berprasangka

Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.

* tiada prasangka :) ada la jugak kadang2.. hehehe.. tapi dinda ajarkan kanda erti p.s.p.. perlu, setia dan percaya .. tersemat benar di hati ni :)
7. Sayanginya setiap hari

Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.

* doa dari kanda
" ya Allah swt, di jalan da'wah ini kami bertemu, satukanlah hati kami, bertemu kami keranaMu, dan pisahkanlah kami kerana ingin bertemu dengan Mu "

love u dear :)

8. Capai persefahaman

Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.

* hehehe.. ni part yg selalu jadi pertikaian kan.. nak makan tu ke ni, nak seremban ke nak ke kampung selangor? ader je yg tak kene kan.. nak air pepsi ke nak air jagung.. haaaa.. semalam baru minum air jagung! :D

rindunya saat ni dinda~


9. Jangan cepat berbangga

Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.


* hahaha.. ni part yg plg bagus.. bagi yang dah bernikah, peringatan utk diri sendiri jugak... tak perlu la nk bangga dgn apa yg ada... jodoh itu boleh berlanjutan sehingga ke syurga atau ditukar di dunia tika korang sudah pun sah.. tak payah nak pepoyo bangga la.. hahaha.. yg penting..bersyukur :) dan berdoa supaya ianya berkekalan abadi :)

* kalau Allah swt tamatkan jodoh suami isteri tu.. terdiam seribu bahsa.. baru menyesal.. muhasabah.. tarbiyah~

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di rumah. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

* hehehe.. alhamdulillah , kanda tak suka demand2.. dinda pun tak begitu.. cuma demand dari kanda... supaya kita menjadi pasangan yang lbih dpat mendekatkan diri kepada Ilahi, kerana rindu dan kasih kita dapat membawa kita kepada RahmatNya :)




* merindui hati yang kian jauh..
 
Muhamad Saddam bin Jamaludin
Noor Afuza binti Nazir

s.a
ssfss
yes!! p.s.p

kesilapan ketika exam~

bismillahi rahmani rahim~

assalamu'alaikum wbt kepada insan yang tidak akan lupakan , dinda sayang :) ibunda tercinta, ayahanda yang dikasihi serta ahli-ahli keluarga yang dirahmati Allah swt :) alhamdulillah, sahabat sahabiah? in my heart XD



sekarang pukul berapa nak post blog ni? what!?! 0053 a.m in the morning! wahh.. tak tido ke.. what?! WHAT EVER LA... nak study.. who want to block me .. hahaha.. tapi cakap nak study ..sekarang buat apa? iya la.. cool down jap.. release all the tension a while.. rehat 10 minits bfore continue XD, insyaAllah


mka entry hari ni.. kali ini..

KESILAPAN KETIKA EXAM~

sebenarnya.. bukan nak ajar korang ke atau beri peringatan... hahaha.. sesaje nak share pengalaman.. hari tu masa exam utk CardioVascular System.... subhanallahil 'azim.. ana tak sempat nak baca semua.. ad part oedema terlepas pandang.. Allahu Allah.. ada hikmah.. mujurlah kata2 Prof. datang dalam bentuk bisikan2.. mungkin berkat rakan2 dan sahabat2 serta yang tersayang yang mendoakan ana.. :) syukur alhamdulillah! tak tertinggal kosong

holiday XD

mula2 jawab mcq.. iskhh.. kejap jawapan A.. B pun boleh.. tapi C mcm lagi tepat... D pun mcm betul.. last2 nak jawab E..tapi kat kertas nak lorek2 tu.. A + B + C + D.. utk E takder... what the kertas ? =-=" hahhaha.. last2 kene buat sendiri XD.. hehehe.. tapi satu part bila dah habis mcq .. datang paper 2.... Maha Suci Allah swt..

mula2 selak helaian pertama... sedih... rase cam nak nanges ader gak.. ya ALlah pehal soklan camney! bila tengok helaian blakang.. kenapa ubat-ubat mcam ni.. kenapa lah patient ni ada masalah jantung pelik sgt! hahahaha..rasa nk pengsan jawab.. mengeluh!.............

dulu ada sahabat ana time periksa.. dia mintak nasihat ana... sebelum masuk dewan.. akan call ana dulu...

