BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, May 4, 2011

Al bahr wa usrah~


Bismillahi rahmani rahim
Assalamu’alaikum wbt, hey! :) ( rindunya nak dengar suara tu kembali, Cuma dapat ucapkan dalam waktu-waktu yang kerinduan, aiwahhh .. :)  ) salam hangat dan mesra kepada insan yg tersayang, mak dan bapak, sahabat sahabiah.. serta soleh-solehin.. moga barakat dan rahmatan ‘alaik.. amiin :)
Maka hari ini hari ahad ( hari ni hari rabu la, lambat update =-=” ) , kalau ikut hati.. macam taknak je pergi usrah hari ni an.. bukan apa.. penat sangat! Semalam ada musyrif seorang sahabiah ni… dari petang hingga ke malam… kerana ada program qiamulail katanya… bantu2.. walaupun tak dapat join sama.. haha.. kalau ana join.. dah kene ban ngan perubatan.. ceroboh rumah akhawat pulak.. mwahaha XD..

Maka pagi yang sgt tenang … diganggu oleh ringtone Allahu Akbar oleh M.Zain.. bukan adik adik anuar zain -.-… haha.. non stop.. calling… x mo angkat… nak tido… lastly.. buat tak tau je la … haha ( ni kalau saper usrah ana yg terbaca dan yg tukang call tu, nanti jumpa kat section.. tokseh majuk, tak molek mu , hahaha ) .. maka ana decide.. basuh muka… siap2 je la… maka…  episodik pagi yang hampir kepada epic… maka.. ana kejutkan Mujahid Rider… hey ~ jom teman pergi Mahattar Mas… :)

sabar ya Mujahid , kejap lagi sampai la ni :)

panjangnya traffic =-="


Hahaha… dah la datang lambat… dan hampir accident plak pagi tu.. bukan ngan orang.. tapi dgn anjing… anjing tu nak lintas jalan… maka ana tengah speed masa tu… maka estimation time ana + experience ana… binatang ni ada ada sense sama seperti manusia…mana kata… cuba kalau kita berada di situasi macam ni.. kereta laju… kita pun laju… ( jalan kaki).. so kalau boleh, mestilah kita nak elak kereta tu dengan mara ke depan kan? Kalau mara ke belakang… haaaa… kene langgar la jawapannya…

Maka.. ana tak ragu2.. dan time2 tengah laju tu jugak ana teringat satu formula fizik ni.. hahaha .. apekah =-=”

M1v1 = M2V2 ( panjang lagi formula ni.. saje tulis pendek ( haha.. padahal lupe =-=” haha ) )


Formula momentum, di mana, kalau nak elak kecedaraan pada diri ana.. dan binatang tu jugak.. maka saat tu jugak.. ana speed up Mujahid… dan.. bismillah  wa subhanallah… ana dan anjing tu selamat… puhhhh… Alhamdulillah.. maka teruskan … sampai2 ke mahattar mas… hahaha.. memang last person sampai la… hehehe.. ana asif ( sorry ), ^-^

Hari ni nak mandi pantai! Yes! Yes yes! Hahaha.. punya la seronok..sebab kat Malaysia hari tu nak mandi pantai gak.. tapi tak kesampaian.. nak makan cendol gak..  cendol kajang.. tak kesampaian.. sehingga satu tahap… ana ingat… kat metro kajang tu… puas ana cari jalan2 dengan tersayang ana… hahaha.. tengok2 jalan2… sampai last2… beli air kelapa.. hahaha.. sedih2… huhuhu…

semangat satu usrah ! haha .. semangat! aja2 fighting ^-^

yg plg kanan tu.. ahad ni.. merajuk! haha


Maka… hari ni destination ialah Hanoville ( betul ke eja ni =-=” boley la ~ ) , pantai yang membiru.. sgt biru :)… maka hari ni .. relax mood… relax + rindu = dinar dirham…. Hahaha.. apa2 la… ada ke topic tu jugak buat bincang masa mandi pantai… takper2.. perkongsian :) maka jom… akhirnya sampai gak!! Yes!

