BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, July 6, 2011

utuhnya hati ini...

bismillahi rahmani rahim

assalamu'alaikum wbt kepada insan yang ana curahkan perasaan kasih dan rindu, adinda Noor Afuza :) moga diri dinda berada dalam redha Allah swt, mendoakan kanda dengan penuh kasih syg dan harapan kepada Rabbul 'Izzati, kerana doa itulah penyambung kasih syg kita , dan kerana doa itulah, bertemunya kita :)

salamullah wa salamun 'alayk sahabat dan sahabiah sekalian


entry kali ni.. lebih kepada emosi... mungkin kerana fatrah exam.. mungkin kerana perasaan yang sgt mendalam ini... ingin ana pendam.... medium doa, bersama kawan2 dan blog ini lah antara luahan kecil hati s.a ana ni :)...


khususnya kepada adindaku, hatiku, jantungku, mataku... segala2nya utk diriku... dirimu seperti nafas utk diriku.. hilangnya dirimu utk sesaat.. maka ... itulah saat yg cukup tidak tergambar utkku hadapi.. kerana itu.. saddam perlukan afuza nya :)

**********************************************************************************
 wahai dinda.......sekadar renungan .. :)



Jika kamu memancing ikan

Setelah ikan itu terlekat di mata kail

Hendaklah kamu mengambil ikan itu

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup…

.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang

Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu

Hendaklah kamu MENJAGA hatinya

Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu

Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…

.

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada

Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh


Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja

Kerana apabila ia mulai RETAK


tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula

Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…

.
satukan hati kami ini wahai Allah swt



Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa


Anggaplah dia manusia biasa

Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…





Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi

Yang kamu pasti baik untuk diri kamu

Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT


Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN

Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi

Kamu akan MENYESAL


Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN

Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu

MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
.
saat indah kan menjelma juaa :)


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI

Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !
.
“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”





sahabat sahabiah sekalian yg mengenali kami.. doakan kami.. moga syurga cinta kami sehingga ke syurga dalam redhaNya.. moga2 hati2 ini disatukan utk sama-sama bahagia di dunia dan di akhirat sana..


with love,
Muhamad Saddam bin Jamaludin :)
Noor Afuza binti Nazir ^-^



3 kata-kata rangsangan:

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

moga cinta yang bersemi terus mekar hingga ke syurga nan abadi, insyaAllah (=



p/s : kalian nampak sgt muda, erk, berapa umur masing2? ke sama tua dgn saya je ni? (=

Syurga Cinta Kami said...

amiin ya Rabb...

kami memang muda... umur tak boley bagi tau la ... tapi yg penting.. tak sama tua ngan cik Izhani..tapi! sama muda.. :)



p/s = cinta tak diukur pada umur, kerana umur itu hanyalah kiraaan hari berapa lama kita akan mendekatiNya :)

Izzati Hashim said...

ok (=

just kagum, kalian dah melangkah ke alam rumahtangga di usia yg muda. Kagum. (=

moga Allah kasih selalu (=