" *** , dah nak masuk dewan ni... gemuruh, takut2... perlukan semangat! "

" kuatkan diri ya ***, banyakkan bca selawat, ingat Allah swt banyak2.. tapi kalau tu pun tak berkesan ... ingatlah muka mak dan bapak.. kerana dalam mengingati mereka ada jawapan dan ketenangan tersembunyi "


* teringat kat KAK CIK, adik dinda time dia nak SPM, ana ada bagi words ni gak XD


maka time nak jawab PAPER 2 ni.. tak boley buat apa.. selawat binnabil huda jap :D , dan mulakan tangan menulis dengan harapan dan tawakal.. tup tup tup tup!!!..... tup tup tup!!! ... pom!!! pensil terjatuh la.. hp terjatuh .. sume terjatuh!!! hahhaah.. tapi nak dicitekan.. pengalaman plg bermakna... tak sangka!! sumenya jawapan full !! berjawab semuanya!! takder satu pun tertinggal.. dan apa yang ana baca dan hafal. bulat2 keluar!!

alhamdulillah wa ALlahu Akbar! wahh.. maka betullah kata Allah swt,

" dan jangan sekali2 engkau mengatakan terhadap sesuatu " aku pasti melakukan itu besok pagi " kecuali (dengan mengatakan ) insyaAllah . DAN INGATLAH KEPADA TUHANMU APABILA ENGKAU LUPA DAN KATAKANLAH " MUDAH2AN TUHANKU AKAN MEMBERIKU PETUNJUK KEPADAKU AGAR AKU YANG LEBIH DEKAT DARIPADA INI "  "

ayat 23 -24 surah Al Kahfi

mmg tersengih puas hati dan jawab .. alhamdulillah.. Allah swt dah bagi tips awal2 kot.. kalau ko lupa ko ingat ALLAH SWT, ALLAH SWT akan INGATKAN KO.. tpi kalo ko sombong .. apa ko dapat? hahaha .. muhasabah2.. lower your gaze.. .gaze ? haha =-="

tapi.. ini bukan kisah ana hari ni.. ana nk citer kesilapan ... kesilapan dalam exam.. habis je exam.. ana pergi kat sahabat ana.. rapat gak la... kami selalu je bersama .. XD  makan sama2, section sesama.. lagi.. rumah tak sama la.. hehehe.. ayat yg ana suke pegang ialah..

" sahabat baik tak semestinya kene serumah :D "

maka.. ana habis exam pergi kat dia. .tanya. camner paper tadi ok tak.. masa tu masih dalam dewan lagi.. dia... dia... mengeluh...

" aku tak jawab soalan tadi... last paper tak cukup masa "

" what! apekah?!! "

" aku dah mintak masa kat pengawas tu, tapi dia amek terus paper ak... "

ana... ana...terkedu... baru nak gembira sebab dapat jawab semua soalan... nak share same2 ngan member..katanya..rase nak menangis sgt...

* lelaki menangis tak macho? beruntunglah siapa yg mampu titiskan air mata.. tak kisah apa jua keadaan.. kerana kelembutan hatinya.. subhanallah, Umar Al Khatab relax je nangis tiap2 hari.. korang? ana ? iskhh.. muhasabah~

ana.. haitz... naper tak cukup masa plak... bukan exam pertama 45 minit , exam kedua continued ada 105 minute.. mana masa hilang? ana sempat revise paper tu 4-6 kali... how come not enuff time dear... Allah swt.. berikanlah ketenangan dan kejayaan kat sahabatku ini... adoi..


~ melihat shabat ana yg tiada maya ni... tanya dia.. nak ke mana pasni.. katanya nak terus balik umah.. oh no way! ko tengah sedih.. ko nak balik umah.. no way man.. ana ni pantang tengok member2 sedih.. meh3.. ikut ana.. ana belanja makan.. cakap je.. nak makan mana.. KFC? kedai tayar? kebdaa?? hahaha XD

akhirnya ana bersama Mujahid RIder (lama tak dengar khabar :(  ) menemani sahabat ana ke ASRAMA MARA.. dun weri dude.. ana cover all ... tenangkan hati... Allah swt always be with you~

kata ana pada dia

" sume ni berlaku sure ada hikmah , relax wei.. Allah swt kan ada, doa2 supaya kejayaan bersama ko, aku yakin ko boleh ! "

kata ana bagi support

sambung dia..

" aku rasa ak tau.. kenapa ak tak cukup masa... sebenarnya tadi ak me**** dalam exam tadi.. ak usha jawapan member sebelah... Allah swt tunjukan balasan kat situ gak! haitz... " sambungnya dalam nada lemah..



ana terkedu.........................................................................................................................................
Maha Suci Allah swt....
A'uzubillah min dzalik....
tak terkata......................



tak mahu menyalahkan atau sahabat ana.. mungkin terpandang ... terlalai seketika... moga Allah swt bantu nya.. dun weri weit! lelaki soleh macam ko InsyaAllah, Allah swt akan bantu :) , yang lepas telah berlaku .. jgn lakukan lagi dan jadikan sebagai pengajaran...


dalam hati ini.. hanya Allah swt yang tahu..
moga exam kedua ini.. RESPIRATORY... tentang paru-paru.. moga2 ini menjadi medium bertambah keimanan kepadaMu wahai Ilahi..


kepada tersayang di Malaysia :)

kanda quote ni dalam suatu ceritera Engineering,
dialog antara engineer Ikhwah(EI) dan doktorah Akhawat(DA= Doktor Adam :P )

EI = actualy you never have loved him at all?

DA= what do you mean?
EI = means.. whenever he comes infront of you.. have u ever felt like wind is blowing.. or angel is flying in slow motion, or the moon looks even bigger in the sky?
DA= such things only happens in a film not in real life!


* tercuit hati kanda kerana, benarlah kata EI tu.. bila saat kita bersama.. ianya berbeza.. orang lalu lalang pun tak nampak ..only u dinda :) , mentari yang panas menjadi nyaman :) angin tiupan menjadi penenang.. alhamdulillah, syukur kepada Ilahi, kerana hadir hidupmu dlm hidupku :)


s.a
ssfss



* entry kurang gambar .. sebab nak study cepat!! :D


Friday, July 22, 2011

innahu a'malu binniah~

bismillahi rahmani rahim

assalamu'alaikum wbt ibunda, ayahanda, hai! lama sungguh rasanya ana tak update blog ni kan.. bukan takder story mori nak distorykan.. iya2la kan.. fatrah imtihan ni membuatkan fokus depan "buku2" sgt banyak..
hehehe.. nak berjaya kan? kenalah ada sifat2 orang berjaya

"rajin! " XD



tapi blog "malas" update =-=" hahaha


neway... ni Mesir Al-Muhasabah wal Kinanah ini mengajarkan seribu satu erti banyak betul nak sebut ni.. camni.. ulang2.. ni bumi Anbia yg mulia ni.. no wonder la.. terhasilnya tokoh2 yang Hebat! ( moga2 terhasillah doktor yang hebat > Dr. Muhamad Saddam :) ( amiin ) ) , disebabkan banyak faktor..

antranya.. persekitaran, masyarakat...

tokoh yang penyabar.. sebab aper? sebab kalau korang la berada kat sekeliling menghadapi masyarakat arab di sini.. subhanallahil 'azim.. tak terkata... sampai tersenyap pun ada... yang 'setannya' bukan main lagi.. smpai tak teragak... tapi kalau yang  baik tu mmg sgt baik! smpai mengalir air mata melihat nya :")

tu masyarakat , ni pulak persekitaran..tau2 je la mesir ni .. ada 4 musim.. yang klimakz nya pada 2 musim ni.. yaitu winter dan summer , har wa shitta..

bima'na yakni.. yaumin ma mauwujuda marwahah, yaumal nar fid dunya wa hazin 'ala tul shahr!


" sehari-hari yang tanpa udara/angin, itulah hari yang panas kenerakaan di dunia dan sedihnya sepanjang bulan! "

hahaha.. ni pepatah ni rekaan syair diri sendiri .. keh3.. kalau nahu tak betul jgn komplen XD


maka.. hari ni... nak dikatakan.. adalah UJIAN KESYUKURAN DAN UJIAN IMAN yang Allah swt ujikan pada ana.. iskhh.. tapi kesannya.. sgt baik utk dikongsikan :)

al kisah..

pukul 2 petang.. di hari khamis ... ( semalam rabu subhanallah panas awi! ), tiada lektrik... nak study tak boleh.. nak baca buku tak boleh.. nak tengok POKEMON tak boleh.. hahhahahaah... kenapa pokemon? hahaha.. mcm2 budak2 la.. bukan apa tak boleh tengok.. baby Asus tak der batery :( :(...

ya Allah ... maka.. ana pun cakap .. .kat kawan ana..yang dua hari teman ana.. tau2 je.. ana lonely dalam 1 dua hari ni.. tak mahu ganggu dinda.. tapi support boley la :) sebab dinda minggu ni exam.. fokus dan aja2 ya buah hati ku :)

maka ajak ke hadral maut, tempat makan :)

masuk2.. situ pun takder angin.. ya Allah... bungkus2... makan tepi pantai~ yeay :) alhamdulillah.. walaupun panas.. tapi.. seronok.. sebab ada angin... :) angin pantai...

tetibe berangan .. agak2 kalau ana berenang.. lebih sikit tu.. boleh sampai Malaysia tak? =-=" hahaha



kawan ana sorang ni .. bagus orang nya.. pemikiran mudah dan fleksibel.. al maklumlah.. generasi kian membangun.. orang sekarang.. mula berbincang2 tentang ekonomi, politik wang , kahwin sume... ada yang lebih rapat, ada ukhwah makin renggang..maka ada perkongsian yang kami sama2 utarakan tadi :)

katanya ~
" dam, ak tak suke tengok orang cite2 pasal politik tapi pikir dia je yang betul, apa yang dia pikir dia je betul, pro pembangkang, pro kerajaan .. terlalu taksub, pikir dia je yang betul "

dengar2 dia bercerita pendapatnya~

maka ana pun sambung

" Haitam( bukan name sebenar XD ), kau tahu tak naper Allah swt ciptakan kita dua mata, satu hidung, satu mulut dan dua telinga ? "

sambung lagi..

" kita ada dua mata untuk 2 benda iaitu baik dan buruk yang ada di dunia ini, satu mulut untuk berhati-hati dalam setiap menyatakan sesuatu yang tepat, dan dua telinga untuk mendengar pendapat dari dua-dua belah pihak "


sama2 berkongsi meluah.. seronok.. dan kenapa ya ana plih pantai tempat utk lepak2 dan jamu selera?hehehe.. saje2 je? kalau buat sesuatu tanpa ilmu, manfaat dapat kurang tau :(

jadi sebab.. ada satu hadis nabi ni berbunyi..

ada 5 perkara yang kamu lihat yang akan dikurniakan pahala.
1. melihat al quran
2. melihat air zam-zam
3. melihat wajah ibu bapa
4. melihat Ka'abah
5. melihat laut


lihat laut... tenang~ kebesaran tuhan.... kawan ana pun yang ana ajak ni pun tak selalu duduk pantai cakap.. best gak duduk pantai ni ... lega hati :)


tapi .. sebenarnya..apa ana nak cite ni?? bukan tajuk atas tu ..

INNAHU A'MALU BINNIAH ke??
hahahaha.. ni kalau calling dinda.. mesti dah gelak2 ni.. sebab lari tajuk XD



after lepak pantai... balik rumah...dengan harapan ada la Nur ( lektrik ), kalau ada Noor Afuza.. serius ana tak kan keluar rumah! hehehe.. tapi apa kan daya.. lektrik takde.... jadi dah masuk waktu.. so ajak "Haitam" sama2 g masjid....


" Haitam , jom g masjid..sejuk sket .. ada aircond.. "

so sama2 amek wuduk kat rumah.. dan sama2 g masjid...

dan setibanya di masjid... unexpected things happen...


masjid pun takder elektrik! dan tiada orang dalam tu...maka ana ngan sahabat ana ni.. jemaah la dalam tu.. masjid "beraircond" tu..


selesai solat... muhasabah diri balik... ya Allah swt... silapnya niat diri ni.. ambik kau! pergi masjid tuk solat bukan tuk air cond.. kene sket! dalam masjid tadi.. ya Allah ... panasnya bukan main lagi!...


sedih hati ini.... betul kan niat semula.. betul kan niat semula.. astaghfirullah..


" innahu 'amalu binniat "


setiap 'amalan bermula dari niat.. wahai Sang Penyayang.. ampunkan diriku ketika ku lupa...

malu satu kat member.. sebab yakin je.. tapi malu yang plg besar.. pada Pemilik Hati.. .Allah swt.. haitz...


moga sama2 la dapat tarbiyah diri dan betulkan niat.. muhasabah perlu.. selalu ketawa, yakin pada diri sendiri dan ego menyebabkan diri menjadi bongkak dan alpa... muhasabahlah.. carilah syifa hati.. supaya hidup lebih aman dan tenteram :)

ngeh3.. XD


* kenapalah En. Haitam di sebelah ana ni suke nyanyi lagu korea =-=

Monday, July 18, 2011

exam second wave~

bismillahi rahmani rahim

assalamu'alaikum wbt kepada insan yang ana curahkan perasaan kasih dan rindu, adinda Noor Afuza :) moga diri dinda berada dalam redha Allah swt, mendoakan kanda dengan penuh kasih syg dan harapan kepada Rabbul 'Izzati, kerana doa itulah penyambung kasih syg kita , dan kerana doa itulah, bertemunya kita :)

salamullah wa salamun 'alayk sahabat dan sahabiah sekalian



apekah... apekah... what is it... 2nd wave of exam final.. yes.. the most fun part.. the heart... hati is not heart hati is liver, and we cant live without liver, hatiku berada jauh di malaysia, jangan hilangkan atau cicir mana2 ya dinda! kanda tak nak claim hati tu :P sebab hati tu ada satu je, hehe


jadi al kisah... habis je exam epidemiology, fuhh, subhanalah..... mahu menangis gak la.. sebab exam tu.. dalam firasat ana

" rasa macam boleh EXCELLENT, tapi pada masa yang sama takut GAGAL gak "


allahu allah, You know better, berserah padaMu ya Allah swt :) dari segenap ruang dan luang, dari Malaysia hingga ke Mesir , dari Gama'a ke Camp Chezar ke Ibrahmiyah hinggalah ke Mandharah, kata2 semangat utk ana teruskan perjuangan dalam Imtihan dunia ni tak putus2 diterima


dari Malaysia
1. bonda
" askum mak dah pun bacakan yasin 3kali smlm dn subuh ni.. Mak mintakan ust kamal bacakan doa utk ko pas wkt ngaji mlm td. Jd segalanya trserah dlm dr sdam sendiri.. Jg tlisan tgan dn jwb dgn hati2 dn ikhlas utk niat kerjaya d ms depan. InsyaAllah "

* alhamdulilah wa syukran 'alaik bonda ;) part tulisan tu... adoi .. dari kecik tulisan dr.. hehehe


2. ayahanda
" bpak dgnan mak sentiasa mendokan sadam. buat praktikal dengan tenang jangan gemuruh. Jawab soalan yang ditanya dengan tenang dan jawapan tepat  "

* baik bapak! anak bapak akan usaha sungguh2!:)

3. dinda syg :)
" syg baca baik2 ya.. :) :) :) jgn stress.. Tp aja2 faitink!! :D Syg syg.. "

* syg syg jugak! aja2 faitink! walaupun tak pernah tgk korean =-="


dari Mesir
1. nub Huxin
" Gud lak n all the best exam final.. =) "

* suppose say.. "gud lak LEGEND" XD

2. nub Mika
" Salam saddam gudluck utk bsk wei..hehe..bsk exam kul bpe n ambk kat mana? "

* ayat depan dah best.. last2... exam kul bape? kat mana? apekah =-=" hahaha

3. sahabat ibrahimyah XD
" InsyaAllah... :-D, doa *** sentiasa bsama *** :-) lirik lagu hambaMu, **sekiranya takdir m'uji, cekalknlah hasrat dihati, smoga ksusahan bisa m'ajar erti trus usha** :-) "

* .... *** tu apa? hahhaahahaha XD

4. akak2 Mandharah
" yang brnama HARAPAN xslalunya indah, yang TERSADAI impian bukan bermakna berakhirnya MASA DEPAN.. good luck. "

* bahasa Azhari penuh falsafah... tak paham =-="



alhamdulillah.. kawan2 tak putus2 memberi kata-kata dorongan.. termasuk jugak.. ada yang sampai ajak tengok citer harry potter 3D , keh3.. alhamdulillah.. orang belanja .. ana ok je :)

musim panas... pakai sweater.. memang ... panas! :(

semangat baju Negeri Sembilan, BANDAR Seremban,Kampung Selangor XD

thx artis belanja :D

senantiasa menemani, rindunya~

layan~ =-="

seronok memang sgt seronok.. alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga.. menghitung setiap detik mulai hari ini.. hinggalah ke 2 ogos kelak.. hari yg sgt berbahagia... insyaAllah jika dipanjangkan umur... Allahu Akbar, permudahkan segala urusan diri kami :)


ana suka baitkan ayat ini kepada tersayang ana

" sesungguhnya di jalan dakwah kita bertemu, dan di waktu dhuha kita bertemu.. sdm menyayangimu kerana agamamu, kerana akhlakmu.. doakan kita selalu, biarlah kita bertemu kerana Allah swt dan berpisah kerana ingin bertemu Allah swt "


moga hati2 ini disatukan dalam redha dan rahmat-Mu wahai Rabbul Rahim



ssfss
s.a

Sunday, July 10, 2011

di mana kita?

bismillahirahmani rahim

Assalamu'alaikum wbt kpd insan yang sgt sgt sgt sgt ana geram sgt.. tembam ana.. dinda ana >.<.. tunggu ana balik malaysia.. tiap2 hari ana ketuk2 dinda nanti ya! eee..geram .. hehehe.. sahabat sahabiah :)


jom men teka teki.. jom korang.. jom sahbat sahbiah... tapi ada 3 jawapan je la.. rasa2nya dimanakah ana.. dimanakah antum semua.. dimanakAH..dinda ku :D

lets start!

********************************************************************************

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.




kalau ana..ana nak tiga2 ..hehehe.. tamakkan.. hehehe..dinda? oh dinda .. hik3




ssfss
s.a
psp

make life ~

bismillahi rahmani rahim ...

assalamu'alaikum wbt..



tiba-tiba saat lepas exam.. dengan jawapan yg tak pasti betul atau salah... hanya Allah swt yg tahu... usaha dengan tekun telah dilakukan.. selebihnya ana serahkan pada Allah swt...

oh hati~

banyak rasanya perkara yg patut dan afdhalnya..berserah kepada Allah swt... cuma... ego diri.. tak tahu nak letak mana... yakin sgt pada diri sehingga terlupa sejenak... bukankah Allah swt ada utk diletakkan beban..

teringat pula tetiba pernah bagi nasihat kat junior masa kat skool dulu

" abg.. macam mana nak buat kerja tu tapi tak rasa berat ya.. "

" letakkan semua perkara tu pada Allah swt.. kalau letakkan pada manusia dia akan lari.. tapi letakkan pada Allah swt.. Allah swt akan memudahkan lagi kerja yg ingin dilakukan.. dan selebihnya.. usahalah dengan baik! "


masa berlalu... tu time skool dulu..tak sama ngan sekarang.. words just being words... kalau tak muhasabah... berilah sedozen berlemon2 buku atau kitab... kalau tiada kesedaran nak berubah.. tiada tarbiyah.. tiada turning point.. tidak akan berlaku juga....tiada peringatan juga... akan berlaku perkara yg sia2 juga..


tiba2 rasa kongsi koleksi2 lagu2 yg ana suka putarkan.... kebiasaannya.. mana2 ana pergi.. ana akan putarkan lagu2 ni.. kat bilik ke.. study ke.. tapi time solat.. for sure takder lagu la.. hahaha..apekahh... =-="


1.Heard Em Say - by Kanye wEST dan Adam levine ( wahh !! ADAM XD )
- bila dengar lagu.. ada lirik yg ana suka ulang2 bila part ni..

" With every worthless word we get more far away
And nothin's ever promised tomorrow, today
And nothin lasts forever, but be honest,
It hurts, but it may be the only way"

Allah swt bagi telinga bukan tuk dengar saja.. tapi utk pikir apa yang didengar tu... And nothin lasts forever, but be honest,  It hurts, but it may be the only way... tiada yg kekal selamanya( kebencian , kemarahan.. ) tapi jujurlah! ianya sakit.. tapi itulah caranya

* p/s : sh** siapa yg suka mengumpat dan ckp blakang... hahaha.. suke sgt kutuk2 org suke mengumpat ni.. tak takut hilang pahala betul.. hahaha ( macam la ana bagus sgt .. haahahhahaaha )


2. Damba Kasih - In Team ( ana bukan peminat nasyid =-=" , tapi suka ambil pengajara n :)  )
- ana teringat... ana jatuh cinta kat lagu ni time ana tahun 1 perubatan.. masa tu sedang belajar modul 5... tentang muscle.. dan lebih khusus.. masa tu tengah belajar tentang anatomy of lower limb bout the plantar aponuerosis ( wahh.. luper laa!! =-=" )

tiba2 ... nasyeed lagu ni tah kuar dari sudut mana.. tak best pun dengar.. hahaha.. tapi tiba2 time tu lirik dia...
berbunyi...

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

bila tetiba hayati lirik ni.. air mata laju sgt mengalir.... =-=" apekahh.. ahahha.. takder la.. rasa nya.. hati mana yang tak merindui kekasih hatinya? tak rindu Allah swt ke? mesti rindukan...rindu sgt... kadang2 fikir.. banyak nya dosa lakukan kat dunia ni... semakin hari semakin down rasanya.. tiada semangat............. haitz.. mujurlah.. kata imam Al Ghazali.. dibiarkan hidup untk hari akan datang adalah utk mmberi peluang taubat kepada Allah swt... touched... astaghfirullah... 






... ni... adoi...suka ..sebab dinda selalu sgt cemburu pada kanda :P hik2
ana suka sgt nyanyikan pada tersayang ana.. kerana yg tersayang jenis yang suka mendengar :) walaupun suara tak sedap ( ye ye je XD ) , baginya ana lah yg terbaik! :)

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

ana setia :) hehehe.. bertuahnya dinda dikurniakan kanda utk dinda :) amiin .. moga Allah swt memanjangkan jodoh pertemuan kita sehingga ke syurga :)


jap2 ? lima kau cowa.. hahaha. apehal ada lagu cina plak!! hahaha... dulu .. time2 skool dulu.. ana ramai kawan2 cina.. ada la jugak girlfren cina dulu2.. hahaha.. ana macho dan hensem katanya.. saper taknak.. kah3.. hahaha .. astaghfirullah.. riak sungguh diriku ini.. ishhh3... dim gai ? wo ke yi chiang hua yu.. bu ke neng? ni yao wo jiao ni.. jiao shen me? jiao Quran keyi la.. hehehe :P


~ wo ai ni ( dear dinda :) ) ni shi wo de zhu li ye
~ wo yuan yi bian cheng ni de liang shang bo
~xing fu de mei yi tian
~ lang man de mei yi ye
~ ba ai, yong yuan bu fang kai... 
~ i love u

my dear :)
~ ak cinta kau kerana dikau lah julietku
~ ak sanggup menjadi romeomu :"> ( liang shang bo ni Romeo dalam sejarah cina, bukak kitab balik :P )
~ setiap hari rasa sgt indah
~ setiap malam rasa sgt tenang
~ cinta kita, berkekalan ~
~ ak cinta kamu ~
~ uhibbuka fillah dear :) ~


5. binnabil huda :) ( lagu blog ni :)  )
- inilah antara nasyeed yg memenangi hati ana!! selawat yg ana tak pham mksudnya .. hahaha.. tapi sedikit sebanyak... membuat ana humming dan tergerak lidah senantiasa utk berselwat!


Surah Al-Ahzab ayat :56 maksudnya
" sesungguhnya Allah dan malaikat malaikatNya bersalawat untuk nabi . Hai orang orang yang beriman ,berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"

Hadis hadis nabi s.a.w maksudnya : 
"Berselawatlah kamu kepadaku,kerana selawat itu menjadi zakat(penawar jiwa pembersihan dosa) bagimu" (diriwayatkan Ibnu Murdawaih)
 
 
 
 wahh.. dengar selawat.. dan terus selawat..dah dapat satu rahmat.. 1 selawat 10 rahmat.. kalau lagi banyak lagi best! bestnya! jom selawat :)


6. surah An-Nasr - surah 5 yang terakhir dari Al-Quran Kareem :)
- surah ni ana suka sgt baca... tak kisah la.. apa solat pun ... jemaah ke.. sunat ke.. qiam ke.. suka sgt surah ni


an-nasr
ayat yang last..part plg suka sgt :) Allah swt firman.. bertasbihlah dan besyukurlah dan mintalah keampunan, sesungguhnya Allah swt kepada Allah swt menerima taubat ~ mafhumnya

~ ustaz ana kata.. time2 exam ke.. time2 kita susah ke.. banyak sgt kelailaian kita buat .. lailaian ? kelalaian la =-=" akan tetapi.. Allah swt tetap membuka jalan utk kita.. Allah swt berikan kemenangan kepada kita .. dan bila hadirnya saat tu.. Allah swt dan advise kita.. pujilah Allah swt!  say subhanallah alhamdulillah .. dan istighfarlah!( taubat2 ) .. kerana dalam kemenangan/kejayaan kita tu.. kta lupa pada Allah swt...Dia ingatkan kita.. kembali kepadaNya .... Allah swt .. oh touched.. jadilah mu'min yang berjaya ya :)






 sharing is caring.. caring is loving... loving is happiness...


s.a
ssfss


Saturday, July 9, 2011

apa perasaan bila esok exam? hahaha ~ XD

bismilahi rahmani rahim.. assalamu'alaikum wbt :) hai hey aiwahh :) hai dinda, bonda ayahanda :)

moga kalian semua berada dalam keadaan yg sgt sihat... 3 minggu lagi.. tak sabar nak balik malaysia.. tapi.. tiket tak beli lagi =-=" hahahaha..macam mana la tu yer.. :( yakin pada Allah swt.. yg penting ... usaha :D

insyaAllah.. saja2 nak post entry bout we call bout. jealosy.. cemburu.. or bahasa jawanya.. semperit.. haa.. yer ke? semperit tu bukan makanan ke ? hahahah XD

 

*********************************************************************************

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kita( dinda/kanda :P )perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.
Tanda-tanda Cemburu
1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.
Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu
1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.
4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.
5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.
Atasi Sifat Cemburu
1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.
2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.
3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.
4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.
5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.
Kesan Positif Cemburu
1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu
Kesan Negatif Cemburu
1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

 p/s = nasib baik kanda ni jenis cool.. hahaha... walaupun kita berjauhan.. takder de kanda nak bosan ngan dinda :p kan dah janji nak hidup sama2 sampai ke syurga ^-^ ... percintaan yg hambar? hahaha.. ada2 la.. dah syg .. u are my only one dear.. really miss u .... selalu bertengkar? apa tu? not bertengkar la.. its ... bergurau senda... hahhaha..tak berseri hubungan kalau selalu say " syg syg " " i love u " ... nak jugak "wrestling" and " smackdown " or ayat biasa dinda " ketuk kang!!! " ... hehehehe... dan.. pergerakan sentiasa diawasi.. malaikat kiri dan kanan all the time lihat kita... mana lagi takut? tarbiyah :)


dan demikianlah... perasaan ini agak2nya kan dinda.. adalah benda yg subjektif kan.. apa2 pun.. bila berhadapan dengan situasi macam ni.. utamakan pasangan :) insyaAllah.. kawal diri.. kawal iman.. Dia Allah swt Maha Memahami lagi Maha Mengasihani..


My dear..
Counting days to Malaysia
Miss you :"(


Muhamad Saddam bin Jamaludin
Noor Afuza binti Nazir

Wednesday, July 6, 2011

utuhnya hati ini...

bismillahi rahmani rahim

assalamu'alaikum wbt kepada insan yang ana curahkan perasaan kasih dan rindu, adinda Noor Afuza :) moga diri dinda berada dalam redha Allah swt, mendoakan kanda dengan penuh kasih syg dan harapan kepada Rabbul 'Izzati, kerana doa itulah penyambung kasih syg kita , dan kerana doa itulah, bertemunya kita :)

salamullah wa salamun 'alayk sahabat dan sahabiah sekalian


entry kali ni.. lebih kepada emosi... mungkin kerana fatrah exam.. mungkin kerana perasaan yang sgt mendalam ini... ingin ana pendam.... medium doa, bersama kawan2 dan blog ini lah antara luahan kecil hati s.a ana ni :)...


khususnya kepada adindaku, hatiku, jantungku, mataku... segala2nya utk diriku... dirimu seperti nafas utk diriku.. hilangnya dirimu utk sesaat.. maka ... itulah saat yg cukup tidak tergambar utkku hadapi.. kerana itu.. saddam perlukan afuza nya :)

**********************************************************************************
 wahai dinda.......sekadar renungan .. :)



Jika kamu memancing ikan

Setelah ikan itu terlekat di mata kail

Hendaklah kamu mengambil ikan itu

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…

.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang

Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu

Hendaklah kamu MENJAGA hatinya

Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu

Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…

.

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada

Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh


Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja

Kerana apabila ia mulai RETAK


tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula

Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…

.
satukan hati kami ini wahai Allah swt



Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa


Anggaplah dia manusia biasa

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…





Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu

Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT


Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN

Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi

Kamu akan MENYESAL


Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN

Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu

MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
.
saat indah kan menjelma juaa :)


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI

Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !
.
“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”





sahabat sahabiah sekalian yg mengenali kami.. doakan kami.. moga syurga cinta kami sehingga ke syurga dalam redhaNya.. moga2 hati2 ini disatukan utk sama-sama bahagia di dunia dan di akhirat sana..


with love,
Muhamad Saddam bin Jamaludin :)
Noor Afuza binti Nazir ^-^