sampai pun akhirnya :)

jom men bola tampar.. ( haha..seyes dua riyes tiga riyes tak nk men.. sakit tangan =-=" )

penat men kot.. haha

tu sahabat ana.. kenal kan ? mr N.. haha.. campak dia ke laut!!

splash!!! hahaha.. nub hahahahaha

hypersomnia :)

men2 bina-bina istana ... ke men mak2 ni.. haha

dah puas melempar orang dalam pantai.. kene hidang makanan pulak XD ..haha

istana atau kuih? =-="

ukhwatul fillah :)
Saddam Afuza :) so sweet .. hey~  aiwahh


Satu part yang ana sgt mencuit hati ana.. dan geram sgt kat satu sahabat usrah ana ni.. hahaha… ko tengok la.. .. sampai ati ko.. hahaha.. al kisah.. masa tu sesi pengisian… so sempoi2 borak.. zzz.. dah sebulan duduk kat Iskandariah ni.. asyik2 borak pasal kawen.. couple…bla3.. boring dengar.. haha.. sebulan kot dengar benda yg sama.. status fb pun pasal benda tu.. baca blog orang len pun pasal ni..haha ..  maka ana undurkan diri dalam pengisian tu..  dan join sahabat ana ni.. maka… dia ajak ana mandi pantai….

“ wei dam.. jom mandi… best ni… “

“ ok set,  ak boring gak ni.. topik same je =-=” ( haha ) “

“ ok.. jom.. kita sama2 lompat .. “

“ ok set ! XD “

Maka ana amek satu line jauh dari pantai.. sebab nak lompat jauh dan SPLASH!! Hahahaha..
Maka …

Ke garisan ….

Sedia….

Mula!!!

Maka dengan sepenuh semangat riang kanak-kanak.. ana berlari dengan penuh kegirangan ( hahaha.. apekah ayat macam ni +-+ hahahah )… terus ke pantai.. BOOOOOOMMM !!! dan best2 basah kat pantai.. seronok.. dan sgt seronok.. dan saat yang plg kelakar dan mencuit hati ialah…. Hahahahahaha.. apasal plak ana je sorang dalam air.. mana sorang lagi sahabat ana….

Mwahahaha.. sekali dia trick ana la.. hahahhaaha.. tergelak2 ana kat situ.. puas ana kejar dia… ko memang nak kene… hahaha… last2 ana kesejukan.. grrrrrr… =-=” apekah.. haha… nak cover sejuk… ana ajak sahabat usrah lain…

“ Ri, jom bersilat . “
“ jom “

Maka… berlakulah 4 jenis buah silat yang dapat ana tangkap hari ni… ana baling dia.. dia baling ana.. mujur itu pasir.. kalau jalan tar.. mahu lebam2 ana.. haha.. takper2.. nanti lepas exam.. kita bersilat lagi ya.. mesti! Jangan ditinggalkan warisan Melayu ini.. ana bangga ana orang Melayu.. sangat2 berbesar hati… sangat2 bersyukur ana dilahirkan dalam bangsa yang Allah swt pilih ini… bangsa yang agung.. bangsa yang penuh dengan adab-adab dan kesopanan… subhanallah… thank You Allah swt :)

Maka… dalam pukul 12 pagi.. pagi =-=” tengahari la.. .maka bertolaklah kami semula ke Mahattar Mas … pulang ke rumah.. Alhamdulillah… time2 tengah stress nak exam ni.. maka Allah swt bagi peluang pada ana.. lepaskan stress…  bersama usrah-usrah yang tersayang… moga kegembiraan ini berpanjangan…

kenangan... semangat kami :)

muka sedih.. sebab.. nak balik daa.. :(

Sesungguhnya
Makanan iman itu fikir..
Makanan hati itu zikir
Makanan taqwa itu syukur
Makanan ibadah itu sabar

maka.. adakah kita masih lapar ? :) moga Allah swt melindungi kita dalam setiap pergerakan kita.. amiin
moga kasih sayang yang dibina itu tidak rapuh dan sentiasa kekal.. abadan abada :) subhanallah

wasalam wbt



0 kata-kata rangsangan: